Rabu, 30 Mac 2011

KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN ASAS PERJUANGAN POLITIK DATUK MUSBAH







Perjuangan membela kemisikan dan membawa masyarakatnya keluar dalam kesusahan hidup merupakan semangat yang tertanam dalam jiwa Datuk Musbah. Bagi beliau perjuangan ini merupakan satu jihad disisi Allah SWT dan hanyaNya saja dapat memberi ganjaran kepada usaha murni beliau ini.

Perjuangan yang tidak ada sempadan ini dilakukan olehnya sejak beliau menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan dunia politik. Sebab itu walaupun beliau mengharungi halangan dan kekangan dari musuh-musuh politik beliau, semangat juang beliau tetap membara meksipun rakan seperjuangnya ramai yang menjadi petualang dan tidak kurang juga yang menjadi tawanan musuh politiknya kerana pertama tidak tahan menerima tekanan dan ujian sepanjang perjuangan. Dan, kedua kerana terlalu tamak sehingga lupa kepada asas perjuangan mereka bersama memperjuangkan bangsa mereka yang selama ini ditindas dan perkotak katikkan sejak turun temurun.

Kecekalan hati Datuk Musbah menjadikan politik keikhlasan dan kejujuran selama ini telah membuahkan hasil kepada dirinya dan juga kepada apa yang diperjuangkan olehnya selama ini. Apabila beliau menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai pemimpin, beliau menjanjikan perkhidmatan kepada rakyat dengan berusaha membawa pelbagai pembangunan sosio ekonomi rakyat. Harapan beliau ialah supaya semua rakyat yang berada dalam kawasannya dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Lihat sahaja sekarang walaupun beliau hanya bergelar Pembantu Menteri yang kuasanya tidak seberapa, beliau mampu membawa ratusan juta projek seperti JELAPANG PADI, PROJEK AGROPOLITAN, PROJEK AKUAKULTUR, PROJEK PELANCONGAN DAN SEBAGAINYA. Kesemua projek ini bertujuan untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat yang selama ini bergantung penuh kepada kehidupan yang ada hubungkait dengan projek yang dibawa oleh beliau itu.

Agaknya kalau Datuk Musbah diberi jawatan Menteri Penuh selepas PRU13 nanti?. Sudah tentu dengan kuasa yang penuh, saya pasti Datuk Musbah akan dapat membawa lebih kenikmatan hidup kepada rakyatnya. Sebenarnya Kota Belud tidak perlu menunggu sehingga kemunculan Datuk Musbah sebagai pemimpin Kota Belud, kerana sebelum ini Kota Belud telah melalui zaman kegemilangan pemimpinnya dari jawatan Yang Dipertuan Negeri, Ketua Menteri, Menteri Negeri, Menteri Persekutuan, Yang Dipertuan Dewan Rakyat dan Sepekar. Pastinya jika pemimpin yang terdahulu menjalankan tanggungjawab kepada rakyat, penduduk Kota Belud sekarang sudah pasti berada dalam zaman kegemilangannya. Tapi apa yang berlaku waktu itu, mereka hanya memperjuangkan kepentingan peribadi dan suku sakat masing-masing sahaja. Sementara rakyat di tindas dan dijadikan peminta sedekah sehingga ke hari ini.

Apabila beliau dipilih menjadi Ketua UMNO Kota Belud, dan wakil rakyat, beliau telah menjanjikan pelbagai pembangunan sosio ekonomi untuk rakyat dan segala janji itu telah terbukti ditunaikan oleh beliau. Bukan seperti musuh tradisi beliau itu, apabila beliau menawarkan diri merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO beliau menjanjikan konon akan dilantik menjadi Senator dan dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Tapi apa yang berlaku sehingga sekarang ini semuanya itu auta semata-mata penjajah politik murahan, orang dusun kata “ sampai baino” `tidak kena lantik. Akhirnya jawatan pencen Sepeakar DUN Sabah saja jadi habuan. Rupanya semua ahli UMNO telah ditipu saja. Inilah yang membezakan kepimpinan mereka dengan Datuk Musbah, beliau menjanjikan pembangunan sosio ekonomi rakyat sementara musuh tradisinya menjanjikan jawatan peribadi.

