Apabila rakyat mengangkat seseorang pemimpin menjadi pemimpin dikalangan mereka, mereka mengharapkan agar mereka mendapat pembelaan dari kehidupan yang kurang baik kepada kehidupan lebih selesa. Kali ini penulis akan cuba mengupas isu yang berkaitan dengan apa yang dikatakan pemimpin pejuang dan pemimpin petualang dan siapa yang dikategorikan pemimpin di Kota Belud yang dikatakan pemimpin pejuang dan pemimpin petualang.
Pemimpin pejuang dalam ertikata sebenarnya ialah pemimpin yang apabila mempunyai kuasa menggunakan kuasa tersebut untuk membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat dengan harapan, rakyat yang dipimpinnya akan menikmati kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Dalam katerogi ini di Kota Belud hanya Datuk Haji Musbah sahaja yang layak tergolong dalam kategori ini. Melihat kepada kepada rekod beliau, walaupun hanya mempunyai jawatan sebagai pembantu menteri pembangunan yang dibawanya kepada masyarakat Kota Belud khususnya di kawasan Tempasuk tidak dapat di pertikaikan lagi.Semua yang dijanjikan oleh beliau selama hanya tiga tahun menjadi wakil rakyat dan pembantu menteri pertaninan dan industri makanan negeri sabah telah menjadi kenjyataan. Projek JELAPANG PADI yang menjadi impian golongan petani selama ini sedang rancak dijalankan dan sedikit masa lagi kemudahan ini akan dapat digunakan oleh petani-petani Kota Belud.
Kemudian Datuk Musbah dapat membawa projek Agropolitan yang akan menguntungkan semua pihak, khususnya akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Selain dari pada itu Projek seperti Akuakultur dan pelancungan yang berada dalam perancangan beliau sudah cukup mengangkat martabat daerah Kota Belud dari pada sebuah daerah yang dikatakan ramai golongan termiskin kepada daerah yang lebih maju lagi. Dari sudut projek infrakstruktur pula, Datuk Musbah telah dapat menyelesaikan semua jalanraya utama di kawasan Tempasuk daripada jalanraya yang hanya layak dilalui oleh haiwan kepada jalanraya yang boleh dilalui oleh semua kenderaan mewah atau kenderaan berat.
Pendek kata Datuk Musbah sebenarnya telah berjaya membawa Kota Belud lebih berdaya saing lagi berbanding sewaktu daerah ini ditadbir oleh pemimpin petualang satu ketika. Sebenarnya Kota Belud sepatutnya lebih dahulu membangun sebelum ini kerana sewaktu itu Kota Belud telah mempunyai pemimpin yang berwibawa apabila berjaya menjawat jawatan Ketua Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertaninan dan Industri Makanan Sabah, Menteri Persekutuan dan macam-macam lagi jawatan. Jika kita perhatikan jawatan yang disebut itu sudah cukup untuk membawa pembangunan di Kota Belud jauhi lebih baik dari yang berjaya di bawa oleh Datuk Musbah. Kalau kita minta mereka sebut apakah projek kebanggaan rakyat Kota Belud yang bertujuan meningkatkan sosio ekonomi ketika mereka mempunyai kuasa satu pun tiada. Sebab itu tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa pemimpin-pemimpin waktu itu ialah pemimpin PETUALANG. Mereka telah mengkhianati amanah rakyat dengan mengabaikan tanggungjawab yang diharapkan oleh semua masyarakat Kota Belud. Mereka sibuk dengan melaga-lagakan pemimpin dan memperkayakan segelintir suku sakat mereka sahaja, sehingga tanggunjawab mereka untuk membangunkan Kota Belud telah dilupakan.
Kali ini mereka cuba pula mempengaruhi rakyat Kota Belud dengan harapan rakyat akan memberi peluang kepada mereka buat kali kedua. Tetapi rakyat Kota Belud tidak lagi boleh diperbodoh. Kalau satu ketika mereka telah memegang jawatan nombor satu negeri Sabah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk Kota Belud, akan datang lagi, sedangkan nasib mereka belum tahu lagi dalam politik. Kalau PETUALANG itu tetap juga PETUALANG. Ia diumpamakan “Anjing yang biasa makan tahi, kalau dikadangkan sekalipun jika dilepaskan nanti dia tetap makan tahi kerana dia biasa makan tahi”.