Rabu, 14 Disember 2011

PEMIMPIN POLITIK KOTA BELUD, ANALISIS SIKAP DAN TINGKAHLAKU









Meksipun merupakan satu guruan kepada saya terhadap isu di atas, namun ianya menyentuh naluri saya untuk dikupas secara ilmiah berkaitan sikap dan tingkahlaku pemimpin politik Kota Belud. Seorang rakan karib saya melontarkan kata-kata bahawa pemimpin politik Kota Belud mempunyai stail dan cara tersendiri. Dengan ungkapan "Menurut kajian Universiti Malaysia Sabah Datuk Salleh Tun Said (DSSK) bercakap hari ini lain keesokannya lain, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (TSP) pula bercakap dalam Kota Belud tiada yang layak jadi pemimpin melainkan dia seorang sahaja, sementara Datuk Abd Rahman Dahlan (DARD) pula bercakap seolah-olah tiada yang paling pandai di dunia ini melainkan dia sahaja seorang, sementara Datuk Japlin Hakim (JHA) pantang tengoh dahi licin pasti dia menggatal atau mengurat, Datuk Herbert Timbun Lagadan (HTL) pula cuba memperlihatkan ciri warak keagamaan kristiannya disamping bercakap tidak serupa bikin. Sementara Datuk Musbah Haji Jamli (DHMJ) pula sentiasa membicarakan soal peningkatan ekonomi kepada masyarakat dan memberi kata-kata semangat kepada setiap orang untuk merebut peluang yang disediakan oleh kerajaaan". Beginilah lebih kurang kata-kata seorang kawan mengenai pemimpin politik Kota Belud.

Walaupun ianya merupakan satu lawak jenaka spontan, namun apa yang dikatakan oleh kawan ini mempunyai kebenarannya sendiri, misalnya DSSK yang kononnya bercakap hari ini lain dan besoknya cakapnya tu telah berubah ataupun dengan kata lain, DSSK ini seorang yang pembohong dan sukar untuk dipercayai kata-katanya. Sebagai orang lama yang amat mengenali DSSK mengakui bahawa beliau menggunakan kata-kata manisnya untuk mempengaruhi orang lain memberi sokongan kepadanya. DSSK yang terkenal mempunyai wang yang banyak menggunakan kelebihan itu membeli mereka yang diperlukannya supaya mempercayai setiap lontaran ideanya, meksipun apa yang diutarakannya hanyalah sekadar tipu muslihat semata-mata sahaja. Ramai pemimpin-pemimpin politik Kota Belud telah tertipu dengan kata-katanya itu sehingga mereka melakukan sesuatu tanpa menggunakan pertimbangan akal fikiran akhirnya mati ditengah jalan. Siapa yang tidak tahu peristiwa yang berlaku dengan Dr Saijan Samit, Haji Mastan Hassan, Lamshil Hamidshor, Haji Kadri Nanti dan ramai lagi termasuk Tan Sri Pandikar Amin sendiri merasai tipu muslihat DSSK. Tetapi akhir-akhir ini mereka bergabung tenaga pula semata-mata untuk menyelamatkan keria politik mereka. Pendek Kata DSSK seorang yang pembohong dan penipu.

Sementara TSP pula terkenal dengan sikap yang tidak mengiakan kekuatan dan kebolehan seseorang, meksipun seseorang itu mempunyai kebolehan tersendiri dan boleh diketengahkan ke hadapan. Pada TSP di daerah Kota Belud tiada seorang pun yang layak menjadi pemimpin melainkan dia sahaja seorang. Orang lain tidak layak jadi menteri, orang lain tidak layak jadi pemimpin politik, dan kalau boleh lagi orang lain juga tidak layak jadi imam, semuanya hanya dia sahaja yang layak seorang. Umpamanya apabila Tadzul Radim menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kota Belud pada tahun 2008 yang lalu. TSP dan koncu-koncunya telah bertungkus lumus menjatuhkannya sehinggakan beliau kalah, itupun hanya kalah 17 undi. Dalam masyarakat Iranun sendiri setakat ini menurut TSP tiada seorang pun yang layak menjadi pemimpin politik. Agaknya TSP seorang Profesar yang telah membuat kajian mendalam mengenai semua rakyat Kota Belud. Tetapi yang menghairankan kalau anaknya atau adiknya jadi pemimpin, bolehlah pula. He he he he!!!!!!!.