Sekarang ini apabila PRU13 menghampiri ke distinasinya berbagailah pula jajahan politik murahan bertujuan untuk menipu rakyat. Apabila mereka membuat kumpulan menentang Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, bukan main lagi tiup jubur Datuk Seri Safie Afdal, tapi menyedari tidak kemana pengaruh Datuk Seri Safie Afdal membantu mereka mencapai cita-cita politik. Mereka mengkhianatilah pula Datuk Seri Safie Afdal dengan berpaling tadah dalam senyap-senyap kumpulan mereka ciumlah pula tahi Datuk Musa Aman. Kali ini bilang bomoh Arwah Pak Kenik “hai no posok diom bubuh”. Datuk Seri Musa Aman tersenyum lebar musuh politiknya selama ini telah masuk perangkapnya. Mahu tidak mahu mereka ini kena akur apa juga percaturan politik yang akan dibuat oleh Datuk Seri Musa Aman dalam PRU13 nanti. Berdasarkan kepada senario politik masa kini, kedua-dua tokoh musuh tradisi Datuk Musbah ini akan berputih mata jawatan sepeakar sahajalah menjadi habuan kepada mereka. Menurut skrip P.Ramlee dalam filem “Nujum Pak Belalang”. “Siapa tak Nampak orang itu anak luar nikah.” He he he he !!!!!!.

Inilah natijahnya balasan politik jahat kepada orang lain. Siapa tidak tahu dalang kepada yang mencanangkan isu rasuah kepada Datuk Musbah dan berbagai-bagai taktik jahat yang bertujuan menjatuhkan keria politik Datuk Musbah. Mereka inilah yang orang kuat mereka dulu sifatkan (Saudara Rosmin Kasan) sebagai dua orang Panglima yang dihantar memerangi musuh kedua-duanya tidak kembali kerana kena tawan musuh. Pada hal si Rosmin Kasan yang mengeluarkan kata-kata itu tidak menyedari, sikap dan tabiatnya juga sama macam mereka. Melompat-lompat macam katak. Syukurlah sekarang ini beliau insaf dan bertaubat dengan menyertai kumpulan Tabliq. Mudah-mudahan hidayah yang diberikan oleh Allah SWT kepada beliau berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin!!!!!!!!.

Selasa, 22 Mac 2011

PERASAAN DAN NALURI DATUK MUSBAH MENJIWAI PERMASALAHAN RAKYAT



Kepimpinan Datuk Musbah Haji Jamli amat berbeza dengan pemimpin-pemimpin yang ada di Kota Belud. Beliau menyelami Perasaan dan Naluri terhadap rakyatnya terlalu mendalam sehingga beliau sanggup menyusup masuk ke dalam hutan dan belukar hanya semata-mata ingin melihat sendiri penderitan, kemiskinan atau permasalahan rakyatnya. Berbanding dengan pemimpin lain di Kota Belud yang hanya hadir ke sesuatu tempat itu bilamana ada di majlis rasmi diadakan. Sebab itu tidak keterlaluan kalau dikatakan ciri-ciri kepimpinan Datuk Musbah itu boleh dijadikan Role Model kepada Pemimpin Juara Rakyat yang dicanang oleh parti UMNO selama ini.

Dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Tempasuk, Datuk Musbah sedikitpun tidak membezakan antara penyokongnya dengan orang-orang yang tidak memberi sokongan kepada beliau suatu masa dahulu. Dalam soal pembangunan beliau mengagihkan peruntukan sama rata kepada rakyatnya di kawasan Tempasuk . Lihat sahaja apa yang berlaku kepada daerah mengundi Tamau pada PRU12 yang lalu. Walaupun beliau tewas di tempat itu, namun Datuk Musbah tetap mengagihkan peruntukan Projek Jelapang Padi di kawasan tersebut yang kosnya bukan jumlah yang kecil tapi mencerca RM 30 juta ringgit. Dan projek tersebut sedang rancak dijalankan buat masa ini.

Dengan berbekalkan latar belakang yang pernah hidup dalam kesusahan dan pengalaman hidup dalam kemisikinan, Datuk Musbah langsung tidak merasa janggal bila berhubungan dengan rakyatnya di kawasan Tempasuk. Beliau boleh berinteraksi dengan penduduk kampung dalam suasana harmoni tanpa rasa ada kekangan atau hambatan perasaan bangga diri atau rendah diri berdampingan dengan rakyatnya yang dalam kesusahan.

