Sabtu, 12 November 2011

Sumbangan Datuk Musbah Terhadap Kemasukan UMNO ke Sabah.







Kemasukan UMNO ke Sabah telah mengubah lanskap politik negeri ini, banyak perubahan telah berlaku ekoran daripada kemasukan parti UMNO yang membawa banyak manafaat kepada penduduk yang beragama islam yang selama ini hanya bergantung penuh kepada parti USNO sebagai wadah perjuangan mereka. Namun tidak ramai yang mengetahui secara mendalam bahawa kemasukan UMNO ke sabah adalah hasil pengorbanan Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapah membubarkan partinya, yakni USNO sebagai jalan mudah bagi parti UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Usaha membawa kemasukan UMNO ke Sabah merupakan ilham sendiri Tun Mahathir Mohammad selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri negara Malaysia masa itu, ekoran daripada penarikan diri parti PBS yang memerintah Negeri Sabah masa itu daripada Barisan Nasional.

Sebagai permulaan pengembangan sayap UMNO ke Sabah, satu pilihanraya kecil ADUN Usukan telah diadakan dan UMNO meletakkan Tun Mustapah Datu Harun sebagai calun Barisan Nasional menghadapi PBS sebagai kerajaan yang memerintah di Sabah. Semasa pilihanraya inilah Datuk Musbah telah menggunakan semua aset yang ada dengan beliau terutama sekali kereta mewahnya sebagai kenderaan utama pemimpin-pemimpin UMNO pusat dan Negeri Sabah semasa pilihanraya itu.

Tun Mustapah yang menjadi calun UMNO masa itu merasa terharu dengan pengorbanan Datuk Musbah membantu beliau memenangi pilihanraya tersebut. Beliau amat hairan terhadap kesanggupan Datuk Musbah masa itu, sedangkan beliau sendiri tidak pernah membantu Datuk Musbah dalam kerjayanya sebagai seorang peniaga bumiputra yang berjaya. Sehingga beliau sendiri menyiasat siapa sebenarnya Haji Jamli dalam hidupnya sepanjang beliau menceburkan diri dalam politik Negeri Sabah. Seingat beliau Haji Jamli tidak pernah dibantunya sepertimana pengorbanan anaknya Datuk Musbah lakukan terhadapnya. Inilah ingatan kenangan manis Datuk Musbah bersama-sama Tun Datu Mustapah yang mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Namun apabila Tun Mustapah mengajukan soalan ini kenapa beliau yakni Datuk Musbah kenapa membantunya tanpa mengharapkan balasan wang ringgit, dengan selamba beliau menjawab Tun dengan kata-kata seperti berikut. " saya amat bangga dapat menyumbangkan bakti kepada orang yang telah bermati-matian memerdakakan Negeri Sabah ini. Dengan nikmat perjuangan Tun memerdekakan Negeri Sabah inilah saya telah dapat mengembangkan perniagaan saya hari ini dengan jayanya". Kata-kata inilah membuatkan Tun Datu Mustapah Datu Harun merasa teruja dan terharu atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah Terhadap beliau sehingga beliau memenangi pilihanraya Usukan menewaskan PBS dengan mejoriti yang amat Besar.


Pengorbanan yang dilakukan oleh Datuk Musbah itu sehingga kini telah menjadi memori yang indah kepada YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mana turut sama-sama menyaksikan pengorbanan beliau itu. Sebagai rujukan Datuk Musa Aman masa itu merupakan Pengarah Gerakkan Pilihanraya Kecil kawasn Usukan dengan dibantu oleh Tuan Yang Terutama Tun Johar Mahiruddin yang waktu masih melibatkan diri dalam kancah politik Sabah dan rakan-rakan USNO yang lain. Sehingga ke hari ini beliau selalu menceritakannya kepada rakan-rakannya tentang sumbangan Datuk Musbah terhadap kemasukan UMNO ke Sabah.


