Ahad, 29 Mei 2011

DATUK MUSBAH MENGUBAH LANSKAP POLITIK KOTA BELUD.






“Kalau bukan kita siapa lagi” dan “ Kalau bukan di sini di mana lagi”. Inilah kata-kata yang boleh dikaitkan dengan senario politik Kota Belud yang ada hubungkait dengan sejarah politik yang telah di lalui oleh Datuk Musbah sehingga ke hari ini. Menyingkap sejarah politik Kota Belud sejak sebelum Sabah mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini ianya telah di dominasi oleh sebuah keluarga yang asal-usulnya masih dipertikai oleh setengah pihak.

Urutan dari cerita itu, sejarah politik Kota Belud yang diketahui oleh generasi terdahulu telah dimulai oleh penguasaan politik keturunan Arshad yang dikatakan berasal dari Banjar Masin Indonesia kemudian mendirikan rumahtangga dengan penduduk tempatan Kota Belud. Di zaman penjajah British, Arshad telah bersekongkol dengan penjajah kerana atas nama kuasa. Penindasan telah dilakukan ke atas penduduk tempatan sehingga lahirnya” Hero” di kalangan penduduk kampung menentang penindasan yang dilakukan oleh penjajah British. “ Panglima Ali atau lebih di kenali “Embu Ali” telah bangun memberontak menuntut keadilan ke atas penjajah. Meksipun “Embu Ali” mempunyai kekuatan ilmu kebal namun beliau gugur syaid ditangan Penjajah. Kematian beliau kononnya kerana pembelotan anak muridnya sendiri dengan membongkar rahsia kekebalan beliau kepada penjajah British.

Oleh kerana Arshad telah berjasa kepada pihak British, maka beliau telah diangkat sebagai pemimpin penduduk tempatan Kota Belud pada masa itu, sedangkan kalau dikira pada waktu itu ramai lagi penduduk tempatan yang lebih layak daripada beliau, akan tetapi oleh kerana kepakaran beliau mengambil hati pihak penjajah, maka beliau telah diberi kepercayaan British menjaga Kota Belud. Daripada kuasa kepolisan, adat istiadat, agama dan sosial semuanya telah diletakkan di bawah pentadbiran kekuasaan Arshad pada ketika itu. Di sinilah bermula legasi politik Arshad di Kota Belud.

Kemudian apabila Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963 keluarga inilah juga yang mentadbir Kota Belud iaitu melalui OKK Anuar bin Arshad sebagai Ketua pentadbir Kota Belud. Bermula dari kekuasaan inilah kuasa legasi Arshad ini telah berkembang melalui menantunya iaitu arwah Tun Said Keruak yang berkahwin dengan Toh Puan Bandung Binti Hasbulah bin Arshad di zaman kerajaan USNO. Di Pendekkan cerita apabila kerajaan Berjaya memerintah negeri Sabah, penguasaan keluarga Arshad ini terus mendomansi politik Kota Belud, kali ini melalui Datuk Mohd Noor Bin Mansur bin Sani bin Arshad. Setelah kerajaan Berjaya tumbang di tangan parti PBS di awal tahun 80 an. Ramai penganalisis politik menjangkakan penguasaan politik keluarga Arshad ini akan pupus, tetapi sebaliknya telah berlaku kerana waktu itu menantu mereka Tun Said telah di angkat menjadi TYT negeri sabah. Sementara anaknya Datuk Salleh Tun Said pula diangkat menjadi calun PBS di Usukan menentang Tan Sri Pandikar, tetapi tewas di tangan anak didik Tun Mustapah ini.

