Ahad, 20 November 2011

DATUK MUSBAH HAJI JAMLI CALUN WINNABLE CANDIDATE BARISAN NASIONAL KOTA BELUD PRU13










Setengah penganalisis politik samada dalam negara ataupun luar negara berpendapat bahawa pilihanraya yang ke 13 negara merupakan pertembungan yang sengit antara pakatan Pembangkang dengan Barisan Nasional sepanjang negara mencapai kemerdekakan dari tangan penjajah pada tahun 1957. Pendapat ini mengambilkira penolakkan kaum cina terhadap Barisan Nasional serta menurunnya sokongan kaum India terhadap parti Barisan Nasional, sementara setengahnya memberi hujah kenapa pertembungan ini dianggap sengit adalah kerana wujudnya tidak kepuasan hati penyokong Barisan Nasional sendiri terhadap kepimpinan terdahulu yang di mulai zaman Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah yang masing-masing mempunyai kelemahan semasa pentadbir negara. Walaupun Tun Mahathir telah berjaya membangunkan negara, namun kelemahanya adalah kerana politik cantasnya terhadap pemimpin yang berpontensi memberi saingan terhadap beliau telah memberi kesan negatif terhadap kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional. Peristiwa yang berlaku kepada Datuk Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat permainan politik licik Tun Mahathir yang mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional. Demikian juga zaman kerajaan pimpinan Tun Abdullah yang ramai beranggapan terlalu lemah, sehingga kerajaannya dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh menantunnya Khairy Jamaluddin.

Walaupun zaman pemerintahan Datuk Seri Najib ini telah berjaya menarik sokongan rakyat terhadap parti pemerintah khususnya Barisan Nasional, tetapi ramai yang beranggapan sokongan itu telah lambat, kerana meksipun sokongan kaum India sedikit kembali kepada kerajaan Barisan Nasional, Akan tetapi kaum kedua terbesar negara iaitu bangsa Cina masih lagi memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat. Justeru itu pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa calun-calun Barisan Nasional akan datang adalah mereka yang popular ( WINNABLE CANDIDATE) atau boleh dijamin menang adalah satu tindakan yang bijak dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti. Dalam hal ini beliau lebih mengutamakan mereka yang boleh memberi kemenangan kepada Barisan Nasional daripada mereka yang hanya mengampu terhadap beliau dalam menempatkan diri sebagai calun PRU ke 13 nanti, tetapi belum tentu dapat memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.

Jika ini yang ditekan dan dipraktikkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memilih calun-calun Barisan Nasional nanti sudah tentu di Kota Belud beliau tidak mempunyai masalah yang besar untuk mencalunkan semula YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli sebagai Calun Barisan Nasional samada dalam DUN Tempasuk atau Parlimen Kota Belud. Datuk Musbah mempunyai rekod yang cemerlang sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di kawasan DUN Tempasuk. Dalam tempoh yang singkat, Datuk Musbah telah dapat membawa projek-projek ekonomi yang dapat memberi impak yang amat besar kepada ekonomi masyarakat Kota Belud di masa akan datang. Projek JELAPANG PADI dan projek AGROPOLITAN serta projek AKUAKULTUR yang telah berjaya di bawahnya di Kota Belud memungkinkan beliau amat disenangi dan disayangi oleh rakyatnya di Kawasan Tempasuk. Pembangunan yang dicapainya di kawasan DUN Tempasuk merupakan rekod cemerlang seorang wakil rakyat di kawasan Kota Belud sejak negara merdeka. Walaupun kawasan DUN Tempasuk sebelum ini pernah diwakili oleh bekas Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah YB Tan Sri Pandikar dan Bekas Menteri Kewangan Negeri Sabah Datuk Mohd Noor Mansur, namun pencapaian yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah dalam membawa pembangunan kepada rakyat sukar ditandingi oleh kedua-kedua tokoh ini, meksipun mereka bergelar Menteri sementara Datuk Musbah hanya berjawatan Pembantu Menteri.

Datuk Musbah sebenarnya memenuhi ciri-ciri calun boleh menang (WINNABLE CANDIDATE) yang dicanang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu disenangi rakyat. Jika dibandingkan diantara pemimpin-pemimpin politik yang ada di Kota Belud, Datuk Musbah merupakan pemimpin yang amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat di Kota Belud. Beliau telah berjaya memikat hati rakyat melalui pendekatan turun padang yang diamalknya sejak menceburkan diri dalam politik, setiap kali adanya majlis kenduri kahwin, kematian dan apa juga bentuk majlis Datuk Musbah akan meluangkan masa, meksipun beliau terlalu sibuk sekali. Bagi beliau dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kepentingan rakyat perlu diutamakan. Sebab itu rata-rata masyarakat Kota Belud memuji sikap dan pendekatan yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah ini, mereka telah memberi tempat pertama jika diadakan pertandingan bagi wakil rakyat yang paling rajin turun Padang.

Kerajian turun Padang Datuk Musbah ini diakui sendiri oleh musuh ketat politiknya Datuk Seri Panglima Mohd Salleh dengan memberi pujian dan pengiktirafan kepadanya sebagai pemimpin paling ramai penyokong di Kota Belud. Ini terbukti apabila sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2011 yang lalu telah memberi kepercayaan kepada Datuk Musbah menganjurnya memandangkan tetamu khas yang hadir adalah YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman Ketua Menteri Sabah. Sebenarnya Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said menyedari bahawa jika beliau yang menganjurkan majlis itu, sudah tentunya tidak akan dapat tetamu yang paling ramai seperti sambutan yang diberikan oleh rakyat Kota Belud kepada majlis yang dianjurkan oleh Datuk Musbah. Tanggapan beliau sama sekali tidak melesit apabila Datuk Musbah telah dapat menghimpunkan seramai lebih 10, 000 orang yang hadir ke Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2011 anjuran pemimpin-pemimpin UMNO Kota Belud. Antara pemimpin yang hadir dan mengakui kejayaan majlis yang dianjurkan oleh Datuk Musbah itu ialah Datuk Haji Hajiji Haji Noor Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah dan Ahli Parlimen Kota Belud YB Datuk Abd Rahman Dahlan, mereka amat terkejut bagaimana Datuk Musbah dapat menghimpunkan begitu ramai tetamu.


Kesetiaan kepada parti merupakan antara ciri-ciri pemimpin yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib sebagai Calun popular ( winnable candidate) perkara ini diambil kiranya kerana kesetiaan kepada parti juga adalah penentu Barisan Nasional memerintah kembali negara ini. Kita khuatir apabila berlaku kemenangan 55% kepada Barisan Nasional dan 40 % Pakatan Rakyat akan berlaku lompat parti menyebabkan Barisan Nasional akan tumbang. Datuk Musbah mempunyai kekental jiwa dalam mempertahankan prinsip perjuangan, semuanya ini telah terbukti melalui rekod perjuanganya dalam politik yang bermula dari USNO sehingga ke dalam UMNO prinsip itu masih darah dagingnya. Jika kita singkap rekod setiap pemimpin politik di Daerah Kota Belud ramai yang telah beberapa kali bertukar parti semata-semata untuk mengejar kepentingan peribadi. Misalnya Datuk Seri Panglima Salleh dan Tan Sri Pandikar telah beberapa kali bertukar parti hanya untuk kepentingan jawatan dengan mengetepikan suara hati penyokong mereka. Namun Datuk Musbah masih lagi dengan prinsip lamanya yang sentiasa taat setia kepada parti yang didokongnya. Beberapa kali beliau diuji, umpamanya apabila beliau tidak dicalunkan pada tahun 1994 dan pada tahun 2004 sebagai calun Barisan Nasional kerana memberi laluan kepada Tan Sri Pandikar, beliau sekalipun tidak mensabotaj calun, akan tetapi memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Tan Sri Pandikar sehingga Meraih kemenangan kepadanya dengan mejoriti yang besar.

Menurut kajian beberapa agensi yang dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri menilai calun-calun yang dicadangkan menjadi calun Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti seperti pihak polis, Jabatan penerangan, Jabatan Kemas dan lain-lain memberi jaminan bahawa setakat ini calun yang mudah menang samada di Kawasan DUN Tempasuk Dan Parlimen Kota Belud ialah Datuk Musbah. Antara sebabnya ialah kerana rekod cemerlang dan pencapaian yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah sebagai wakil rakyat DUN Tempasuk dan semasa menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Belud memungkinkan beliau lebih popular berbanding dengan pemimpin-pemimpin yang lain.