Seorang lagi pemimpin yang di import dari Tuaran pula iaitu DARD pula menurut kajian UMS itu mengatakan beliau menganggap dirinya terlalu pandai sehingga dalam Kota Belud ini tiada yang paling pandai dialah seorang sahaja. Kalau bercakap bukan main tunjuk temberang, dia menganggap dirinya pemimpin role model alap baru yang perlu dicontohi. Sebab itu apabila ada isu dia mengajak orang lain berdebat sana sini, di dewan Parlimen beliau cuba mengetengahkan diri sebagai ahli Parlimen Kerajaan yang paling pandai, tak cukup dengan itu dia mengajak ahli Parlimen pembangkang berdebat di luar dewan. Misalnya dia mengajak Lim Kiat Siang berdebat soal isu Tambutoan, tetapi bila Musli Oli mengajak berdebat soal isu 20 perkara yang berkaitan perlembagaan persekutuan beliau langsung tiada respond. Inilah yang dikatakan pemimpin "angat-angat tahi ayam".

Seorang lagi pemimpin muda Kota Belud iaitu Datuk Japlin (JHA), ini lain dari yang lain pula sikap dan tingkahlakunya, beliau benar menunjukkan kelakiannya, pantang tengoh dahi licin dia urat terus. Menurut seorang kawan isterinya yang selalu online dalam Facebook cuba diuratnya dengan pelbagai tawaran seperti belanja makan dan tengoh wayang. Apabila isterinya itu berterus terang bahawa dia sudah bersuami, bukan main dia minta maaf. Bukan itu sahaja sebelum pilihanraya 2008 pemimpin ini hampir digugurkan kerana ada dikaitkan skandal dengan perempuan Janda Muda yang mana dikatakan merupakan perempuan simpanannya setiap masa. Pemimpin ini masih bergelut dengan kes-kes rasuah yang masih dalam proses mahakamah. Pendek kata wakil rakyat ini kalah-kalah playboy. Sesuatu yang tidak elok kepada JHA ini apabila berjanji, beliau tidak menunaikannya. Seorang AJK PIBG SK.Peladok menceritakan mengalamannya tentang janji pemimpin ini meluluskan projek penambahan bilik guru SK.Peladok pada tahun 2009 sehingga hari ini projek itu abuk pun tidak kelihatan.

Datuk Herbat Timbun Lagadan (HTL) pula seorang yang kononnya warak dalam agama keristian, sehingga ada yang mengatakan bahawa beliau tidak layak menjadi wakil rakyat, tetapi sebaliknya paling layak menjadi guru agama kristian sahaja di gerija-gerija. Beliau banyak musuh di kawasan kadamaian sehingga banyak yang meramalkan dalam pilihanraya PRU 13 nanti beliau akan kalah teruk.

Dan, menurut kajian UMS itu lagi dalam kesemua pemimpin yang ada di Kota Belud, seorang sahaja yang paling layak jadi pemimpin iaitu Datuk Musbah Haji Jamli (DHMHJ), beliau setiap kali menemui rakyat akan mengajak rakyat merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan, disamping seorang pemimpin yang paling rajin turun padang. Setiap kali adanya kenduri kahwin, kematian, majlis- majlis rasmi pastinya akan hadir dan tidak menghampakan pihak tuan rumah atau pihak penganjur. Dari segi pembangunan pula, beliau merupakan pemimpin yang paling banyak membawa pembangunan di Kota Belud sepanjang negara pencapai kemerdekakan lagi. Sikapnya yang mudah didampingi di mana-mana telah membantu meletakkan pemimpin ini sebagai pemimpin yang paling unggul, popular, dan terkenal di daerah Kota Belud. Andainya ada anugerah pemimpin yang paling cemerlang di Kota Belud sudah tentu DHMHJ adalah pemenangnya. Dalam pergaulan,beliau tidak memilih sangat daripada orang muda, kanak-kanak, dewasa, perempuan dan lelaki semuanya dilayan dengan baik.

