Sabtu, 2 Julai 2011

JIHAD MEMBASMI KEMISKINAN



Kemiskinan jika dibiarkan akan menimbulkan banyak gejala sosial yang boleh mengundang masalah kepada masyarakat. Kemiskinan juga akan mengakibatkan seseorang itu sanggup melakukan perkara yang berlanggaran dengan undang-undang negara seperti mencuri, merompak, menipu, membunuh dan sebagainya. Sebab itu dalam agama islam mewajibkan umatnya yang mempunyai harta dan wang mengeluarkan zakat ke atas pendapatnya untuk membantu mereka yang tergolong dalam kategori kemiskinan.

Di Kota Belud masalah kemiskinan seperti juga daerah lain di Negara ini tidak terlepas daripada masalah kemiskinan sehingga suatu ketika daerah ini telah diistihar sebagai antara daerah yang teramai keluarga yang termiskin. Jika diamati secara terperinci sesuatu yang mustahil berlaku di daerah ini kerana, sejak negeri ini merdeka sehingga ke hari ini telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang terkenal di peringkat negeri dan Negara sehingga ada yang telah menjadi Ketua Menteri Sabah, Yang Dipertuan Negeri Sabah, Menteri Kewangan, Menteri Negeri dan persekutuan. Apakah yang telah mereka lakukan semasa memegang kuasa itu, kenapa kuasa itu tidak digunakan untuk membantu rakyat yang miskin. Apakah negeri ini terlalu miskin sehingga tidak ada wang untuk disalurkan kepada rakyatnya yang memerlukan bantuan, kalau ini dijadikan alasan oleh mereka kerana tidak dapat membantu rakyat yang susah adalah suatu perkara yang tidak dapat diterima oleh akal kerana negeri Sabah mempunyai dana yang cukup untuk disalurkan kepada rakyat. Justeru itu sebenarnya jawapan kepada persoalan itu ialah mereka telah dibuai oleh jawatan yang dipegang kerana terlalu memikirkan bagaimana memperkayakan diri, keluarga dan suku sakat sehinggakan rakyat yang sepatutnya dibantu dibiarkan merempat di tanah air sendiri.

Mengambilkira kepada kegagalan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam membantu rakyat, Datuk Musbah telah mengambil jalan bagaimana daerah ini tidak dicam sebagai daerah yang mempunyai bilangan ramai keluarga yang termiskin. Dengan pelbagai program pembangunan yang dibawanya telah membuka nafas baru kepada penduduk untuk terus menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding dengan zaman pemerintahan pemimpin terdahulu. Bermula dengan membangunkan golongan petani, Datuk Musbah telah mengorak langkah dengan membawa projek JELAPANG PADI. Projek yang sedang rancak dilaksanakan ini telah menjanjikan masa depan yang manis buat semua golongan petani. Persoalannya kenapa projek ini baru diusahakan semasa zaman era kepimpinan Datuk Musbah, kenapa sewaktu kita memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah tidak berlaku, malahan nama JELAPANG PADI pun tidak kedengaran. Jawabnya jelas kerana kegagalan Menteri tersebut mengihlamkan bagaimana cara membela nasib kaum petani. Justeru itu kalau kita katakan menteri tersebut gagal tidak harus dinafikan dengan apa alasan sekalipun kerana kegagalan beliau diketahui oleh semua lampisan masyarakat.

Dalam membawa lebih banyak pembangunan dalam daerah Kota Belud, Datuk Musbah tidak lupa golongan miskin kerana bagi beliau membela kemiskinan itu merupakan satu jihad. Kemiskinan jika dibiarkan memamah sesuatu keluarga itu akan boleh membawa kekufuran kepada keluarga tersebut, sehingga mungkin ada yang terpesong akidah kerana terlalu serba kekurangan dalam hidup. Bukan itu sahaja mungkin ada juga yang sanggup mengadai maruah demi untuk kelangsungan hidup seperti orang lain.


Dalam memastikan keluarga yang miskin mendapat pembelaan sewajarnya, Datuk Musbah kerap kali turun padang sehinggakan beliau bermalam di lapangan bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dapat dibela. Kini setelah beliau bergelar YB dalam tempoh tiga tahun telah ada suara kedengaran rakyat tanda kepuashatian mereka ke atas keperihatian wakil rakyat ini melawat mereka meksipun tidak mendapat jemputan. Peluang mereka yang memerlukan bantuan sentiasa terbuka luas untuk di sampaikan kepada wakil rakyat ini. Tiap-tiap hujung minggu, Datuk Musbah bukan sahaja melawat sendiri keluarga yang memerlukan bantuan, malahan beliau akan berkampung di pejabatnya selama dua atau tiga hari untuk memberi peluang kepada penduduk kampung menyampaikan permasalahan mereka kepada beliau.