Kemudian apabila UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah di awal tahun 1990 an, keluarga inilah juga yang telah mendominasi politik Kota Belud sehingga salah satu keturunan mereka iaitu Datuk Salleh Tun Said telah diangkat sebagai Ketua penaja UMNO Kota Belud. Sedangkan waktu itu Tun Mustapah memangku Ketua UMNO Kota Belud. Kebijakan dan kelicikan keluarga Arshad bermain politik sememangnya sukar ditandingi mana-mana pihak khususnya di daerah Kota Belud. Penguasaan politik keturunan Arshad kini diterajui oleh Datuk Salleh Tun Sehingga ke hari ini. Inilah sejarah ringkas politik Kota Belud daripada sebelum kemerdekaan sehingga ke hari ini,

Tetapi hari ini keluarga ini tidak lagi menjadi kebanggaan sebahagian penduduk Kota Belud kerana dikalangan mereka telah lahirnya seorang pemimpin yang telah berjaya membina kekuatan sendiri tanpa meminta bantuan sesiapa. Insan yang saya maksudkan itu ialah Datuk Musbah Haji Jamli, jika diselungkar kisah hidup beliau sebelum menjadi pemimpin daerah Kota Belud bolehlah disamakan dengan “EMBU ALI” zaman Arshad sebelum negara merdeka. Embu Ali dalam zamannya beliau bangun menegakkan keadilan dari penindasan yang dilakukan oleh pihak penjajah. Sementara Datuk Musbah juga dalam eranya beliau bangun dengan sendiri untuk mengubah hidup dalam masyarakatnya dari masyarakat yang meminta-minta kepada pemimpin kepada masyarakat yang boleh hidup berdikari sendiri. Sebab itu dalam zamanya beliau telah berusaha membawa berjuta-juta ringgit projek bertujuan untuk membawa masyarakatnya keluar dari belenggu kemisikanan.

Dalam dunia politik pula, Datuk Musbah orang kebanyakkan yang telah berjaya mengubah lanskap politik Kota Belud, iaitu daripada politik yang didominasi oleh keluarga Arshad kepada politik yang lebih bebas. Maksudnya sesiapa pun anak Kota Belud yang ada kemampuan boleh diangkat menjadi pemimpin jika beliau ada kemahuan. Beliau telah membuktikan diri sendirinya apabila beliau yang suatu ketika seorang yang dari keluarga orang miskin berjaya menjadi pemimpin sehingga menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Belud dengan mengetepikan dominasi sementara waktu keluarga Arshad. Melihat kemampuan Datuk Musbah mengubah lanskap politik Kota Belud ini telah merisaukan Datuk Salleh yang menjadi pewaris legasi kepimpinan keluarga Arshad di Kota Belud.

Sebab itu sebelum Datuk Musbah menjadi idola dari sudut kepimpinan masyarakat Kota Belud, pada pemilihan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud tahun 2008, Datuk Salleh dan kuncu-kuncunya telah mengumpul semua kekuatan untuk memastikan Datuk Musbah tersungkur dalam pemilihan itu. Jika dikira kalau hanya kekuatan Datuk Salleh, keluarga dan wangnya belum pasti dapat menundukkan kekuatan Datuk Musbah yang semakin hari semakin mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari masyarakat Kota Belud. Sebenarnya kekalahan Datuk Musbah dalam pemilihan masa itu kerana pemimpin-pemimpin yang satu ketika sealiran dengan beliau yang cuba menghapuskan penguasaan legasi kepimpinan Arshad seperti Tan Sri Pandikar, Lamsil Hamidshor, Mastan Haji Hasaan dan lain-lain lagi telah berpaling tadah menyebelahi Datuk Salleh dengan mengetepikan matlamat politik awal mereka untuk menghapuskan penguasaan politik keluarga Arshad di Kota Belud.