Sabtu, 10 Disember 2011

PEMIMPIN YANG PALING UNGGUL DI KOTA BELUD



Pemimpin silih berganti rakyat pun telah dapat menilai pencapaian mereka sepanjang mereka bergelar wakil rakyat , pelbagai jawatan telah disandang samada di dalam negeri mahu diperingkat persekutuan. Rakyat sendiri telah menyaksikan akan pembangunan yang telah dapat dilaksanakan oleh pemimpin ini untuk manafat rakyat. Misalnya di DUN Tempasuk antara Tan Sri Pandikar dan Datuk Musbah sudah tentu rakyat telah mempunyai rekod tersendiri yang akan menjadi ukuran semasa mereka menjadi wakil rakyat Tempasuk. Tan Sri Pandikar umpamanya apa yang dia telah buat bagi rakyat Tempasuk sepanjang beliau menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Jika rakyat membicarakan pencapaian seumpama ini, penyokong- penyokong kepada Tan Sri Pandikar tidak harus ada perasaan tidak senang hati kerana itu merupakan bukti pencapaian bos mereka. Demikian juga apabila orang membicarakan pencapaian Datuk Musbah dalam bidang ekonomi, yang kini menjadi perbualan masyarakat merupakan rekod cemerlang seorang wakil rakyat sepanjang negara mencapai kemerdekaan kerana berjaya membawa projek JELAPANG PADI, AGROPOLITAN, AKUAKULTUR, dan projek-projek pembangunan lain seperti Jalanraya, masjid dan bermacm-macam lagi.

Hakikatnya pengadilan prestasi seseorang wakil rakyat bukannya datang daripada kerajaan atau berapa banyak wang yang dia taburkan kepada rakyatnya di kawasan masing-masing. Namun ianya bergantung kepada kepuasan yang dirasai oleh setiap rakyat yang merasai perkhidmataan seseorang wakil rakyat. Jika diukur keseluruhan pencapaian setiap wakil rakyat yang telah pernah berkhidmat di daerah Kota Belud, Datuk Musbah merupakan seorang wakil rakyat yang paling unggul pernah lahir di Kota Belud. Beliau memiliki perwatakan yang ada persamaan dengan semua lapisan masyarakat Kota Belud, latar belakangnya yang dibesarkan dari keluarga yang miskin telah menjadikan diri beliau sebati dengan persekitaran kehidupan orang-orang yang susah. Kerajinannya mengunjungi majlis keramaian seperti kenduri, kematian dan perkahwinan tanpa di undang telah berjaya mengangkat martabat pemimpin ini ke tempat yang lebih tinggi berbanding dengan pemimpin yang lahir dari keluarga yang berada. Pengalaman kehidupan sebagai seorang petani telah menjadikan diri beliau lebih cekal dalam usahanya mengubah lanskap kehidupan golongan petani Kota Belud ke arah yang lebih baik berbanding dengan sebelum ini. Selogan "MEMBASMI KEMISKINAN ITU SEBAGAI SATU JIHAD" telah dijadikan suntikan semangat kepada dirinya untuk terus berjuang membela golongan miskin.

Namun untuk mencapai impian melihat golongan miskin di daerah Kota Belud lebih terbela bukanlah mudah sebagaimana yang diinginkan, ianya terpaksa melalui onak dan duri. Pelbagai usaha oleh pemimpin pengkhianat mengagalkan usaha murni beliau ini dengan mempengaruhi kerajaan agar tidak meneruskan pelbagai projek ekonomi yang terang-terang banyak membawa manafat kepada golongan miskin. Mereka lebih dikuasai perasaan hasad dengki tentang kejayaan yang dapat dipamerkan oleh Datuk Musbah dalam perjuangannya membela kemiskinan. Misalnya projek AGROPOLITAN yang bertujuan membantu meningkatkan ekonomi masyarakat telah disabotj oleh pihak-pihak tertentu supaya kerajaan tidak meneruskan projek ini. Mereka telah beberapa kali mempengaruhi Pegawai Daerah Kota Belud supaya membatalkan sahaja projek ini dengan alasan ianya tidak produktif untuk ekonomi masyarakat. Nasib baik Pegawai Daerah Kota Belud yang ada sekarang ini tidak sekepala dengan mereka, beliau tidak menghirau gesaan pemimpin penghianat ini mengagalkan perlaksanaan projek ini.