Inilah berkat seorang pemimpin yang benar-benar menjiwai rakyat, tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dilaksanakan dengan bertanggungjawab dan didikasi kepada rakyatnya. Allah SWT bukan sahaja memberi keberkataan hidupnya, malahan akan mendapat bantuan dari Allah SWT untuk terus berjuang membantu umat manusia. Mesksipun beliau melalui ranjau, onak dan duri angkara musuh-musuh politiknya, Datuk Musbah tetap gagah, sihat dan bertambah kuat di sisi rakyatnya. Rakyat semakin hari semakin bertambah yakin terhadap kebolehan beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Tempasuk. Di mana sahaja beliau berada, semua rakyatnya menerimanya dengan senang hati.

Justeru itu dalam memilih pemimpin kita mestilah balik kepada seorang pemimpin mestilah mampu menyemai dalam dirinya tentang Perasaan dan Naluri. Supaya pemimpin itu benar-benar memahami aspirasi rakyatnya, dengan demikian beliau akan dapat memahami kehendak dan kemahuan rakyat demi kesejahteraan rakyat di kawasannya.

Sabtu, 5 Mac 2011

TEMPASUK BAKAL MUNCUL PUSAT PELANCUNGAN BERTARAF DUNIA.



Ketajaman pemikiran YB Datuk Musbah dalam membawa pembangunan di kawasan tempasuk semakin hari semakin terserlah. Beliau bukan sahaja menumpukan dalam satu-satu bidang dalam membawa pembangunan kepada kawasan tempasuk yang diwakilinya. Akan tetapi beliau mempelbagaikan projek pembangunan yang di bawanya dan kesemua projek tersebut membawa impak ekonomi yang baik kepada semua lapisan penduduk tempasuk khususnya dan kota belud amanya. Kalau sebelum ini, beliau telah berjaya membawa projek mega seperti jelapang padi, agropolitan, akuakultur, jalanraya, dan bermacam-macam lagi.

Tetapi kali ini Datuk Musbah tidak ketandusan idea memanafatkan sumber alam yang ada di kawasan tempasuk untuk dimajukan sebagai kawasan pelancungan. Bagi mereka yang yang mengenali kota belud secara dekat, sudah tentu lebih mengetahui pontensi kota belud dalam bidang pelancungan bertaraf dunia, jika dimanafatkan sumber semulajadi yang ada di kota belud. Kawasan pantai yang terpanjang, terumbu karang, pergunungan yang indah dipandang telah terlepas pandang oleh pemimpin sebelum ini untuk dimajukan sehingga ianya memberi pulangan ekonomi yang tinggi kepada masyarakat kota belud.

Datuk Musbah baru berjawatan pembantu menteri tetapi berjaya meyakinkan kerajaan negeri sabah supaya kawasan pantai kota belud khususanya di Dun tempasuk dimajukan sebagai kawasan pelancungan.

Baru-baru ini kerajaan negeri pada dasarnya telah bersetuju memajukan kawasan “tandu magarang” . satu kawasan yang terletak di antara pantai kg. sarang dengan kuala rampayan laut. sebagai sebuah pusat pelancungan yang bakal dimajukan oleh sebuah syarikat dari luar negara. Di fahamkan syarikat berkenaan telah memberi keyakinan kepada kerajaan negeri untuk memajukan kawasan tersebut dengan jumlah pelaburan us$100 juta atau lebih kurang 360 juta ringgit malaysia.

“tandu megarang” bukan sahaja mempunyai lokasi yang menarik jika dimajukan nanti, akan tetapi mempunyai sumber alam semulajadi yang menarik setaraf dengan pusat-pusat pelancungan seperti bali di indonesia dan pelancungan dunia yang terletak di selatan tahiland. Saya sewaktu kecil-kecil dahulu selalu mengunjungi kawasan ini bagi tujuan memancing ikan. Lokasi ini mempunyai teluk yang sangat sesuai mendirikan hotel-hotel mewah dan di pesekitaran dasar lautnya kaya dengan batu-batu karang yang mampu menarik pelancung yang mempunyai kegemaran menyelam di dalam dasar lautan.

Jika projek ini menjadi realiti suatu hari nanti, kota belud sudah tentu bakal menerima wang pelaburan asing yang terbanyak sejak kita mencapai kemerdekaan. Projek ini bukan sahaja menguntungkan kerajaan negeri sabah, akan tetapi memberi manafat yang tinggi kepada penduduk kota belud. Sudah tentu peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan sendirinya akan terbuka luas. Impak ekonomi kota belud juga akan meningkat kerana sumbangan dari kemasukan pelancung-pelancung yang menghabiskan wangnya di kota belud. Kuasa beli rakyat kota belud akan meningkat, dengan sendirinya peluang peniagaan kepada penjaja-penjaja kecil akan meningkat.