Namun sehingga hari ini Datuk Musbah telah mencipta sejarahnya sendiri dengan melakukan sebagai orang yang pertama kali mencabar kepimpinan keluarga Arshad di Kota Belud, sebab itu penduduk Kota Belud seharusnya mendoakan kesejateraan Datuk Musbah agar terus maju ke hadapan mudah-mudahan matlamatnya supaya untuk melihat anak-anak penduduk Kota Belud tidak kira dari suku kaum Bajau, Iranun ataupun Dusun Kota Belud semuanya boleh menjadi pemimpin seperti dia. Jika diihat kalau sesuatu terjadi kepada beliau sehingga satu ketika dia tidak lagi menjadi pemimpin, siapa lagi boleh mencabar kepimpinan keluarga Arshad. Kalau dulu kaum Iranun berbangga dengan Tan Sri Pandikar kononnya dapat mencabar kepimpinan Datuk Salleh satu-satunya penyambung legasi kepimpinan Arshad sekarang ini, tapi Saudara Rosmin Kasan cakap telah menjadi tawanan Datuk Salleh Tun Said. Tan Sri Pandikar sudah kehilangan bisa, beliau telah bertuankan kepada musuh tradisinya sejak arwah ayahandanya Haji Mulia lagi. Mahu tidak mahu beliau terpaksa menerima hakikat Datuk Salleh sekarang telah menguasai politiknya.

Sebenarnya apa yang di lakukan oleh Datuk Musbah dalam mengubah lanskap politik Kota Belud merupakan satu permulaan kepada generasi akan datang supaya bangun dan melakukan sesuatu demi kelangsungan bangsa Bajau, bangsa Iranun dan Bangsa Dusun. Jangan hanya hidup di dalam negara yang merdeka tetapi masih di jajah dari segi minda dan ekonomi. Apakah akan ada lagi pemimpin seumpama Datuk Musbah yang sanggup menyusur arus hanya semata-mata untuk mempertahankan prinsip politik yang lebih berbentuk bebas. Terserahlah kepada generasi akan datang, samada mereka mahu terus-terusan dijajah atau mengikut rentak dan jalan yang telah dimulai oleh Datuk Musbah.

Isnin, 23 Mei 2011

DATUK MUSBAH MELAKAR SEJARAH TERSENDIRI


Kejayaan Datuk Musbah dalam dunia politik dan dunia perniagaan menjadikan beliau melakar sejarah tersendiri yang tidak dapat disaingi oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang ini khususnya di daerah Kota Belud. Bermula dari seorang anak kampong yang hidup dalam serba kekurangan Datuk Musbah telah bangkit dari satu tangga kejayaan ke satu tangga kejayaan seterusnya.

Sebelum berkecimpung dalam dunia Politik, beliau merupakan anak bumiputera Kota Belud yang telah berjaya dalam bidang perniagaan. Pada waktu itu dunia perniagaan di monopoli oleh masyarakat cina sahaja. Kilauan mutiara yang terkandung dalam jiwa Datuk Musbah telah terserla apabila waktu itu beliau merupakan satu-satunya anak bajau yang berjaya membuka sebuah kilang papan di Kg. Taun Gusi Kota Belud. Perniagaan kilang papannya ini telah banyak membantu pemimpin-pemimpin politik waktu itu khususnya dalam melaksanakan projek-projek kecil. Inilah sejarah hidup Datuk Musbah yang berlainan dengan tokoh-tokoh yang ada di Kota Belud. Kejayaan dunia perniagaan yang dibinanya sendiri dan bukannya diwarisi dari keluarganya sepertimana Datuk Salleh Tun Said yang bulat-bulat mewarisi harta dan perniagaan ayahandanya.

Kejayaan Datuk Musbah membina empayar perniagaan pada masa itu membuatkannya sangat dikenali bukan sahaja oleh masyarakat Kota Belud akan tetapi pemimpin-pemimpin agong seperti Tun Mustapah. Beliaulah yang bertanggungjawab membawa Datuk Musbah ke dunia politik, apabila dalam satu pilihanraya negeri Sabah di bawah era kerajaan PBS beliau telah dipilih sebagai calun USNO di kawasan Tempasuk. Meksipun menerima kekalahan,waktu itu, yang pastinya Datuk Musbah telah melangkah masuk ke dunia politik. Dalam dunia politik juga Datuk Musbah banyak mencipta sejarah tersendiri berbanding dengan tokoh-tokoh lain yang ada di Kota Belud seperti Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan DSP Salleh Tun Said yang masing-masing mewarisi kepimpinan mereka daripada ayahanda masing-masing.