Datuk Musbah telah berjaya mengurus ekonomi, sosial dan politik Kota Belud berbanding dengan Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh Tun Said yang kononnya boleh diketengahkan diperingkat nasional. Mereka hanya melihat kebolehan mereka itu dari sudut yang hanya membawa keuntungan diri mereka sendiri akan tetapi tidak kepada masyarakat Kota Belud. Misalnya perlantikan Tan Sri Pandikar sebagai Speakar Dewan Rakyat dilihat satu kebangaan kepada masyarakat Iranun, satu bangsa yang minoriti tetapi telah berjaya melahirkan pemimpin yang terbilang diperingkat negara. Tetapi jika diselami secara mendalam apakah kejayaan Tan Sri Pandikar menjawat jawatan Speakar akan membawa perubahaan kepada ekonomi masyarakat Iranun ke arah yang lebih baik. Tetapi apa yang berlaku disebaliknya, beliau hanya syok sendiri dengan keagongan jawatannya sedangkan masyarakatnya masih ramai lagi dalam kemiskinan. Masih ada lagi tinggalan sisa kegagalannya sewaktu bergelar wakil rakyat Tempasuk dengan jawatan pelbagai Menteri.

Dari sudut sosial, Datuk Musbah lebih menonjol di mata masyarakat Kota Belud berbanding dengan Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh. Beliau lebih kerap kelihatan di dalam majlis-majlis kenduri kahwin, kematian dan apa juga upacara majlis- majlis keramaian walaupun tidak mendapat undangan, berbanding kedua-dua tokoh itu. Justeru itu dapatlah disimpulkan bahawa Datuk Musbah lebih layak mentadbirurus daerah Kota Belud daripada kedua-dua tokoh itu.

Sementara dari sudut politik pula Datuk Musbah lebih mengamalkan politik keterbukaan dengan membuka seluas-luasnya kepada setiap pemimpin muda Kota Belud bergiat dalam politik tanpa ada sekatan. Sebab itu apabila berlakunya pemilihan UMNO Kota Belud, samada pertandingan Ajk Bahagian atau pemilihan wakil 7 ke perhimpunan UMNO pusat, lebih ramai calun-calun dari kawasan Tempasuk yang menang berbanding dengan kawasan Usukan atau Kadamaian. Kawasan Usukan yang telah lama di dominasi politiknya oleh Datuk Salleh Tun Said menampakkan seolah- olah ketandusan pemimpin sehingga tiada yang boleh diketengahkan diperingkat daerah. Kalau adapun seperti Dr Saijan Samit, Mohd Shukor Abd. Momin dan ramai lagi tidak sampai ke mana, semuanya kecundang di tengah jalan akibat sepak terajang politik DSSK, demikian juga rakan sepasukannya Tan Sri Pandikar yang terang-terang menyatakan dalam masyarakat Iranun tiada satu pun yang layak jadi pemimpin selain dari beliau. Kalau adapun yang cuba menonjolkan diri tanpa restunya seperti Saudara Tajul Radim akan dicantas olehnya secara terang.

Demikian juga dari sudut ekonomi, Datuk Musbah telah berjaya membawa pembangunan ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan bulanan penduduk walaupun beliau hanya berjawatan Pembantu Menteri berbanding Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh yang pernah menjawat jawatan menteri penuh. Namun tiada satu pun projek yang mereka tinggalkan sebagai sandaran penduduk kampung meningkatkan ekonomi mereka. PROJEK AGROPOLITAN, PROJEK JELAPANG PADI, PROJEK AKUAKULTUR dan bermacam macam lagi merupakan antara kejayaan Datuk Musbah yang menjadi kebanggaan penduduk Kota Belud dapat meningkatkan ekonomi mereka.

Oleh itu kesimpulan dari isu ini ialah, Datuk Musbah merupakan seorang pemimpin yang paling unggul dan layak menjadi TAIKO kepimpinan di daerah Kota Belud. Beliau telah berjaya meletakkan dirinya seiring dengan kehendak semua lapisan masyarakat Kota Belud berbanding dengan Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar dan Datuk Abd. Rahman Dahlan yang ramai menganggap mereka ini merupakan model pemimpin golongan Istana yang sukar bergaul dengan masyarakat kerana diri mereka dibelenggu sifat-sifat keegoaan serta sukar menurunkan graf mereka setaraf penduduk kampung.





