Khamis, 19 November 2009

RINTIHAN ORANG KUAT TAN SRI PANDIKAR AMIN HAJI MULIA-(MUKARIS HAJI ETOK)




Sebagai menjawab tulisan rakan bloger yang bernama Siti Farhana Wee Abdullah (SFWA) mengenai kejayaan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia membangunkan masyarakat Tempasuk sewaktu beliau menjadi wakil rakyat . Terpanggil kepada saya mendedahkan rintihan orang kuat Pandikar yang ditimpa musibah iaitu Saudara Mukaris Haji Etok seorang penyokong kuat Tan Sri Pandikar.

Siapa yang tidak kenal Saudara Mukaris dikalangan orang-orang Tan Sri Pandikar, beliau sanggup meninggalkan keluarga tanpa makanan demi untuk membantu Tan Sri Pandikar dalam sebarang perjuangan yang memerlukannya. Beliau sedikitpun tidak mengharapkan sebarang upah atau ganjaran asalkan Tan Sri Pandikar berjaya seperti kejayaan yang dilalui olehnya selama ini. Pendek kata beliau sanggup mati demi untuk mempertahankan kedudukan Tan Sr Pandikar dalam politik. Seperti orang lain juga sudara Mukaris ingin mengharapkan, apabila perjuangan telah berhasil, mereka mengharapkan Tan Sri Pandikar akan dapat membantu mereka apabila menghadapi sesuatu masalah.

Namun harapan yang diimpikan tidaklah seindah yang digambarkankan, peristiwa kebakaran rumahnya pada tahun 2007 telah melenyapkan kepercayaan beliau kepada Tan Sri Pandikar, pemimpin idolanya selama ini. Meksipun beliau pada waktu itu Adun N6 tempasuk dan mempunyai peruntukan khas, akan tetapi membiarkan Saudara Mukaris mengharungi liku-likunya sehingga terpaksa berusaha sendirian sehingga berjaya membina sebuah pondok untuk kelurganya berteduh sementara waktu. Beliau mengharapkan agar ada insan yang sudi membantu keluarga suatu hari nanti.

Kepada Siti farhana Wee Abdullah janganlah kau terlalu memuji pemimpin agong kau itu Tan Sri Pandikar. Pujian siti sebenarnya kemarahan yang timbul kepada insan yang bernama Mukaris. Segala yang kau nyatakan hanyalah khayalan semata-mata.