Apa pun yang menarik kepada sahaja mengupas isu ini ialah kebijakkan datuk musbah memanipulasi ekonomi kota belud ke arah yang lebih dinamik di masa datang. Inilah untungnya kerajaan barisan nasional memilih beliau sebagai wakil rakyat kawasan tempasuk. Dengan kepakaran beliau dalam bidang koperat memudahkan lagi beliau merancang dan melaksanakan idea-idea yang terselit di dalam pemikirannya. Hubungan baiknya dengan Yab ketua menteri sabah melicinkan dan merancakkan lagi perancanganya memajukan kawasan tempasuk dalam tahun 2020.

Selasa, 1 Mac 2011

PERIBAHASA “BERAT MATA MEMANDANG LAGI BERAT BAHU MEMIKUL”.


PERIBAHASA “BERAT MATA MEMANDANG LAGI BERAT BAHU MEMIKUL”.

Merasai sesuatu perkara adalah lebih baik daripada hanya melihatnya melalui mata atau memandangnya dari jauh, jika kita ingin menyelami isi dan perasaan sesuatu perkara itu. Misalnya untuk menjadi pemimpin kepada golongan orang miskin semestinya merekalah yang benar-benar lahir daripada golongan yang pernah mengalami kemiskinan. Pemimpin seumpama ini akan dapat memikul tanggungjawab itu dengan baik kerana ianya telah mempunyai pengalaman merasai penderitan kelompok tersebut.

Mengambil kira kepada perkara ini pemilihan YB Datuk Musbah Haji Jamli memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat Tempasuk telah menepati kehendak dan aspirasi peribahasa yang tersebut di atas. Datuk Musbah yang sememangnya lahir daripada golongan miskin telah berjaya menghayati kehendak golongan orang miskin kerana beliau sendiri telah pernah hidup dalam suasana kemiskinan.

Sejak awal lagi, apabila beliau menjadi wakil rakyat perkara pertama yang menjadi keutamaannya ialah bagaimana beliau membawa rakyatnya keluar dari belenggu kemiskinan. Oleh itu berbagai usaha pembangunan dilakukan olehnya semata-mata beliau mahu penduduk di kawasan Tempasuk bebas dari kepompong kemiskinan.

Projek Agropolitan, Projek Jelapang Padi, Projek Akuakultur, Projek Perumahan Orang Miskin, Jalan raya dan bermacam-macam lagi kini mencurah-curah masuk di kawasan DUN Tempasuk. Kejayaan Datuk Musbah membawa masuk semua pembangunan ini antara lain telah di dorong oleh semangat dan kesungguhannya ingin melihat semua lapisan masyarakat Tempasuk merasai erti pembangunan melalui sebuah negara yang Merdeka.

Sebab itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep “1 Malaysia Rakyat di Dahulukan dan pencapaian diutamakan”. Datuk Musbah telah dapat memikul tanggungjawab ini dengan baik kerana beliau awal-awal lagi telah mengamalkan konsep ini sebelum diperkenalkan oleh YB Perdana Menteri. Sebagai pemimpin kepada semua kaum yang terdiri dari suku kaum Bajau, Iranun, Dusun, Ubian, Cina dan lain-lain di Kota Belud Datuk Musbah bukan sahaja berjaya mengagihkan pembangunan di kawasan Tempasuk secara adil dan sama rata, akan tetapi beliau telah berjaya mendekati semua lapisan masyarakat ini melalui aktiviti turun padang yang dilakukkan olehnya tanpa mengenal masa dan tempat.

Berdasarkan kepada trend pemilihan calun PRU kecil yang diadakan bagi setiap kali pilihanraya kecil diadakan oleh Perdana Menteri, beliau memilih mereka yang benar-benar dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan dapat diterima oleh rakyat setempat. Umpamanya calun PRU kecil di Johor baru-baru ini memilih calun yang tidak mempunyai jawatan dalam parti tetapi mempunyai rekod yang baik berkhidmat kepada rakyat setempat telah dapat memenangkan parti Barisan Nasional di kawasan itu.

Justeru itu dalam PRU 13 nanti Datuk Musbah tidak ada sebab kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional untuk tidak mencalunkannya semula sebagai wakil rakyat Tempasuk. Bukan senang atau mudah mencari pemimpin yang berjiwa rakyat di kawasan Tempasuk seperti beliau, ini kerana beliau bukan sahaja telah berjaya membawa banyak pembangunan malahan telah dapat diterima rakyat Tempasuk sebagai pemimpin mereka.