Jumaat, 2 Disember 2011

PRU KE 12 TAHUN 2008, PENGARUH DAN KEKUATAAN DATUK MUSBAH.



Pilihanraya ke 12 tahun 2008 merupakan ujian terbaik bagi Datuk Musbah terhadap pengaruhnya di peringkat akar umbi. Beliau yang ketika itu menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud selaku Ketua UMNO Bahagian merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kota Belud telah dipertanggungjawabkan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional negeri dan pusat mengetuai Jentera Pilihanraya Parlimen Kota Belud bagi memastikan kemenangan memihak kepada parti Barisan Nasional. Untuk rekod pada masa itu Barisan Nasional telah mempertaruhkan YB Datuk Abd. Rahman Dahlan (UMNO) bagi kursi Parlimen Kota Belud. Sementara itu bagi DUN Tempasuk Barisan Nasional diwakili sendiri oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli (UMNO), bagi DUN Usukan pula Barisan Nasional meletakkan semula YB Datuk Japlin Hakim (UMNO) dan bagi DUN Kadamaian yang diwakili oleh parti PBS meletakkan penyandangnya YB Datuk Herbert Timbun Lagadan.

Selaku Pengerusi Jentera Pilihanraya Parlimen, Datuk Musbah telah melalui jalan yang amat rumit sebelum calun-calun Barisan Nasional memperolehi kemenangan yang mutlak. Umpamanya pencalunan Datuk Abd Rahman Dahlan sebagai Ahli Parlimen Kota Belud sudah cukup menguji kebolehupayaan Datuk Musbah meyakinkan rakyat Kota Belud mengundi Datuk Rahman sehingga mencapai kemenangan dengan mejoriti yang masih boleh dibanggakan. Cabaran utama Datuk Musbah dalam perkara ini ialah mempromosi Datuk Abd. Rahman kepada rakyat Kota Belud sebagai satu produk yang boleh diketengahkan diperingkat Nasional, sedangkan Datuk Rahman tidak ramai yang mengenalinya sebelum ini memandangkan beliau adalah anak kelahiran Tuaran dan sememangnya penglibatannya dalam politik hanya tertumpu di daerah itu sahaja. Oleh kerana Datuk Abd Rahman bukan orang kelahiran Kota Belud maka timbulnya isu pemain import yang disengaja ditiup oleh pihak-pihak tertentu kerana tidak berpuashati setelah tidak terpilih menjadi calun Pilihanraya waktu itu.

Satu lagi cabaran getir yang dilalui oleh Datuk Musbah dalam memastikan kemenangan calun-calun Barisan Nasional ialah bagaimana meyakinkan kembali rakyat Kota Belud kepada Barisan Nasional setelah penguguran dua tokoh politik Kota Belud, iaitu Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ramai desus-desus kedengaran di seluruh pelusuk Kota Belud tentang pengkhianatan penyokong kedua-dua pemimpin ini. Berita ini tersebar luas di sana sini mengatakan bahawa rakyat Kota Belud harus menunjukkan undi Protes kepada semua calun-calun Barisan Nasional dengan memastikan mereka ini kalah di semua kawasan, yang memeritkan lagi ialah kononnya arahan ini datangnya dari kedua-dua tokoh ini, iaitu daripada Datuk Sri Panglima Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Walau bagaimanapun sejauhmana kebenaran dakwaan itu tidak dapat dibuktikan. Namun berdasarkan keputusan pilihanraya 2008 menunjukkan bahawa kekalahan Barisan Nasional hanya berlaku di kawasan-kawasan di mana kedua-dua pemimpin mempunyai penyokong yang ramai, misalnya di Tempasuk seperti di Daerah mengundi Tamau, Merabau, Rampayaan dan Kota Peladok. Sementara di Kawasan DUN Usukan Barisan Nasional banyak kalah di kawasan Kota Belud dan hanya sedikit di sembirai, kulambai serta beberapa tempat. Berdasarkan analisis ini sudah jelas menunjukkan bahawa adanya kebenaran dakwan isu itu dipermainkan.

