Ahad, 29 Mei 2011

DATUK MUSBAH MENGUBAH LANSKAP POLITIK KOTA BELUD.






“Kalau bukan kita siapa lagi” dan “ Kalau bukan di sini di mana lagi”. Inilah kata-kata yang boleh dikaitkan dengan senario politik Kota Belud yang ada hubungkait dengan sejarah politik yang telah di lalui oleh Datuk Musbah sehingga ke hari ini. Menyingkap sejarah politik Kota Belud sejak sebelum Sabah mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini ianya telah di dominasi oleh sebuah keluarga yang asal-usulnya masih dipertikai oleh setengah pihak.

Urutan dari cerita itu, sejarah politik Kota Belud yang diketahui oleh generasi terdahulu telah dimulai oleh penguasaan politik keturunan Arshad yang dikatakan berasal dari Banjar Masin Indonesia kemudian mendirikan rumahtangga dengan penduduk tempatan Kota Belud. Di zaman penjajah British, Arshad telah bersekongkol dengan penjajah kerana atas nama kuasa. Penindasan telah dilakukan ke atas penduduk tempatan sehingga lahirnya” Hero” di kalangan penduduk kampung menentang penindasan yang dilakukan oleh penjajah British. “ Panglima Ali atau lebih di kenali “Embu Ali” telah bangun memberontak menuntut keadilan ke atas penjajah. Meksipun “Embu Ali” mempunyai kekuatan ilmu kebal namun beliau gugur syaid ditangan Penjajah. Kematian beliau kononnya kerana pembelotan anak muridnya sendiri dengan membongkar rahsia kekebalan beliau kepada penjajah British.

Oleh kerana Arshad telah berjasa kepada pihak British, maka beliau telah diangkat sebagai pemimpin penduduk tempatan Kota Belud pada masa itu, sedangkan kalau dikira pada waktu itu ramai lagi penduduk tempatan yang lebih layak daripada beliau, akan tetapi oleh kerana kepakaran beliau mengambil hati pihak penjajah, maka beliau telah diberi kepercayaan British menjaga Kota Belud. Daripada kuasa kepolisan, adat istiadat, agama dan sosial semuanya telah diletakkan di bawah pentadbiran kekuasaan Arshad pada ketika itu. Di sinilah bermula legasi politik Arshad di Kota Belud.

Kemudian apabila Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963 keluarga inilah juga yang mentadbir Kota Belud iaitu melalui OKK Anuar bin Arshad sebagai Ketua pentadbir Kota Belud. Bermula dari kekuasaan inilah kuasa legasi Arshad ini telah berkembang melalui menantunya iaitu arwah Tun Said Keruak yang berkahwin dengan Toh Puan Bandung Binti Hasbulah bin Arshad di zaman kerajaan USNO. Di Pendekkan cerita apabila kerajaan Berjaya memerintah negeri Sabah, penguasaan keluarga Arshad ini terus mendomansi politik Kota Belud, kali ini melalui Datuk Mohd Noor Bin Mansur bin Sani bin Arshad. Setelah kerajaan Berjaya tumbang di tangan parti PBS di awal tahun 80 an. Ramai penganalisis politik menjangkakan penguasaan politik keluarga Arshad ini akan pupus, tetapi sebaliknya telah berlaku kerana waktu itu menantu mereka Tun Said telah di angkat menjadi TYT negeri sabah. Sementara anaknya Datuk Salleh Tun Said pula diangkat menjadi calun PBS di Usukan menentang Tan Sri Pandikar, tetapi tewas di tangan anak didik Tun Mustapah ini.

Kemudian apabila UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah di awal tahun 1990 an, keluarga inilah juga yang telah mendominasi politik Kota Belud sehingga salah satu keturunan mereka iaitu Datuk Salleh Tun Said telah diangkat sebagai Ketua penaja UMNO Kota Belud. Sedangkan waktu itu Tun Mustapah memangku Ketua UMNO Kota Belud. Kebijakan dan kelicikan keluarga Arshad bermain politik sememangnya sukar ditandingi mana-mana pihak khususnya di daerah Kota Belud. Penguasaan politik keturunan Arshad kini diterajui oleh Datuk Salleh Tun Sehingga ke hari ini. Inilah sejarah ringkas politik Kota Belud daripada sebelum kemerdekaan sehingga ke hari ini,

Tetapi hari ini keluarga ini tidak lagi menjadi kebanggaan sebahagian penduduk Kota Belud kerana dikalangan mereka telah lahirnya seorang pemimpin yang telah berjaya membina kekuatan sendiri tanpa meminta bantuan sesiapa. Insan yang saya maksudkan itu ialah Datuk Musbah Haji Jamli, jika diselungkar kisah hidup beliau sebelum menjadi pemimpin daerah Kota Belud bolehlah disamakan dengan “EMBU ALI” zaman Arshad sebelum negara merdeka. Embu Ali dalam zamannya beliau bangun menegakkan keadilan dari penindasan yang dilakukan oleh pihak penjajah. Sementara Datuk Musbah juga dalam eranya beliau bangun dengan sendiri untuk mengubah hidup dalam masyarakatnya dari masyarakat yang meminta-minta kepada pemimpin kepada masyarakat yang boleh hidup berdikari sendiri. Sebab itu dalam zamanya beliau telah berusaha membawa berjuta-juta ringgit projek bertujuan untuk membawa masyarakatnya keluar dari belenggu kemisikanan.