Datuk Musbah tidak mewarisi kepimpinan daripada ayahandanya, tetapi sebaliknya beliaulah sendiri yang mencorak dan mewarnai kepimpinan politiknya sendiri. Dengan gaya politik yang amat konsisten dengan mengambilkira politik kejujuran dan keikhlasan membuatkan beliau amat popular di kalangan masyarakat Kota Belud. Sepanjang perjalanan politik beliau banyak onak dan duri yang ditempuhinya, namun jiwa kental yang amat menebal dalam diri beliau menambahkan lagi kekuatan dalam dirinya untuk terus berjuang membela masyarakatnya yang dahagakan pembangunan. Kekalahan, jawatan dan imbuhan dalam perjuangan tidak menjadi keutamaan dalam perjuangannya, akan tetapi sebaliknya beliau menghitung pencapaiannya sejauhmana perjuangan yang didokongnya selama ini telah dapat membela masyarakatnya.

Sebab itu tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa pemimpin yang paling banyak membawa pembangunan di kawasan Tempasuk atau Kota Belud ialah Datuk Musbah. Dengan hanya sekadar jawatan Pembantu Menteri beliau telah berjaya membawa berbilion-bilion ringgit projek yang kesemuanya menjurus kepada peningkatan sosio ekonomi rakyat Kota Belud. Jika kita bandingkan dengan pemimpin terdahulu, mereka telah berjaya menempatkan diri sebagai pemimpin nombor satu dalam negeri Sabah, tetapi jika dihitung mereka tidak dapat menyaingi pencapaian Datuk Musbah dalam menyediakan kemudahan atau pembangunan kepada masyarakat Kota Belud.

Sabtu, 7 Mei 2011

WAKLI RAKYAT YANG PALING RAJIN TURUN PADANG







Aktiviti turun padang sama juga istilah dengan turun melawat kawasan yang diwakili bagi setiap wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Datuk Seri Najib selaku presiden parti UMNO mengariskan syarat utama seseorang wakil rakyat untuk dicalunkan semula ialah, kekerapan seseorang wakil rakyat itu turun padang melawat kawasannya. Bagi beliau seseorang wakil rakyat yang kerap turun padang semestinya mereka yang mempunyai hubungan baik dengan penduduk kampong khususnya pengundi di kawasannya. Matlamat Datuk Seri Najib ialah untuk memastikan bahawa calun Barisan Nasional yang diketengahkan dalam PRU13 nanti adalah mereka yang benar-benar dapat diterima oleh rakyat disamping disenangi dan popular dikalangan masyarakat setempat.

Di Kota Belud antara wakil rakyat yang paling rajin turun padang ialah YB Datuk Musbah Haji Jamli wakil rakyat kawasan Tempasuk. Walaupun dikatakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abd Rahman Dahlan dan ADUN Usukan YB Datuk Japlin Hakim merupakan orang muda tetapi dari segi kekerapannya mereka turun padang. Datuk Musbah masih lagi mengatasi mereka, kebiasaan dan sikap Datuk Musbah ini cuba ditiru atau dicontohi oleh kalangan pemimpin yang ada di Kota Belud, namun mereka tidak dapat bertahan lama, kerana matlamat dan tujuan utama mereka turun padang itu terselitnya agenda tersembunyi yang hanya mempengaruhi penduduk kampong untuk mengundi atau mempercayai bahawa merekalah pemimpin yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin di Kota Belud. Tetapi terbukti sebelum ini meksipun mereka punya kuasa tertinggi dinegeri sabah "abuk pun tara".