Tetapi dikawasan-kawasan pengundi Dusun pula menampakkan peningkatan yang mendadak kepada calun-calun Barisan Nasional. Ini menggambarkan gerakkan menjatuhkan imej Datuk Musbah sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya di mata pemimpin peringkat Negeri Dan Pusat tidak dapat mempengaruhi pengundi pengundi Dusun. Malahan daerah mengundi kawasan Dusun yang sebelum ini menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya ke 11 dulu, tetapi dalam pilihanraya ke 12 tahun 2008 yang lalu telah menampakkan peningkatan yang luar biasa khususnya di kawasan Daerah mengundi Rosok, Timbang, Tempasuk, Taburan, Dudar, Sarang dan semua Daerah mengundi kawasan Dusun. Jika benar pemimpin ini yang memprotes calun-calun Barisan Nasional, ini bermakna niat mereka untuk menjatuhkan kerealibiti Datuk Musbah sebagai pemimpin tidak berjaya, malahan telah membuka kelemahan mereka sendiri, dimana walaupun mereka bergabung tenaga menentang Datuk Musbah seorang dalam pilihanraya itu nampaknya misi mereka tidak mendatangkan hasil.

Tetapi satu perkara yang perlu Datuk Rahman Dahlan ingat dan memahami bahawa sebenarnya yang menjadikan dirinya sebagai ahli Parlimen Kota Belud ialah Datuk Musbah, daripada beliau tidak dikenali kini rakyat Kota Belud mula mengenali beliau sebagai pemimpin di daerah ini. Justeru jasa Datuk Musbah dalam mengetengahkan beliau sebagai pemimpin telah berjaya, meksipun diprotes oleh pemimpin golongan pertengahan, tetapi kekuataan Datuk Musbah sahaja diperingkat akar umbi yang dapat menyelamatkannya waktu itu. Oleh itu dinasihatkan agar Datuk Rahman Dahlan jangan cuba mengkhianati perjuangan Datuk Musbah kerana lambat laun beliau akan menerima tulah.

Menyingkap pula di DUN Usukan dan Kadamaian kedua-dua calun Barisan Nasional di sini iaitu Datuk Japlin Hakim dan Datuk Herbat Timbun Lagadan sememangnya mereka ini mempunyai masalah Peribadi seperti skandal, mereka juga menerima tempias undi Protes daripada penyokong-penyokong kedua-dua pemimpin ini. Namun yang menyelamatkan mereka selain daripada populariti parti Barisan Nasional, tetapi sedikit sebanyak mereka ini menang kerana kekuatan penyokong-penyokong Datuk Musbah di kawasan mereka selaku peneraju kepimpinan UMNO Bahagian Kota Belud sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Penyokong-penyokong tegar Datuk Musbah diperingkat akar umbi di tiga-tiga kawasan telah bersatu hati memberi sokongan kepimpinan Datuk Musbah sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Parlimen Kota Belud.

Melihat senario yang berlaku waktu itu memperlihatkan situasi bahawa Datuk Musbah menerima tamparan yang hebat bukannya daripada pihak lawan akan tetapi daripada pengkhianat dan petualang parti. Namun berkat kesabaran dan ketekuan serta sokongan padu penyokong-penyokongnya diperingkat akar umbi telah dapat mematahkan cubaan pengkhianat ini memalukannya kepada pemimpin negeri dan pusat. Tetapi apabila Barisan Nasional mencapai kemennangan di tiga-tiga kawasan, mulalah pula jarum mereka mengkaburi mata pemimpin-pemimin pusat kononnya merekalah yang membantu memenangkan calun-calun Barisan Nasional. Adalah pula yang membuat kumpulan menemui Perdana Menteri minta simpati agar diri mereka diberi tempat dalam kerajaan. Maka mereka terlantiklah ke jawatan speaker di negeri dan pusat, begitulah kehebatan pelakon-pelakon handalan dalam dunia politik yang telah menerima anugerah, akan tetapi anugerah itu semuannya bukan kerana kekuatan dan pengaruh mereka sebagai pemimpin rakyat, tetapi kebijakkan mereka bermain politik penipuan. Sains politik katakan!............?