Dalam dunia politik pula, Datuk Musbah orang kebanyakkan yang telah berjaya mengubah lanskap politik Kota Belud, iaitu daripada politik yang didominasi oleh keluarga Arshad kepada politik yang lebih bebas. Maksudnya sesiapa pun anak Kota Belud yang ada kemampuan boleh diangkat menjadi pemimpin jika beliau ada kemahuan. Beliau telah membuktikan diri sendirinya apabila beliau yang suatu ketika seorang yang dari keluarga orang miskin berjaya menjadi pemimpin sehingga menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Belud dengan mengetepikan dominasi sementara waktu keluarga Arshad. Melihat kemampuan Datuk Musbah mengubah lanskap politik Kota Belud ini telah merisaukan Datuk Salleh yang menjadi pewaris legasi kepimpinan keluarga Arshad di Kota Belud.

Sebab itu sebelum Datuk Musbah menjadi idola dari sudut kepimpinan masyarakat Kota Belud, pada pemilihan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud tahun 2008, Datuk Salleh dan kuncu-kuncunya telah mengumpul semua kekuatan untuk memastikan Datuk Musbah tersungkur dalam pemilihan itu. Jika dikira kalau hanya kekuatan Datuk Salleh, keluarga dan wangnya belum pasti dapat menundukkan kekuatan Datuk Musbah yang semakin hari semakin mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari masyarakat Kota Belud. Sebenarnya kekalahan Datuk Musbah dalam pemilihan masa itu kerana pemimpin-pemimpin yang satu ketika sealiran dengan beliau yang cuba menghapuskan penguasaan legasi kepimpinan Arshad seperti Tan Sri Pandikar, Lamsil Hamidshor, Mastan Haji Hasaan dan lain-lain lagi telah berpaling tadah menyebelahi Datuk Salleh dengan mengetepikan matlamat politik awal mereka untuk menghapuskan penguasaan politik keluarga Arshad di Kota Belud.

Namun sehingga hari ini Datuk Musbah telah mencipta sejarahnya sendiri dengan melakukan sebagai orang yang pertama kali mencabar kepimpinan keluarga Arshad di Kota Belud, sebab itu penduduk Kota Belud seharusnya mendoakan kesejateraan Datuk Musbah agar terus maju ke hadapan mudah-mudahan matlamatnya supaya untuk melihat anak-anak penduduk Kota Belud tidak kira dari suku kaum Bajau, Iranun ataupun Dusun Kota Belud semuanya boleh menjadi pemimpin seperti dia. Jika diihat kalau sesuatu terjadi kepada beliau sehingga satu ketika dia tidak lagi menjadi pemimpin, siapa lagi boleh mencabar kepimpinan keluarga Arshad. Kalau dulu kaum Iranun berbangga dengan Tan Sri Pandikar kononnya dapat mencabar kepimpinan Datuk Salleh satu-satunya penyambung legasi kepimpinan Arshad sekarang ini, tapi Saudara Rosmin Kasan cakap telah menjadi tawanan Datuk Salleh Tun Said. Tan Sri Pandikar sudah kehilangan bisa, beliau telah bertuankan kepada musuh tradisinya sejak arwah ayahandanya Haji Mulia lagi. Mahu tidak mahu beliau terpaksa menerima hakikat Datuk Salleh sekarang telah menguasai politiknya.

Sebenarnya apa yang di lakukan oleh Datuk Musbah dalam mengubah lanskap politik Kota Belud merupakan satu permulaan kepada generasi akan datang supaya bangun dan melakukan sesuatu demi kelangsungan bangsa Bajau, bangsa Iranun dan Bangsa Dusun. Jangan hanya hidup di dalam negara yang merdeka tetapi masih di jajah dari segi minda dan ekonomi. Apakah akan ada lagi pemimpin seumpama Datuk Musbah yang sanggup menyusur arus hanya semata-mata untuk mempertahankan prinsip politik yang lebih berbentuk bebas. Terserahlah kepada generasi akan datang, samada mereka mahu terus-terusan dijajah atau mengikut rentak dan jalan yang telah dimulai oleh Datuk Musbah.