Khamis, 21 April 2011

DATUK MUSBAH PEMIMPIN ORIGINAL







Misi utama Datuk Musbah menjadi pemimpin di daerah Kota Belud amnya Tempasuk khususnya, selain daripada menyediakan kemudahan asas dan meningkatkan sosio ekonomi masyarakat, beliau juga menanamkan semangat kepada penduduk kampong betapa pentingnya berubah daripada sebuah masyarakat yang hanya bergantung kepada pertanian atau nelayan kepada pelbagai sumber ekonomi supaya ekonomi keluarga meningkat dari masa ke semasa. Sebab itu apabila beliau menyampaikan ucapan atau menemui rakyatnya secara personal, Datuk Musbah akan cuba membangkitkan semangat kepada individu berkenaan untuk merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui projek-projek yang disediakan oleh kerajaan di kawasannya.

Datuk Musbah ingin melihat masyarakatnya menjadi sebuah masyarakat yang maju selain membantu kerajaan menangani masalah kemiskinan khususnya di dalam daerah Kota Belud. Di dalam siri setiap ucapan yang disampaikan di dalam majlis- majlis rasmi ataupun tidak, beliau tetap menyisipkan isu betapa pentingnya penduduk berubah dan merebut peluang dalam meningkatkan sosio ekonomi keluarga masing-masing. Di dalam jiwa Datuk Musbah tiada sedikitpun terselit perasaan menjadikan bangsanya atau masyarakat setempat sebagai model politik dalam mengekalkan kepentingan peribadi politik seperti yang dilakukan oleh kepemimpinan terdahulu yang bukan sahaja menjadikan masyarakat Kota Belud tergolong dalam kategori kemiskinan, akan tetapi menjadikan mereka peminta sedekah setiap masa.

Sebenarnya daerah Kota Belud tidaklah ketinggalan atau ketandusan pemimpin sebelum ini dalam membela rakyat sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Dalam sejarah politiknya seperti yang dibangkitkan oleh YB ADUN Kedamaian Datuk Herbet Timbun Lagadan di Dewan Undangan Negeri Sabah beberapa tahun lalu bahawa Kota Belud tidak perlu merasa terkilan dengan tidak ada wakil menteri dari daerah ini dilantik. Menurut beliau Kota Belud seharusnya membangun dengan pesat sebelum ini kerana sebelum ini telah adanya pemimpin yang telah memegang jawatan Ketua Menteri Sabah, Menteri Penuh dan yang paling tinggi Yang Dipertuan Negeri Sabah.

Ucapan YB Herbat Timbun Lagadan ini jika dihayati ada kebenaranya, kenapa pada waktu itu? Kita mempunyai kuasa tidak menggunakan kuasa itu untuk membangunkan daerah ini. Bagi mereka yang mahir berpolitik sudah tentu menjawab bahawa mereka tidak membangunkan Kota Belud semasa mereka mempunyai kuasa kerana ingin mengekalkan kuasa politik mereka itu turun temurun. Mereka takut jika masyarakat Kota Belud membangun sudah tentu generasi mereka akan lahir seorang yang berkebolehan yang boleh mengancam kedudukan mereka dalam dunia politik.

Lihat sahaja hari ini apabila lahirnya seorang yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat seperti Datuk Musbah, walaupun beliau hanya berjawatan Pembantu Menteri tetapi mampu membawa projek yang bernilai berbilion-bilian ringgit dan projek itu pula memberi tumpuan bagaimana meningkatkan pendapatan sosio ekonomi masyarakat setempat. Beliau langsung tidak mengambil kesempatan dari kemasukkan beberapa projek mega itu. Tidak seperti beberapa orang pemimpin Kota Belud yang hanya memberi keutamaan di dalam projek yang memberi pulangan wang berjuta-juta ringgit kepadanya. Umpamanya projek SMK Tun Said yang bernilai jutaan ringgit dibangunkan di tanah Individu sebagai impalannya tanah individu itu dibayar jutaan ringgit dan pada masa yang sama individu berkenaan juga diberi tawaran tender kepada syarikat tajaannya melaksanakan projek tersebut, dan syarikat tersebut itu pula, beliau mempunyai kepentingan. Inilah contoh pemimpin yang mengaut keuntungan dari peluang yang ada dan pada masa yang sama membiarkan rakyatnya dibelenggu dalam kemisikanan.

Tidak dengan Datuk Musbah semua perancangan projek yang dibawanya lebih kepada mementingkan masyarakat misalnya Projek JELAPANG PADI bertujuan untuk membela nasib petani-petani. Kemudian Projek AGROPOLITAN berujuan untuk membela nasib penternak, demikian juga Projek AKUAKULTUR yang bertujuan mengubah nasib nelayan dan di samping membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan pelbagai lagi projek yang masih dalam perancangan untuk dilaksanakan. Kesemua perancangan pembangunan yang dibuat oleh Datuk Musbah bertujuan untuk membantu penduduk kampong dan langsung beliau tidak memanipulasi projek tersebut untuk beliau mengaut keuntungan.

Perbezaan ketara misi dan matlamat Datuk Musbah menjadi pemimpin Kota Belud dengan pemimpin yang ada di Kota Belud, mereka setiap masa membicarakan politik semata-mata. Mereka langsung tidak mengutamakan matlamat bagaimana mengubah nasib penduduk kampong yang selama ini berada dalam dunia kemiskinan. Sebab itu kita tidak hairan sepanjang mereka memegang tampuk kuasa di Kota Belud tiada satu pun projek yang boleh dibanggakan dapat membantu masyarakat meningkatkan ekonomi masing-masing.

