Selasa, 26 April 2011

JELAPANG PADI KOTA BELUD ILHAM DAN BUKTI KERJA KERAS DATUK MUSBAH SEBAGAI PEMIMPIN KOTA BELUD.







Jelapang Padi yang dilihamkan oleh YB Datuk Musbah merupakan bukti kerja keras beliau sebagai seorang pemimpin Kota Belud. Projek ini pada masa ini dalam proses perlaksanan dan dijangka akan mula beroperasi di beberapa tempat pada bulan oktober ini. Dalam peringkat fasa pertama projek ini telah menelan belanja sebanyak lebih 100 juta ringgit dan ianya merangkumi sebahagian besar kawasan penanaman padi di kawasan Kota Belud.

Daerah Kota Belud sejak merdeka telah melahirkan beberapa pemimpin yang telah menempa nama samada diperingkat negeri ataupun peringkat persekutuan, namun mereka tidak banyak meninggalkan projek pembangunan yang menjadi mercu tanda Kota Belud sepanjang hayat. Mereka kebanyakkannya telah mencipta nama dengan memegang jawatan tertinggi negeri dan memegang beberapa jawatan menteri di samping menjadi kayaraya dengan mengaut seberapa banyak keuntungan sewaktu memegang kuasa akan tetapi rakyat dibiarkan di dalam kemiskinan sehingga ke hari ini.

Tetapi apabila Datuk Musbah berjaya membawa satu projek mega yang akan dapat mengubah nasib masyarakat Kota Belud, maka kedengaran pula cakap-cakap kononannya Projek Jelapang Padi ini bukannya idea Datuk Musbah sebaliknya perancangan kerajaan yang telah terbantut begitu lama, yang melucukan lagi kononnya idea Projek Jelapang Padi ini adalah ilham saudara Kibin Haji Samad sewaktu menjadi pegawai IDS satu ketika. Satu dakwaan yang tidak berasas langsung. Sebagai pegawai kerajaan yang diberi tanggungjawab mengkaji sesuatu perkara sudah tentu akan terlibat mengkaji projek Jelapang Padi ini. Namun idea dan cadangan kepada kerajaan tidak lain dan tidak bukan melainkan YB Datuk Musbah sewaktu beliau menjadi wakil rakyat Tempasuk sejak tahun 1999 lagi.

Namun perancangan beliau itu tergendala seketika apabila beliau tidak dicalunkan semula di dalam pilihanraya pada tahun 2004 kerana memberi laluan kepada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Sedikit pun peristiwa itu tidak melumpuhkan semangat dan cita-cita beliau untuk melihat projek Jelapang Padi menjadi kenyataan, malahan semasa pilihanraya itu beliau telah membantu Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sehingga mencapai kemenangan dengan mejoriti yang ramai. Meksipun tidak bergelar wakil rakyat sejak tahun 2004 Datuk Musbah tidak berdiam diri, beliau telah berusaha membawa Menteri Pertanian dan Asas Tani Malaysia ketika itu YB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kerjasama YB Datuk Japlin yang pada ketika itu memegang jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Selaku ahli UMNO, saya masih ingat perjumpaan itu telah diadakan di bekas kilang papannya di Kampung Taun Gusi Kota Belud.

Sewaktu majlis itu berlangsung berlaku sedikit kekecuhan apabila wakil rakyat Tempasuk ketika itu Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia mengamuk kepada pihak penganjur khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Kononnya pihak kementerian tidak membawa beliau membincangkan untuk mengadakan majlis itu. Selaku wakil rakyat pada ketika itu sepatutnya usaha mengadakan majlis seumpama itu dilakukan oleh beliau dan bukannya Datuk Musbah yang hanya rakyat biasa, akan tetapi oleh kerana bukti kesungguhan beliau merealisasikan Projek Jelapang Padi Kota Belud, maka Datuk Musbah telah berusaha dengan apa cara sekalipun, meksipun beliau tidak lagi bergelar wakil rakyat Tempasuk.

Kemudian apabila beliau telah dipilih semula menjadi wakil rakyat Tempasuk pada tahun 2008 dengan diberi peranan memegang jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, beliau tidak mensia-siakan peluang yang ada ini untuk menunaikan cita-citanya membawa projek Jelapang Padi Kota Belud. Dalam masa tidak sampai setahun beliau bergelar wakil rakyat Tempasuk sekali lagi beliau, telah menjemput Menteri Pertanian dan Asas Tani Malaysia yang ketika ini dipegang oleh YB Datuk Seri Noh Omar untuk mengadakan majlis perjumpaan dengan masyarakat petani di tempat yang sama iaitu di bekas kilang papannya di kampong Taun Gusi. Dalam majlis ini para petani Kota Belud telah dikhabarkan berita gembira bahawa Projek Jelapang Padi yang ditunggu-tunggu selama ini akan dilaksanakan secepat mungkin.

Dan pada ketika artikel ini dikeluarkan hampir kesemua projek Jelapang Padi fasa pertama 70 peratus siap dilaksanakan dan dikhabarkan akan mula digunakan pada bulan Oktober tahun ini juga. Inilah bukti kesungguhan YB Datuk Musbah apabila menjadi pemimpin, beliau tidak akan mudah tunduk kepada rintangan atau masalah sehingga membantutkan perancangan yang dibuatnya begitu lama.

Kejayaan Datuk Musbah merealisasikan impianya melihat Projek Mega Jelapang Padi menjadi kenyataan kerana ketekunan dan keikhlasannya dalam melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat Tempasuk. Di peringkat awal projek ini telah menerima sabotaj dari pemimpin-pemimpin Kota Belud dengan membakar semangat penduduk-penduduk kampong yang tanah mereka terlibat dalam perlaksanan projek ini. Tujuan mereka dengan penentangan seumpama ini diharapkan projek ini akan dibatalkan oleh kerajaan persekutuan, mereka tidak mahu melihat Datuk Musbah menempa nama yang baik dikalangan Petani amnya dan penduduk Kota Belud khususnya.

Dan perkara yang kedua mereka melakukan sabtoj terhadap projek Jelapang Padi ini ialah mereka takut masyarakat Kota Belud akan membandingkan pencapaian mereka dengan Datuk Musbah dalam isu membangunkan daerah Kota Belud khususnya dalam usaha meningkatkan sosio ekonomi penduduk Kota Belud. Umumnya semua tahu walaupun mereka telah berjaya menjawat jawatan tertinggi seperti Ketua Menteri tiada satu pun projek yang dilihat mampu mengubah pendapatan penduduk Kota Belud.

Hari ini apapun isu atau fitnah yang dimainkan oleh mereka yang tidak senang melihat kemampuan Datuk Musbah membangunkan Kota Belud berbanding dengan mereka sewaktu memegang kuasa, umum semua tahu Datuk Musbah lebih hebat, gagah dan menjadi hero kepada rakyat Kota Belud khususnya dalam membela rakyat termiskin. Dan semua fitnah itu tidak akan dipercayai lagi. Keikhlasan dan kejujuran Datuk Musbah membawa pembangunan kepada masyarakat Kota Belud menyebabkan lebih ramai penduduk Kota Belud mendoakan kesejateran beliau sebagai seorang pemimpin.