Datuk Musbah turun padang hanya semata-mata untuk memastikan rakyatnya dan penduduk kampong mendapat pembelaan dengan menyalurkan berbagai bantuan dan projek yang bertujuan dapat mengubah kehidupan penduduk. Beliau tidak terhad menghadirkan diri dalam majlis-majlis rasmi sahaja, malahan beliau turun padang tanpa ditemani oleh sesiapa samada pemimpin diperingkat kampong mahupun pemimpin diperingkat UPKR kawasan Tempasuk. Beliau mahu melihat sendiri kesusahan yang dialami oleh rakyatnya melalui matanya sendiri. Dengan demikian segala peruntukkan yang disalurkan dapat sampai ke sasarannya.

Semasa turun padang Datuk Musbah, kebiasaannya akan melawat keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan segera, di samping melawat mereka yang terlantar sakit tenat untuk memberi semangat dan kata-kata perancang bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup mengharungi kehidupannya.

Sepanjang pengamatan saya sebagai rakyat Malaysia yang telah merdeka, tidak ada seorang pun pemimpin yang bergelar YB yang benar-benar berjiwa rakyat seperti yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah. Samada ianya di dalam era USNO, BERJAYA, PBS dan kini UMNO. Kesanguupan Datuk Musbah menuruni lurah, mendaki bukit, menyeberangi jambatan usang, dan mereda hutan memperlihatkan wakil rakyat ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang terdapat dengan Khalifa Al Rasidin seperti Saidina Umar.

Seketika saya merasa sayu dan hiba apabila melihat paparan demi paparan gambar yang terdapat facebook wakil rakyat ini tentang kemiskinan, keadaan keluarga yang tidak mempunyai rumah, makanan yang tidak cukup, orang yang terlantar sakit tenat dan bermacam-macam lagi. Timbul dalam pemikiran saya kenapa berlaku demikian ke atas keluarga tersebut. Kemana tanggungjawab wakil rakyat sebelum ini, yang membiarkan penderitan penduduk kampong yang tinggal di bumi sabah yang telah mencapai kemerdekaan begitu sekian lamanya.

Datuk Musbah bukan sahaja seorang wakil rakyat yang berjaya melaksanakan tanggungjawabnya, akan tetapi lebih dari itu, beliau telah berjaya menyusup masuk dalam jiwa setiap penduduk kampong yang masih dalam kesusahan supaya bangun mengubah sosio ekonomi melalui penglibatan mereka dalam merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan. Dengan memperlihatkan diri beliau sebagai “Role Model” untuk berjaya dalam hidup. Datuk Musbah dalam setiap kali pertemuan masyarakat kampong akan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka agar berani berubah dan merebut peluang yang ada.

Kejayaan beliau membawa projek mega seperti JELAPANG PADI, AGROPOLITAN, AKURKULTUR, PELANCUNGAN, berbagai-bagai lagi meletakan pemimpin ini NO 1 dari kalangan pemimpin yang ada di Kota Belud, samada dalam zaman era ini mahupun zaman era sebelumnya. Mungkinkah kerana juga Datuk Musbah merupakan seorang pemimpin yang lahir atas kaki sendiri yang memungkinkan pencapaian beliau kini sukar ditandingi. Kalau kita bandingkan kelahiran Datuk Salleh Tun Said kerana sedikit sebanyak populiriti bapanya arwah Tun Said, dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana arwah bapanya Haji Mulia, demikian juga Datuk Abd. Rahman ada bapanya arwah Haji Dahlan. Kita tidak boleh bandingkan Datuk Musbah dengan Datuk Japlin kerana pencapaian Datuk Japlin tidak ke mana malahan ianya secara mendatar. Dan kata orang kaca menanti pecah ekoran pencapaiannya yang malap dalam politik di samping masalah rasuah yang dihadapinya. Kehadiran Datuk Japlin dalam politik juga hanya memenuhi tuntutan semasa kerana pada masa itu dia Ketua pemuda UMNO Kota Belud di samping tuntutan politik semasa yang mengkhendakkan beliau jadi pemimpin. Kalau bukan kerana itu mungkin dia tidak berada dalam keadaan sekarang.

