Rabu, 23 November 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011 BUKTI KEKUATAN DATUK MUSBAH DIPERINGKAT AKAR UMBI.








Kejayaan seorang pemimpin menjiwai naluri rakyat di bawah jagaannya bukanlah mudah dilakukan, tanpa ilmu atau amalan semulajadi yang terdapat dalam diri pemimpin itu sendiri. Tetapi bagi Datuk Musbah ianya sudah menjadi kebiasaan dirinya mendekati rakyat sejak beliau menceburkan diri dalam politik. Semua lapisan masyarakat di kawasan Tempasuk amat merasa senang hati terhadap pendekatan yang diamalkan oleh wakil rakyat ini menjadi ADUN Tempasuk. Aktiviti turun Padang yang dilakukan tanpa mengenal waktu dan tempat telah meletakkan wakil rakyat ini adalah antara pemimpin yang paling popular di Daerah Kota Belud. Ini dapat dibuktikan apabila penganjuran sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini mendapat sambutan di luar dugaan, apabila menerima tetamu yang paling ramai sepanjang penganjuran yang pernah diadakan di Kota Belud. Perkara ini telah diakui sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian UMNO Kota Belud YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said semasa majlis itu berlangsung. Menurut beliau sewajarnyalah Datuk Musbah yang menganjurkan majlis ini kerana beliau mempunyai penyokong yang paling ramai di Kota Belud. Kata-kata itu dilontarkannya kepada YB Datuk Abd. Rahman Dahlan ahli Parlimen Kota Belud semasa majlis itu berlangsung.

Menurut YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, sebab itu beliau sendiri mencadangkan agar YB Datuk Musbah sendiri yang menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun ini memandangkan tetamu khas majlis ini iaitu YB Datuk Seri Panglima Musa Aman Ketua Menteri Sabah, beliau mengakui Kemampuan Datuk Musbah menghimpunkan ramai orang kerana beliau sendiri menyaksikan setiap majlis yang diadakan oleh YB Datuk Musbah akan tetap mendapat sambutan di luar dugaan. Menurut sumber rasmi mengatakan bahawa Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said sendiri tidak yakin terhadap sambutan orang ramai jika majlis ini dia yang sendiri yang menganjurkannya.

Demikian juga pengakuan yang diberikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajiji Haji Noor yang juga menjadi tetamu sambutan hari itu telah melahirkan kehairannya terhadap jumlah tetamu yang hadir pada masa itu. Perasaan itu telah dinyatakan sendiri oleh kepada YB Datuk Musbah, beliau memuji kemampuan Datuk Musbah menganjurkan majlis itu. Beliau sendiri mengakui bahawa sepanjang beliau menganjurkan majlis di Daerah Tuaran tidak pernah menerima tetamu yang sebegitu ramai, menurut beliau berdasarkan pengamatannya terhadap kehadiran tetamu waktu itu tidak kurang daripada 10,000 orang, satu jumlah yang paling ramai majlis pernah dihadirinya.


Manakala Ahli Parlimen Kota Belud YB Datuk Abd. Rahman Dahlan pula menjangkakan bahawa majlis itu tidaklah pula seramai yang dfikirkannya. Beliau sendiri mengakui kehebatan Datuk Musbah menganjurkan majlis itu. Dipermulaan majlis beliau amat risau akan kehadiran tetamu kerana tetamu VVIP yang hadir bukannya sembarangan iaitu YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman Ketua Menteri Sabah. Tetapi setelah beliau melihat sendiri tetamu yang hadir berduyun-duyun kerisauan beliau itu dengan sendirinya hilang. Sehinggakan beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada YB Datuk Musbah kerana berjaya menganjurkan majlis itu dengan jayanya.
Jika dirungkai akan sebab-sebab kejayaan penganjuran majlis ini sebenarnya menjurus kepada kerelibiti yang ada dengan watak Datuk Musbah yang tidak ada dengan pemimpin lain yang ada di Kota Belud. Sikapnya yang amat mesra rakyat tanpa membataskan diri dari semua lapisan masyarakat membuatkan dirinya amat dihormati dan disanjung oleh masyarakat Kota Belud. Melihat tetamu yang hadir waktu itu yang terdiri daripada orang tua, muda, lelaki dan perempuan memperlihatkan wakil rakyat ini mempunyai penyokong yang amat kuat diperingkat akar umbi.

Sikapnya yang rajin turun padang menghadiri majlis seperti majlis kenduri kahwin, kematian dan apa juga bentuk majlis membuat dia disenangi oleh masyarakat setempat dan amat digemari dan disenangi oleh rakyat. Kerajiannya turun padang juga menjadi idola kepada pemimpin di Kota Belud seperti Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang suatu ketika menentang Datuk Musbah merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian memuji sikap Datuk Musbah yang rajin menghadirkan diri bagi setiap majlis keramaian diseluruh pelusuk daerah Kota Belud. Beliau mengakui Datuk Musbah sememangnya mempunyai penyokong tegar di seluruh daerah Kota Belud.

Sebenarnya kehadiran tetamu pada waktu sambautan itu mungkin mencerca angka sampai 15,0000 orang jika sekiranya Datuk Musbah menyediakan kenderaan sebagai pengangkutan untuk sampai ke lokasi sambutan, rata-rata tetamu yang ditemuramah menyatakan bahawa kehadiran mereka ke majlis itu adalah atas kesediaan mereka tanpa ada habuan berupa Wang ringgit ataupun projek, akan tetapi ingin memperlihatkan kepada Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman terhadap sokongan mereka kepada Datuk Musbah tidak berbelah bagi. Mereka mengharapkan agar Ketua Menteri melihat sendiri sokongan rakyat Kota Belud terhadap pemimpin mereka YB Datuk Musbah Haji Jamli.

Seminggu selepas itu, speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menganjurkan majlis yang sama dengan tetamu khas TYT Yang Dipertuan Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, meksipun beliau menyediakan kenderaan dan Wang saku kepada tetamu sebanyak RM 10 ringgit seorang, namun tetamu yang diterimanya tidaklah seramai semasa penganjuran yang dibuat oleh Datuk Musbah. Menurut pandangan beberapa pihak kehadiran tetamu yang diterima semasa sambutan USBO anjuran Tan Sri Pandikar tiga kali ganda barulah dapat menyamai jumlah kehadiran yang diterima semasa penganjuran sambutan Hari Raya Aidil Fitri di tempat Datuk Musbah.

Bukan itu sahaja ramai lagi rakyat Kota Belud yang merasa kesal kerana tidak sempat hadir semasa sambutan Hari Raya itu memandangkan, tiada jemputan resmi kepada masyarakat. Mereka hanya diberitahu melalui telefon atau menerusi rakan-rakan Datuk Musbah selain kain rentang yang diletakkan di dua lokasi sterategik di Daerah Kota Belud. Ini dapat memberi gambaran jelas kepada kita bahawa sememangnya Datuk Musbah punya penyokong setia yang paling ramai di Kota Belud berbanding dengan pemimpin-pemimpin lain di Kota Belud.

Kesimpulannya sewajarnyalah Datuk Musbah harus diberi peranan yang luas oleh kepimpinan atasan memandangkan beliau mendapat sokongan yang padu dari semua lapisan masyarakat di daerah Kota Belud. Jika sokongan rakyat ini diadpitasi di dalam pilihanraya PRU ke 13 nanti, sudah tentu Barisan Nasional telah mendapat kelebihan satu kursi di Kota Belud andai Datuk Musbah sekali lagi diberi peluang menjadi calun Barisan Nasional samada di DUN Tempasuk atau di Parlimen Kota Belud akan datang.