Jumaat, 25 Februari 2011

ERA BARU PEMBANGUNAN DI KAWASAN DUN TEMPASUK


Perjumpaan yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N6 Tempasuk pada 22hb. Febuari, 2011 telah berjaya mencapai sasarannya untuk tujuan menyampaikan makluman kepada pemimpin-pemimpin DUN Tempasuk khususnya pembangunan yang dirancang dan sedang dilaksanakan kini. Rata-rata pemimpin-pemimpin yang hadir dalam majlis itu yang terdiri dari Pegawai Daerah Kota Belud, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Ketua-ketua Jabatan Daerah Kota Belud, Ketua-ketua Daerah Kota Belud, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Pengerusi-Pengerusi JKKK dan Ketua-ketua Cawangan UMNO DUN Tempasuk melahirkan rasa puashati penjelasan yang diberikan oleh YB Datuk Musbah Haji Jamli tentang perkembangan pembangunan kawasan Tempasuk.


Penjelasan panjang lebar dan telah memakan masa hampir 1 jam setengah itu berjaya memukau perhatian tetamu yang hadir, khususnya mereka yang tidak mengetahui perkembangan pembangunan yang telah diusahakan oleh Wakil Rakyat Tempasuk ini. "Penduduk atau pemimpin Kg. Taun Gusi tidak akan dapat melihat pembangunan yang sedang dilaksanakan di Kg. Tawadakan sekarang ini, jika mereka ini tidak berkesempatan melawat tempat tersebut". Inilah antara lain kata-kata YB Datuk Musbah yang dilontorkan olehnya didalam majlis itu. Beliau cuba menyampaikan perkembangan projek Jelapang Padi kawasan Daerah mengundi Tamau yang menelan belanja RM 30 juta. Satu-satunya projek pengairan sawah padi yang unik khususnya di kawasan sabah. Melalui projek ini pengairan sawah padi tidak lagi menggunakan parit seperti yang selalu kelihatan di sawah-sawah padi. Projek ini menggunakkan batang paip dalam tanah berukuran 3 kaki untuk menyalurkan pengairan air ke kawasan-kawasan sawah padi.


Perjelasan YB Datuk Musbah telah berjaya membawa messege yang baik kepada tetamu yang hadir. Satu perkara yang menarik di dalam penjelasan itu dan dianggap perkara baru dalam pembangunan kawasan Tempasuk ialah projek AKUAKULTUR. Satu pelaburan luar negara dari Jepun dan New Zealand yang berkerjasama dengan kerjaan Negeri membina satu Projek Mega penternak ikan dalam sangkar di Tanah Askar di Kg. pintasaan Kota Belud. Projek yang menelan belanja beratus-ratus ringgit itu bukan saja membawa keuntungan kepada kerajaan Negeri malahan telah dapat menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan Kota Belud.


Melalui projek ini nanti, pihak syarikat akan mengorek beberapa kolam besar di kawasan yang disediakan dan melalui kolam ini proses pembenihan anak ikan akan dilakukan sebelum ianya di besarkan di dalam sangkar-sangkar yang disediakan di tengah laut yang berhampiran. Projek ini nanti bukan sahaja menjalankan penternakan ikan, malahan akan membuka kilang-kilang yang berorentasikan ikan, dengan demikian sekali lagi pelaburan ini akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Di fahamkan juga pihak syarikat akan melatih anak-anak tempatan mempelajari bagaimana menternak ikan, di samping menurunkan teknologi menternak ikan yang tinggi kepada penduduk tempatan.


Justeru itu sebagai penduduk yang tinggal di kawasan Tempasuk, saya merasa bangga atas kejayaan Datuk Musbah Haji Jamli membawa seberapa banyak pembangunan di kawasan Tempasuk. Meksipun kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri Sabah hampir lebih sepuluh tahun lalu, di bawah era Datuk Musbahlah kawasan Tempasuk menerima pembangunan beratus-ratus juta ringgit dan memberi banyak manafat kepada penduduk Tempasuk itu sendiri. Antara lain perkara yang nyata dalam kenyataan ini ialah apabila beliau berjaya menyelesaikan jalanraya yang menghubungkan ke kampung-kampung utama di kawasan Tempasuk.