Tetapi ciri-ciri kepimpinan yang ada dengan Datuk Musbah diibaratkan satu Packeg sebagai seorang pemimpin. Semua ciri-ciri pemimpin yang dituntut samada ianya oleh pucuk pemimpin pusat atau masyarakat setempat semuanya terdapat dengan Datuk Musbah. Tidak keterlaluan kalau saya katakana Datuk Musbah adalah pemimpin DULU, KINI dan SELAMANYA.

Selasa, 3 Mei 2011

BERKAT KESABARAN DATUK MUSBAH MEMBAWA KESEJATERAAN RAKYAT







‘SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN” ini ungkapan suci yang menjadi landasan perjuangan anak muda yang sedang mencipta nama dipersada politik tanah air amnya dan sabah khususnya. Bermula dari seorang anak petani miskin Datuk Musbah telah mengorak langkah dengan kakinya sendiri dengan mengubah keria hidup keluarganya yang bergantung penuh kepada sawah padi kepada bidang baru iaitu dunia perniagaan.

Memberanikan diri membuka sebuah kilang papan yang menjual barang-barang binaan. Sebuah perniagaan yang pada waktu itu dikuasai oleh golongan mewah sahaja dan ianya dimonopoli oleh bangsa Cina . Bagi beliau hidup harus ada prinsip dan dalam soal ini prinsip itu ialah "rezeki dan jodoh semuanya terletak di tangan Allah SWT. Apabila perniagaannya ini telah mula bertapak nama beliau telah mula dikenali dikalangan pemimpin-pemimpin politik di Kota Belud. Walaupun beliau diperingkat awal tidak menceburkan diri di dalam politik, namun beliau banyak membantu orang-orang politik menyelesaikan masalah rakyat setempat. Sikap suka membantu rakyatlah nama Datuk Musbah telah mula menarik minat Allahyarham Tun Mustapah dalam dunia politik.

Pencapaian Datuk Musbah dalam dunia perniagan pada waktu telah menarik minat Tun Mustapah memberi untuk kepercayaan kepada Datuk Musbah menjadi calun USNO di kawasan Tempasuk. Di sinilah bermulanya Datuk Musbah terjebak dalam politik secara langsung. Meksipun dalam percubaan pertama ini beliau tewas di tangan calun PBS waktu itu, namun dengan berbekalkan kesabaran beliau telah menguatkan istizamnya lagi untuk terus berjuang di dalam politik. Beliau memegang kepada peribahasa melayu "alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke lenggan”. Sekali beliau terlibat di dalam politik beliau akan terus melangkah sejauh mungkin yang boleh dicapai olehnya.

Apabila USNO dibubarkan kerana memberi laluan kepada UMNO masuk ke Sabah, Datuk Musbah akur kepada keputusan sifunya Tun Mustapah supaya semua ahli-ahli USNO masuk ke dalam UMNO. Satu pengorbanan besar yang dilakukan oleh bapa kemerdekaan sabah ini (Tun Mustapah) kepada UMNO yang patut si kenang oleh semua pemimpin-pemimpin UMNO masa kini. Tanpa pembubaran USNO kemungkinan UMNO tidak akan dapat bertapak ke bumi di bayu ini.