Justeru itu benarlah kata-kata setengah intelektual bahawa dalam dunia kepimpinan tergolong beberapa golongan antaranya ialah pemimpin tiruan dan yang kedua ialah pemimpin original. Datuk Musbah telah dapat membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang tergolong di dalam pemimpin Original kerana beliau berjuang bukan kepentingan peribadinya akan tetapi untuk masyarakatnya, Datuk Musbah diumpamakan hero Hindustan seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Amitbh Bachchan yang lahir dari masyarakat miskin kemudian bangun atas kaki sendiri membantu masyarakatnya menentang pemimpin yang menjadikan rakyat sebagai hamba selama-lamanya. Satu-satunya kebanggaan penulis kepada pemimpin ini ialah niat ikhlas dan kejujuranya di dalam perjuangannya meksipun dianyaia oleh musuh-musuh politiknya, beliau sedikitpun tidak putus asa ataupun mengambil keputusan meninggalkan perjuangannya membela nasib masyarakatnya. Wal hal kalau untuk diri dan keluarganya sahaja Datuk Musbah sudah mampu hidup dengan hanya melibatkan diri dalam dunia perniagaan kerana beliau hidup pun di dalam dunia perniagaan dan bukannya dalam dunia politik sepertimana yang diamalkan oleh petualang-petualang rakyat Kota Belud. Mereka hidup mewah dan memegang jawatan tinggi-tinggi kerana menjual rakyat kota belud kemudian mereka membiarkan penduduk kampong merempat di bumi sendiri sementara mereka hidup di dalam kemewahan.

Sebab itu walauapun mereka cuba meniru gaya, sikap dan pendekataan Datuk Musbah kepada masyarakat, mereka tidak mampu bertahan lama mengamalkannya kerana mereka bukanlah pemimpin original sebagaimana yang ada dengan Datuk Musbah. Akhirnya kepalsuan dan sikap berpura-pura itu terbongkar juga akhirnya. Lihat sahaja sewaktu mula-mula memegang jawatan Ketua UMNO Kota Belud setelah menewaskan Datuk Musbah bukan main rajin turun padang, tetapi sekarang ini batang hidungnya pun tidak kelihatan.

Mana mungkin mereka dapat meniru gaya dan kebolehan Datuk Musbah menuruni lurah, bertandang di rumah usang, berjalan sejauh 2 kilometer, bergegas ke kawasan kemalangan seperti kebakaran, melawat rakan-rakan ahli UMNO yang sedang sakit tenat, berhujan dan berpanas di tengah sawah melawat permasalahan petani, membantu masyarakat yang dilanda banjir dan bermacam lagi. Kalau yang satu itu sejak menjadi Yang Dipertuan Dewan Rakyat sampai sekarang ini keluarganya yang meninggalpun amat susah beliau turun untuk menziarah.

Kepimpinan Datuk Musbah selain dari bersifat Original beliau juga memiliki segala-galanya sesuai tuntutan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan seorang wakil rakyat itu benar-benar mampu melaksanakan tugasnya disamping dapat diterima oleh penduduk serta popular di kawasaannya. Datuk Musbah di umpamakan penulis sebagai Tan Sri P. Ramlee yang memiliki segala kemahiran sebagai seorang seniman. Kalau Tan Sri P.Ramlee mampu bertahan sebagai seorang seniman Agong walaupun telah meninggal dunia sejak tahun 1973 yang lalu dan tiada seorang pun seniman yang mampu mengangguguat kebolehannya, demikian jugalah dengan Datuk Musbah juga seorang pemimpin yang memiliki kebolehan pelbagai yang sukar ditandingi oleh pemimpin yang ada di Kota Belud samada hari ini mahupun pemimpin terdahulu.

Antara sebab Datuk Musbah mampu bertahan sehingga hari ini walaupun ditikam lawan dan kawan ialah sikap Originalnya membela rakyat secara jujur dan ikhlas tanpa ada matlamat yang tersirat dari yang tersurat. Keikhlasan dan kejujuran merupakan tunggak perjuangannya, beliau tidak pernah berbohong bila berurusan dengan rakyatnya. Seorang kawan ada memberitahu penulis yang lebih kurang berbunyi begini “Jika kita ingin melahirkan pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat kita sokong Datuk Musbah dan jika kita mahu melahirkan seorang pemimpin yang hanya berpolitik sepanjang masa ba! Kita sokong Datuk itu dan Datuk ini”.

Akhir sekali sebagai seorang penulis yang hanya ingin mengutarakan kebenaran disebalik kepalsuan mengajak pembaca berfikir sejenak samada kita ingin melihat bangsa kita dipimpin oleh seorang pemimpin yang hanya menjadikan kita model politik atau kita mahu dipimpin seorang yang benar-benar berjuang untuk masa depan anak-anak dan genarasi kita di masa hadapan. Walaupun barangkali ada yang tidak bersetuju dengan saya dalam perkara ini, tetapi penulis tetap berbangga kerana apapun yang saya utarakan dalam setiap penulisan saya adalah sesuatu yang benar dan bukannya rekaan semata-mata. Penulis hanya menyampaikan kebenaran sesuai dengan maksudnya ayat Al Quran yang lebih kurang bunyinya begini “Sampaikan kebenaran itu walau satu ayat”.