Sumbangan dan pengorbanan Datuk Musbah tidak putus di situ sahaja malahan telah berterusan kerana kenderaan dan permis perniagaannya telah dijadikan kenderaan dan pusat operasi parti UMNO di Kota Belud. Setiap kali pemimpin-pemimpin UMNO yang bertandang ke negeri Sabah akan ke Kota Belud memandangkan waktu itu Daerah Kota Belud telah menjadi tumpuan kepada mereka atas sebab UMNO Kota Belud merupakan anak sulong UMNO di Sabah. Peristiwa pelancaran UMNO sulong Sabah di Kota Belud merupakan kenangan abadi yang indah buat penduduk Kota Belud. Buat pertama kalinya seorang negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohammad telah menjejakkan kakinya ke daerah ini bagi menyempurnakan pelancaran UMNO Kota Belud di tapak bangunan USIA yang juga menempatkan pejabat UMNO Kota Belud. Sekali lagi semasa lawatan Perdana Menteri ini, Datuk Musbah telah banyak memainkan peranan dalam pergerakkan Tun Dr Mahathir Mohammad ke daerah ini apabila kereta Mercedesnya telah di sumbangkan sebagai kenderaan utamanya semasa majlis itu berjalan. Pihak penganjur menghadapi mendapatkan kenderaan mewah untuk kegunaan Tun Mahathir waktu itu kerana ramai pemimpin-pemimpin tempatan dan golongan koperat negeri Sabah tidak berani meminjamkan atau menyewakan kenderaan mereka untuk disewakan kepada penganjur kerana waktu itu Negeri Sabah diperintah oleh PBS, mereka takut tidak mendapat peluang projek dari kerajaan PBS. Namun Datuk Musbah yang terkenal dengan ciri kepimpinan transperin iaitu telus, jujur dan berani, beliau sangggup mengetepikan itu semua demi menuruti semangatnya ingin melihat Negeri Sabah diperintah oleh parti UMNO.


Demikian jugalah apabila Timbalan Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Daerah Kota Belud yang diadakan di Padang SK. Labuan Kota Belud dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Datuk Musbah sekali lagi telah memainkan peranannya apabila kereta kenderaannya Toyota Ninja SA35K telah dipinjam kepada pihak penganjur untuk dijadikan kenderaan khas Timbalan Perdana Menteri.

Pengorbanan dan sumbangan Datuk Musbah dalam memperkukuhkan UMNO sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi, umum tahu semasa UMNO mula bertapak di Kota Belud tidak ramai pemimpin yang sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit semata-mata untuk memastikan UMNO dapat diterima oleh rakyat Kota Belud. Kita ada dua tokoh waktu itu yang mempunyai jenama seperti Datuk Salleh Tun dan Tan Sri Pandikar Amin, mereka ini diumpamakan sebagai petani yang hanya menuai padi hasil usaha orang lain sahaja. Misalnya Tan Sri Pandikar yang diletakkan calun Barisan Nasional di kawasan DUN Tempasuk pada tahun 1994. Apakah sumbangannya kepada usaha memperkukuhkan UMNO di Kota Belud sehingga dia dijadikan calun di kawasan Tempasuk berbanding Datuk Musbah yang awal-awal lagi mempunyai jentera parti diperingkat daerah mengundi. Datuk Musbah sedikitpun tidak merasa kecewa atau kecil hati tidak dipilih calun waktu itu kerana beliau tidak mementingkan diri tetapi sebaliknya mengutamakan perjuangan parti mengatasi segala-galanya. Walaupun tidak terpilih menjadi calun Datuk Musbah telah memperlihatkan kometminnya yang tinggi dalam memastikan calun Barisan Nasional masa itu mencapai kemenangan mutlak. Beliaulah tunggak utama Tan Sri Pandikar sehingga mencapai kemenangan dengan mejoriti yang besar.


Jika diukur pengorbanan dan sumbangan pemimpin-pemimpin UMNO Kota Belud terhadap parti UMNO Datuk Musbah adalah pemenangnya. Akan tetapi jika diukur pemimpin-pemimpin Kota Belud yang banyak mendapat jawatan pelbagai jawatan kerajaan, maka juaranya ialah Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar.


Demikian juga jika diukur pemimpin mana yang banyak membawa pembangunan kepada daerah Kota Belud maka Datuk Musbahlah juaranya,kerana meksipun beliau hanya memegang jawatan Pembantu Menteri tetapi telah mampu membawa projek mega ekonomi masyarakat Kota Belud. Tetapi jika diukur pemimpin mana yang banyak memegang jawatan kerajaan dari jawatan menteri kepada jawatan Ketua Menteri dan Sepekear Dewan Rakyat, tetapi tidak banyak membawa pembangunan kepada daerah Kota Belud, maka juaranya ialah Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar.