Ahad, 10 April 2011

MISTERI DISEBALIK NAMAMU


Pejuang Bangsa kali ini akan mengupas isu “Misteri Disebalik Namamu”. Ianya berkisar kepada pentafsiran saya kepada seorang pemimpin yang bernama “Musbah”. Fakta dan bahan adalah berkisar kepada perwatakan, sikap, identiti serta perlakuan yang ditunjukkan oleh YB Datuk Musbah sepanjang beliau bergelar pemimpin. Di samping pemerhatian Pejuang Bangsa sendiri dan bahan yang diberikan oleh rakan-rakan Datuk Musbah yang sempat ditemui.

Seindah namamu “MUSBAH”

M = “Mesra Rakyat”

U = “ Usaha”

S = “Setia”

B = “Berkhidmat”

A = “Amanah”

H = “Hanya kau dihati rakyat”


M = MESRA RAKYAT

Sikap mesra rakyat yang dtunjukkan oleh Datuk Musbah dalam mendekati rakyatnya sukar ditandingi mana-mana pemimpin yang ada di Kota Belud. Beliau sama sekali tidak merasa dirinya lebih tinggi dari rakyatnya di kawasan Tempasuk, antara lain yang membolehkan beliau dapat mendekatkan diri beliau dengan masyarakat ialah kerana beliau sendiri telah merasai keperitan hidup sebagai anak seorang petani. Semua peringkat masyarakat dari golongan dewasa, tua, muda, kanak-kanak, wanita dan lelaki semuanya dilayan dengan sama rata tanpa membezakan antara kaum-kaum yang terdapat di DUN Tempasuk seperti Iranun, Bajau Dusun, Ubian dan sebagainya. Inilah kelebihan Datuk Musbah daripada pemimpin yang ada di Kota Belud. Melihat pendekatan yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah ini telah membantu beliau disenangi oleh rakyat. Musuh tradisinya mula meniru ciri-ciri kepemimpanan Datuk Musbah, kalau dulu musuh ketatnya ini tidak pandai hadir kekenduri khawin, upacara kematian, kenduri kendara dan sebagainya, tapi kali ini dia telah mula berjenak-jenak hadir dibeberapa majlis yang tidak resmi seperti yang saya sebut tadi. Namun setiap bahan tiruan itu sudah tentu tidak mampu bertahan. Dengar khabar sejak akhir-akhir ini si musuh tradisinya ini jarang sekali melawat rakyat di Kota Belud.

Malahan ramai penyokong kuatnya suatu ketika seperti Datu Selan di Kg Labuan semasa beliau terlantar sakit di hospital atau di rumah tidak pernah dilawatinya olehnya. Begitu juga Ketua Cawangan Sarjan Jemul dengar khabar sampai beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa hari yang lalu, Musuh tradisi Datuk Musbah ini tidak pernah melawatinya. Wal hal satu ketika Sarjan Jemul adalah diantara yang membantu beliau merebut Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada tahun 2008 lalu. Ini mengambarkan sikap yang cuba meniru perwatakkan ketulinan yang sejati dalam diri Datuk Musbah sebenarnya hanya untuk beragenda semata-mata.

U = USAHA

Ketekunan Datuk Musbah berusaha membantu masyarkat Tempasuk khususnya dan Kota Belud, sememangnya sukar lagi dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Segala tindakan yang dilakukan oleh beliau lebih kepada menjurus membantu rakyatnya yang masih dalam belenggu kemisikanan di samping meningkatkan sosio ekonomi masyarakat Kota Belud. Sejak Datuk Musbah bergelar YB pada tahun 1999 yang lalu misi beliau amat jelas iaitu sentiasa berusaha membawa pembangunan dalam bentuk sosio ekonomi, infrakstruktur, pelancungan, pendidikan dan sebagainya. Meksipun beliau direhatkan oleh pucuk pemimpinan pusat pada tahun 2004 kerana memberi laluan kepada pemimpin yang kononnya berjasa kepada Barisan Nasional, tetapi hakikatnya tidak sekalipun mencurahkan bakti kepada rakyat Tempasuk selama beliau menjadi wakil rakyat Tempasuk.

Walaupun beliau memegang Menteri Pertanian Negeri Sabah satu ketika, tiada satu pun kebanggan yang ditinggalkan olehnya kepada masyarakat Tempasuk, khususnya dalam usaha untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakatnya. Tetapi Datuk Musbah walaupun hanya bergelar Pembantu Menteri, beliau telah berjaya membawa pelbagai pembangunan yang bertujuan membantu masyarakat meningkatkan sosio ekonomi. Antara pembangunan yang telah Berjaya di bawa olehnya ialak seperti JELAPANG PADI, AGROPOLITAN, AKUAKULTUR, PELANCUNGAN, BANGUNAN SEKOLAH, TUKUN TIRUAN dan bermacam-macam lagi projek yang masih dalam perancangan beliau buat masa kini. Ini bermakna misi dan visi Datuk Musbah menjadi pemimpin ialah sentiasa BERUSAHA untuk membantu masyarakatnya sebaik mungkin bagi memberi perkhidmatannya yang terbaik untuk mereka.

S = SETIA

Kesetiaan Datuk Musbah sentiasa teruji, samada ianya kepada pemimpin ataupun parti UMNO, namun beliau tidak pernah goyah atau termakan gula-gula golongan tertentu untuk menjatuhkannya. Malahan setiap kali beliau diuji, maka setiap kali itu juga Datuk Musbah bertambah gagah dan perkasa sehinggalah beliau kini berada diambang kejayaan. Di awal tahun kemasukan UMNO, Datuk Musbah beberapa kali diuji, antaranya ialah apabila tewas kepada rakan karibnya Awadnir Matanggal dalam merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Meksipun beliau menyedari bahawa ada tangan-tangan jahat yang ingin melihat politik Datuk Musbah berkubur pada masa itu. Apa lagi masa itu mereka berjawatan Ketua Menteri. Mereka mengharapkan dengan kekalahan itu akan melumpuhkan semangat Datuk Musbah dalam UMNO lalu mengambil tindakan keluar Parti. Jika ini tindakan yang diambil oleh Datuk Musbah, maka misi mereka untuk menyingkirkan Datuk Musbah dalam UMNO Kota Belud akan berjaya. Malangnya tanggapan mereka itu meleset sama sekali. Kekalahan Datuk Musbah sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian telah menguatkan lagi semangat beliau meneruskan perjuangannnya membantu rakyat melalui UMNO.

Apabila beliau tewas sebagai Timbalan ketua UMNO Bahagian waktu itu ramai yang meramalkan Datuk Musbah akan menjadi muflis kerana hilang sumber pendapatan kononnya. Tetapi tanggapan itu sebenarnya salah, Datuk Musbah bukanlah sejenis dengan musuh politiknya yang hanya bergantung bulat-bulat kepada politik untuk hidup. Datuk Musbah adalah seorang pemimpin yang menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatannya pada masa itu dan sehingga pada hari ini. Beliau berpolitik adalah merupakan aktiviti riadah hidupnya untuk membantu masyarkatnya keluar dari kepompong kemiskinan.

Demikian juga kesetiannya kepada pemimpin tidak pernah luntur apabila beliau memberi sokongan. Bermula dengan arwah bapa Tun Mustapah satu ketika, meksipun Datuk Musbah menyedari bahawa kumpulan bapa Tun Mustapah dan arwah Tun Ghabar Baba akan tewas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO berdasarkan sokongan semua bahagian UMNO seluruh negara kerana politik wang yang berleluasa termasuk UMNO Kota Belud. Datuk Musbah sanggup menyesongsang arus dengan bertaruh mencalunkan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO di dalam mesyuarat UMNO Kota Belud. Semua ini dilakukanya hanya kesetiannya kepada pemimpin, bagi beliau kalau kerana kesetiaan kepada pemimpin menjadikan beliau juga turut terkorban dalam politik,sedikitpun tidak merisaukan beliau malahan baginya sekurang-kurangnya beliau telah dapat mempertahankan prinsip kesetiaannya kepada pemimpin.

Demikian juga apabila beliau memberi sokongan kepada mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Osu Sukam, sehingga kejatuhan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah, Datuk Musbah tidak pernah mengkhianati Datuk Osu Sukam, malahan beliau mempertaruhkan masa depan politiknya untuk mempertahankan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah. Ramai pemimpin-pemimpin bahagian telah meninggalkan Datuk Osu Sukam kerana menyelamatkan politik masing-masing kerana mereka sedar pada masa itu Datuk Osu Sukam diambang kejatuhan dari jawatan Ketua Menteri Sabah angkara beberapa pemimpin UMNO negeri dipengaruhi oleh musuh tradiri Datuk Musbah agar mengkhianatinya kerana kononnya beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Biarpun Datuk Musbah menyedari itu, demi kesetiaannya kepada Datuk Osu Sukam, beliau sentiasa setia dan berdiri teguh di belakang Datuk Osu Sukam sehingga dia tersingkir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Sabah dan Ketua Menteri Sabah.

Demikian jugalah Kesetiaan Datuk Musbah kepada Ketua Menteri sekarang ini iaitu YAB Datuk Musa Aman tidak pernah goyah walaupun dalam bentuk keadaannya. Walaupun musuh-musuh Datuk Musa Aman menubuhkan USBO dengan tujuan untuk menjatuhkannya beliau. Datuk Musbah telah memperlihatkan kesetiaannya kepada Datuk Musa Aman dengan berani mencabar Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang pada masa itu disandang oleh Datuk Seri Salleh Tun Said. Menyedari kekuatan yang dibawa oleh Datuk Musbah itu sukar ditandingi. Maka Datuk Seri Salleh Tun Said mengambil jalan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian pada tahun 2004. Namun beliau mempertaruhkan tokoh veteran UMNO Datuk Yahya Lampong melawan Datuk Musbah. Meksipun Datuk Seri Salleh Tun Said memberi sokongan kepada Datuk Yahya Lampong, hakikatnya mereka kena menerima keputusan bahawa Datuk Musbah adalah hero dalam pertandingan itu. Sehinggalah sekarang ini sokongan Datuk Musbah kepada YAB Datuk Seri Musa Aman tetap teguh dan kuat meksipun musuh-musuh politiknya sudah mengalah dengan menyusup masuk ke dalam kem Datuk Musa Aman dan meninggalkan Datuk Shafie Afdal yang suatu ketika mereka jadikan kambing hitam.