Di dalam UMNO khususnya di Kota Belud, Datuk Musbah telah dipilih perwakilan UMNO Kota Belud melalui pertandingan AJK bahagian dalam jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, beliau telah dipertanggungjawabkan menjaga kawasan Tempasuk. Perkara utama yang dilakukan oleh beliau semasa itu ialah memperkemaskan jentera parti dengan menubuhkan Jentera Pilihanraya UMNO kawasan Tempasuk. Dengan berbekalkan kewangan sendiri Datuk Musbah telah mengorbankan wang ringgitnya membiayai semua program-program UMNO di kawasan Tempasuk. Sepatutnya di dalam pilihanraya pada tahun 1991, Datuk Musbah adalah orang yang paling layak menjadi calun BN di Kawasan Tempasuk pada masa itu, namun oleh kerana atas dasar semangat dalam kompenan Barisan Nasional. Kawasan Tempasuk telah diserahkan kepada Parti Akar salah satu kompenan Barisan Nasional di Sabah dan telah mempertaruhkan Tan Sri Pandikar Amin sebagai calunnya.

Pemilihan Tan Sri Pandikar sedikit pun tidak melemahkan semangat Datuk Musbah di dalam UMNO kesabarannya sekali lagi teruji. Beliau telah menunjukkan kesetiaannya kepada UMNO dengan memberi sokongan padu kepada Tan Sri Pandikar sehingga mencapai kemenangan di kawasan Tempasuk.

Setelah UMNO berjaya membentuk kerajaan di Sabah, jasa Datuk Musbah yang berkerja keras memenangkan calun UMNO di kawasan Tempasuk langsung tidak dikenang, sebaliknya mereka yang tidak bekerja waktu itu seperti saudara Jemil Sidah telah dilantik Setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Oleh kerana kesabaran yang amat kuat kepada beliau, sedikit pun tidak melenting malahan beliau meneruskan aktivitinya seperti biasa. Kebaikan dan kebajikan yang di tunjukkan oleh Datuk Musbah kepada ahli-ahli UMNO dan masyarakat Kota Belud membuatkan beliau semakin popular. Kepopularnya ini meruncingkan beberapa pihak yang takutkan Datuk Musbah menjadi ancaman kepadanya di masa hadapan nanti. Untuk menyekat pengaruh Datuk Musbah itu, mereka telah menaja saudara Awanir Matanggal menentangnya bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud.

Ranjau, onak dan duri perjuangan Datuk Musbah dalam politik kalau dikupas memang memerlukan masa yang panjang untuk disiapkan. Memadai di sini saya nyatakan bahawa Datuk Musbah merupakan memimpin yang amat sabar, gigih dan tekun dalam memperjuangkan rakyatnya untuk mencapai kesejateraan hidup. Biarpun pelbagai rintangan, halangan dan hambatan untuk mencapai cita-citanya, Datuk Musbah tidak berputus asa, kekadang rakan-rakannya ada juga yang tidak tahan ada yang jadi pejuang, ada yang jadi petualang dan tidak kurang juga yang menjadi pengkhianat kepada bangsanya kembali.

Hari ini berkat kesabarannya itu, kawasan Tempasuk yang diwakilinya kini telah menerima pembangunan yang amat pesat berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Kota Belud. Antara lain punca kejayaan Datuk Musbah merealisasikan cita-cita dan impiannya untuk melihat penduduk Tempasuk maju ialah pendekatanya kepada rakyat sangat mesra. Dan setakat ini di dalam tinjauan yang saya dapati wakil rakyat yang paling rajin turun padang ialah tidak lain dan tidak bukan Datuk Musbah. Beliau sedikitpun tidak terpengaruh dengan kata-kata dan hasutan yang boleh mengundang perkara yang kurang baik kepada masalah rakyatnya. Ketegasan dan kegigihan Datuk Musbah kini sukar sekali dipertikaikan oleh musuh-musuh politiknya kerana semua impiannya selama ini hampir menjadi kenyataan sementara mereka meksipun telah memegang jawatan yang tinggi-tinggi tiada satupun peninggalnya kepada warga Kota Belud sepanjang zaman sebaliknya penduduk Kota Belud dijadikan peminta sedekah dan merempat dibumi sendiri.