Jumaat, 2 Disember 2011

PRU KE 12 TAHUN 2008, PENGARUH DAN KEKUATAAN DATUK MUSBAH.



Pilihanraya ke 12 tahun 2008 merupakan ujian terbaik bagi Datuk Musbah terhadap pengaruhnya di peringkat akar umbi. Beliau yang ketika itu menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud selaku Ketua UMNO Bahagian merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kota Belud telah dipertanggungjawabkan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional negeri dan pusat mengetuai Jentera Pilihanraya Parlimen Kota Belud bagi memastikan kemenangan memihak kepada parti Barisan Nasional. Untuk rekod pada masa itu Barisan Nasional telah mempertaruhkan YB Datuk Abd. Rahman Dahlan (UMNO) bagi kursi Parlimen Kota Belud. Sementara itu bagi DUN Tempasuk Barisan Nasional diwakili sendiri oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli (UMNO), bagi DUN Usukan pula Barisan Nasional meletakkan semula YB Datuk Japlin Hakim (UMNO) dan bagi DUN Kadamaian yang diwakili oleh parti PBS meletakkan penyandangnya YB Datuk Herbert Timbun Lagadan.

Selaku Pengerusi Jentera Pilihanraya Parlimen, Datuk Musbah telah melalui jalan yang amat rumit sebelum calun-calun Barisan Nasional memperolehi kemenangan yang mutlak. Umpamanya pencalunan Datuk Abd Rahman Dahlan sebagai Ahli Parlimen Kota Belud sudah cukup menguji kebolehupayaan Datuk Musbah meyakinkan rakyat Kota Belud mengundi Datuk Rahman sehingga mencapai kemenangan dengan mejoriti yang masih boleh dibanggakan. Cabaran utama Datuk Musbah dalam perkara ini ialah mempromosi Datuk Abd. Rahman kepada rakyat Kota Belud sebagai satu produk yang boleh diketengahkan diperingkat Nasional, sedangkan Datuk Rahman tidak ramai yang mengenalinya sebelum ini memandangkan beliau adalah anak kelahiran Tuaran dan sememangnya penglibatannya dalam politik hanya tertumpu di daerah itu sahaja. Oleh kerana Datuk Abd Rahman bukan orang kelahiran Kota Belud maka timbulnya isu pemain import yang disengaja ditiup oleh pihak-pihak tertentu kerana tidak berpuashati setelah tidak terpilih menjadi calun Pilihanraya waktu itu.

Satu lagi cabaran getir yang dilalui oleh Datuk Musbah dalam memastikan kemenangan calun-calun Barisan Nasional ialah bagaimana meyakinkan kembali rakyat Kota Belud kepada Barisan Nasional setelah penguguran dua tokoh politik Kota Belud, iaitu Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ramai desus-desus kedengaran di seluruh pelusuk Kota Belud tentang pengkhianatan penyokong kedua-dua pemimpin ini. Berita ini tersebar luas di sana sini mengatakan bahawa rakyat Kota Belud harus menunjukkan undi Protes kepada semua calun-calun Barisan Nasional dengan memastikan mereka ini kalah di semua kawasan, yang memeritkan lagi ialah kononnya arahan ini datangnya dari kedua-dua tokoh ini, iaitu daripada Datuk Sri Panglima Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Walau bagaimanapun sejauhmana kebenaran dakwaan itu tidak dapat dibuktikan. Namun berdasarkan keputusan pilihanraya 2008 menunjukkan bahawa kekalahan Barisan Nasional hanya berlaku di kawasan-kawasan di mana kedua-dua pemimpin mempunyai penyokong yang ramai, misalnya di Tempasuk seperti di Daerah mengundi Tamau, Merabau, Rampayaan dan Kota Peladok. Sementara di Kawasan DUN Usukan Barisan Nasional banyak kalah di kawasan Kota Belud dan hanya sedikit di sembirai, kulambai serta beberapa tempat. Berdasarkan analisis ini sudah jelas menunjukkan bahawa adanya kebenaran dakwan isu itu dipermainkan.

Tetapi dikawasan-kawasan pengundi Dusun pula menampakkan peningkatan yang mendadak kepada calun-calun Barisan Nasional. Ini menggambarkan gerakkan menjatuhkan imej Datuk Musbah sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya di mata pemimpin peringkat Negeri Dan Pusat tidak dapat mempengaruhi pengundi pengundi Dusun. Malahan daerah mengundi kawasan Dusun yang sebelum ini menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya ke 11 dulu, tetapi dalam pilihanraya ke 12 tahun 2008 yang lalu telah menampakkan peningkatan yang luar biasa khususnya di kawasan Daerah mengundi Rosok, Timbang, Tempasuk, Taburan, Dudar, Sarang dan semua Daerah mengundi kawasan Dusun. Jika benar pemimpin ini yang memprotes calun-calun Barisan Nasional, ini bermakna niat mereka untuk menjatuhkan kerealibiti Datuk Musbah sebagai pemimpin tidak berjaya, malahan telah membuka kelemahan mereka sendiri, dimana walaupun mereka bergabung tenaga menentang Datuk Musbah seorang dalam pilihanraya itu nampaknya misi mereka tidak mendatangkan hasil.

Tetapi satu perkara yang perlu Datuk Rahman Dahlan ingat dan memahami bahawa sebenarnya yang menjadikan dirinya sebagai ahli Parlimen Kota Belud ialah Datuk Musbah, daripada beliau tidak dikenali kini rakyat Kota Belud mula mengenali beliau sebagai pemimpin di daerah ini. Justeru jasa Datuk Musbah dalam mengetengahkan beliau sebagai pemimpin telah berjaya, meksipun diprotes oleh pemimpin golongan pertengahan, tetapi kekuataan Datuk Musbah sahaja diperingkat akar umbi yang dapat menyelamatkannya waktu itu. Oleh itu dinasihatkan agar Datuk Rahman Dahlan jangan cuba mengkhianati perjuangan Datuk Musbah kerana lambat laun beliau akan menerima tulah.

Menyingkap pula di DUN Usukan dan Kadamaian kedua-dua calun Barisan Nasional di sini iaitu Datuk Japlin Hakim dan Datuk Herbat Timbun Lagadan sememangnya mereka ini mempunyai masalah Peribadi seperti skandal, mereka juga menerima tempias undi Protes daripada penyokong-penyokong kedua-dua pemimpin ini. Namun yang menyelamatkan mereka selain daripada populariti parti Barisan Nasional, tetapi sedikit sebanyak mereka ini menang kerana kekuatan penyokong-penyokong Datuk Musbah di kawasan mereka selaku peneraju kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Penyokong-penyokong tegar Datuk Musbah diperingkat akar umbi di tiga-tiga kawasan telah bersatu hati memberi sokongan kepimpinan Datuk Musbah sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Parlimen Kota Belud.

Melihat senario yang berlaku waktu itu memperlihatkan situasi bahawa Datuk Musbah menerima tamparan yang hebat bukannya daripada pihak lawan akan tetapi daripada pengkhianat dan petualang parti. Namun berkat kesabaran dan ketekuan serta sokongan padu penyokong-penyokongnya diperingkat akar umbi telah dapat mematahkan cubaan pengkhianat ini memalukannya kepada pemimpin negeri dan pusat. Tetapi apabila Barisan Nasional mencapai kemennangan di tiga-tiga kawasan, mulalah pula jarum mereka mengkaburi mata pemimpin-pemimin pusat kononnya merekalah yang membantu memenangkan calun-calun Barisan Nasional. Adalah pula yang membuat kumpulan menemui Perdana Menteri minta simpati agar diri mereka diberi tempat dalam kerajaan. Maka mereka terlantiklah ke jawatan speaker di negeri dan pusat, begitulah kehebatan pelakon-pelakon handalan dalam dunia politik yang telah menerima anugerah, akan tetapi anugerah itu semuannya bukan kerana kekuatan dan pengaruh mereka sebagai pemimpin rakyat, tetapi kebijakkan mereka bermain politik penipuan. Sains politik katakan!............?