B= BERKHIDMAT

Kepimpinan Datuk Musbah sebagai orang politik adalah lebih mengutamakan kepada memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyatnya di kawasan Tempasuk khususnya dan Kota Belud amnya. Ini dapat kita lihat dengan usaha beliau membawa lebih banyak pembangunan sosio ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan masyarakatnya. Sementara musuh-musuh politiknya apabila menawarkan perkhidmatan kononnya akan dilantik Menteri, Ketua Menteri dan sebagainya. Mereka lebih mengutamakan jawatan peribadi daripada kepentingan rakyat. Siapa yang tidak tahu sewaktu menjadi Ketua Menteri dulu dan jawatan menteri apa yang mereka buat untuk Kota Belud, “abu pun tara” ungkapan yang kita selalu dengar kepada mereka yang kecewa kepada pemimpin ini. Sepatutnya sewaktu mengalas jawatan nombor satu negeri sabah itu. Pelbagai projek mega sudah berada di Kota Belud. Nasib baik ada Datuk Musbah yang hanya berjawatan Pembantu Menteri, barulah kita dengar projek berbilion-bilion ringgit, itupun semuanya bertujuan untuk kepentingan rakyat, sedikitpun beliau tidak mengambil kesempatan dari keperitannya membawa lebih banyak pembangunan kepada masyarakat Kota Belud. Semua projek mega yang di bawanya di Kota Belud tiada satupun miliknya, semuanya milik kontraktor-kontraktor tempatan dan mereka yang layak melaksanakannya.

A= AMANAH.

Salah satu sikap yang tidak boleh disaingi oleh pemimpin-pemimpin yang ada di Kota Belud kepada Datuk Musbah ialah sikap AMANAH dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin. Mana ada diantara pemimpin yang sanggup mereda hutan, menyeberang sungai dan naik di pondok usang semata-mata untuk melihat sendiri rakyatnya yang memerlukan bantuan. Semua ini sanggup dilakukan oleh Datuk Musbah bagi memastikan mereka benar-benar memerlukan bantuan dapat dibantu dengan segera. Bagi Datuk Musbah tugas sebagai wakil rakyat adalah satu AMANAH yang perlu dilaksanakan demi untuk melaksanakan tuntutan Allah SWT kepada mereka yang bergelar pemimpin.

Seringkali kita melihat dalam Facebook Datuk Musbah dipaparkan beliau mengunjungi mereka yang terlantar di hospital, di rumah kerana menderita sakit, orang miskin yang tinggal dipondok usang kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan mahupun mereka yang ditimpa musibah seperti banjir atau kebakaran atau kematian. Kesemua mereka ini sentiasa mendapat perhatian yang utama kepada wakil rakyat Tempasuk ini. Semua permasalahan yang diadukan kepadanya akan diambil tindakan segera tanpa menunggu begitu lama. Membantu mereka yang di dalam kesusahan merupakan AMANAH yang tidak boleh ditanggu-tanggu begitu lama.

H = HANYA KAU DIHATI RAKYAT

Bagi Datuk Musbah setiap pemimpin yang menceburkan diri dalam politik hendaklah meletakkan diri mereka sebagai aset kepada rakyat untuk melakukan perubahan khususnya kehidupan masyarakat. Ada juga yang berpendapat bahawa setiap pemimpin adalah milik rakyat.

Sebagai milik rakyat setiap pemimpin hendaklah melakukan sesuatu yang boleh membantu rakyat dalam apa juga bentuk kesusahan yang melibatkan kehidupan mereka seharian. Sebab itu Datuk Musbah sentiasa berada di tengah-tengah kesusahan rakyatnya. Setiap penderitan yang diadukan oleh rakyat dirasai bersama supaya setiap permasalahan itu dapat diselesaikan dengan kadar segara.

Untuk memudahkan rakyat menyampaikan permasalahan kepada beliau secara terus, Datuk Musbah telah menjadikan pejabatnya di kg Taun Gusi sebagai pejabat perhubungannya dengan masyarakat di kawasan Tempasuk. Setiap hujung minggu beliau akan berada di pejabatnya bagi memudahkan mereka berurusan.

Inilah insan yang bernama” Musbah” seindah namamu, usahlah dikau merasa gentar dalam memperjuangkan nasib bangsamu yang selama ini amat dahagakan pembangunan. Kami amat mengharapkan kelibatmu membangunkan kami, generasi kami, anak-anak kami agar masa depan kami lebih cerah lagi. Kami berdiri teguh dibelakangmu, semoga khidmatmu selama ini mendapat ganjaran dari Allah SWT.