Selasa, 3 Mei 2011

BERKAT KESABARAN DATUK MUSBAH MEMBAWA KESEJATERAAN RAKYAT







‘SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN” ini ungkapan suci yang menjadi landasan perjuangan anak muda yang sedang mencipta nama dipersada politik tanah air amnya dan sabah khususnya. Bermula dari seorang anak petani miskin Datuk Musbah telah mengorak langkah dengan kakinya sendiri dengan mengubah keria hidup keluarganya yang bergantung penuh kepada sawah padi kepada bidang baru iaitu dunia perniagaan.

Memberanikan diri membuka sebuah kilang papan yang menjual barang-barang binaan. Sebuah perniagaan yang pada waktu itu dikuasai oleh golongan mewah sahaja dan ianya dimonopoli oleh bangsa Cina . Bagi beliau hidup harus ada prinsip dan dalam soal ini prinsip itu ialah "rezeki dan jodoh semuanya terletak di tangan Allah SWT. Apabila perniagaannya ini telah mula bertapak nama beliau telah mula dikenali dikalangan pemimpin-pemimpin politik di Kota Belud. Walaupun beliau diperingkat awal tidak menceburkan diri di dalam politik, namun beliau banyak membantu orang-orang politik menyelesaikan masalah rakyat setempat. Sikap suka membantu rakyatlah nama Datuk Musbah telah mula menarik minat Allahyarham Tun Mustapah dalam dunia politik.

Pencapaian Datuk Musbah dalam dunia perniagan pada waktu telah menarik minat Tun Mustapah memberi untuk kepercayaan kepada Datuk Musbah menjadi calun USNO di kawasan Tempasuk. Di sinilah bermulanya Datuk Musbah terjebak dalam politik secara langsung. Meksipun dalam percubaan pertama ini beliau tewas di tangan calun PBS waktu itu, namun dengan berbekalkan kesabaran beliau telah menguatkan istizamnya lagi untuk terus berjuang di dalam politik. Beliau memegang kepada peribahasa melayu "alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke lenggan”. Sekali beliau terlibat di dalam politik beliau akan terus melangkah sejauh mungkin yang boleh dicapai olehnya.

Apabila USNO dibubarkan kerana memberi laluan kepada UMNO masuk ke Sabah, Datuk Musbah akur kepada keputusan sifunya Tun Mustapah supaya semua ahli-ahli USNO masuk ke dalam UMNO. Satu pengorbanan besar yang dilakukan oleh bapa kemerdekaan sabah ini (Tun Mustapah) kepada UMNO yang patut si kenang oleh semua pemimpin-pemimpin UMNO masa kini. Tanpa pembubaran USNO kemungkinan UMNO tidak akan dapat bertapak ke bumi di bayu ini.

Di dalam UMNO khususnya di Kota Belud, Datuk Musbah telah dipilih perwakilan UMNO Kota Belud melalui pertandingan AJK bahagian dalam jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, beliau telah dipertanggungjawabkan menjaga kawasan Tempasuk. Perkara utama yang dilakukan oleh beliau semasa itu ialah memperkemaskan jentera parti dengan menubuhkan Jentera Pilihanraya UMNO kawasan Tempasuk. Dengan berbekalkan kewangan sendiri Datuk Musbah telah mengorbankan wang ringgitnya membiayai semua program-program UMNO di kawasan Tempasuk. Sepatutnya di dalam pilihanraya pada tahun 1991, Datuk Musbah adalah orang yang paling layak menjadi calun BN di Kawasan Tempasuk pada masa itu, namun oleh kerana atas dasar semangat dalam kompenan Barisan Nasional. Kawasan Tempasuk telah diserahkan kepada Parti Akar salah satu kompenan Barisan Nasional di Sabah dan telah mempertaruhkan Tan Sri Pandikar Amin sebagai calunnya.

Pemilihan Tan Sri Pandikar sedikit pun tidak melemahkan semangat Datuk Musbah di dalam UMNO kesabarannya sekali lagi teruji. Beliau telah menunjukkan kesetiaannya kepada UMNO dengan memberi sokongan padu kepada Tan Sri Pandikar sehingga mencapai kemenangan di kawasan Tempasuk.

Setelah UMNO berjaya membentuk kerajaan di Sabah, jasa Datuk Musbah yang berkerja keras memenangkan calun UMNO di kawasan Tempasuk langsung tidak dikenang, sebaliknya mereka yang tidak bekerja waktu itu seperti saudara Jemil Sidah telah dilantik Setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Oleh kerana kesabaran yang amat kuat kepada beliau, sedikit pun tidak melenting malahan beliau meneruskan aktivitinya seperti biasa. Kebaikan dan kebajikan yang di tunjukkan oleh Datuk Musbah kepada ahli-ahli UMNO dan masyarakat Kota Belud membuatkan beliau semakin popular. Kepopularnya ini meruncingkan beberapa pihak yang takutkan Datuk Musbah menjadi ancaman kepadanya di masa hadapan nanti. Untuk menyekat pengaruh Datuk Musbah itu, mereka telah menaja saudara Awanir Matanggal menentangnya bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud.

Ranjau, onak dan duri perjuangan Datuk Musbah dalam politik kalau dikupas memang memerlukan masa yang panjang untuk disiapkan. Memadai di sini saya nyatakan bahawa Datuk Musbah merupakan memimpin yang amat sabar, gigih dan tekun dalam memperjuangkan rakyatnya untuk mencapai kesejateraan hidup. Biarpun pelbagai rintangan, halangan dan hambatan untuk mencapai cita-citanya, Datuk Musbah tidak berputus asa, kekadang rakan-rakannya ada juga yang tidak tahan ada yang jadi pejuang, ada yang jadi petualang dan tidak kurang juga yang menjadi pengkhianat kepada bangsanya kembali.

Hari ini berkat kesabarannya itu, kawasan Tempasuk yang diwakilinya kini telah menerima pembangunan yang amat pesat berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Kota Belud. Antara lain punca kejayaan Datuk Musbah merealisasikan cita-cita dan impiannya untuk melihat penduduk Tempasuk maju ialah pendekatanya kepada rakyat sangat mesra. Dan setakat ini di dalam tinjauan yang saya dapati wakil rakyat yang paling rajin turun padang ialah tidak lain dan tidak bukan Datuk Musbah. Beliau sedikitpun tidak terpengaruh dengan kata-kata dan hasutan yang boleh mengundang perkara yang kurang baik kepada masalah rakyatnya. Ketegasan dan kegigihan Datuk Musbah kini sukar sekali dipertikaikan oleh musuh-musuh politiknya kerana semua impiannya selama ini hampir menjadi kenyataan sementara mereka meksipun telah memegang jawatan yang tinggi-tinggi tiada satupun peninggalnya kepada warga Kota Belud sepanjang zaman sebaliknya penduduk Kota Belud dijadikan peminta sedekah dan merempat dibumi sendiri.