Isnin, 20 Jun 2011

REKOD CEMERLANG DATUK MUSBAH SEBAGAI WAKIL RAKYAT.


Kalau kerajaan melebarkan dasar memberikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada wakil rakyat yang menjalankan tugas dengan baik semasa menjadi wakil rakyat seperti yang diberikan kepada kakitangan awam sekarang ini. Sewajarnya wakil rakyat yang patut sekali menerima anugerah itu ialah Datuk Musbah Haji Jamli wakil rakyat N6 Tempasuk.

Kerajinan beliau turun padang tanpa mengenal masa dan waktu adalah antara keteria boleh dijadikan ukuran dalam pemberian anugerah ini. Kalau dibandingkan antara wakil rakyat yang ada di Kota Belud buat masa ini, samaada semasa pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS dan zaman UMNO. Belum ada wakil rakyat yang dapat menandingi kerajinan Datuk Musbah turun padang, beliau turun padang bukan sahaja menghadiri majlis-majlis resmi, kenduri kahwin, melawat rakyat yang ditimpa bencana, melawat permasalahan rakyat yang dilaporkan akan tetapi beliau sendiri akan turun padang mendengar rintihan rakyat diperingkat akar umbi.

Kesungguhan Datuk Musbah membawa pembangunan di kawasannya, sejak menjadi wakil rakyat telah membawa hasil kepada penduduk di kawasan Tempasuk. Projek seperti JELAPANG PADI, AGROPOLITAN, AKUAKULTUR, PERLANCONGAN, MENAIKTARAF INFRAKSTRUKTUR SEPERTI KEMUDAHAN AWAM dan macam-macam lagi tidak boleh dipertikai lagi memandangkan semua yang dinyatakan itu telah dapat dilaksanakan olehnya. Sebelum ini Kota Belud mempunyai pemimpin yang pernah memegang jawatan Ketua menteri, malahan ada yang memegang bermacam-macam jawatan, namun mereka tidak mampu membawa pembangunan sepertimana yang telah diusahakan oleh Datuk Musbah. Sebab itu Datuk Musbah sewajarnya diberi penghargaan oleh kerajaan di atas kejayaan yang dicapainya sepanjang menjadi wakil rakyat.

Hubungan yang akrab dengan masyarakat diperingkat umbi juga sememangnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemimpin yang ada di Kota Belud. Beliau mampu duduk berbincang berjam-jam dengan semua lapisan masyarakat, iaitu daripada golongan miskin kepada golongan berada semuanya dilayan dengan begitu baik. Peneriman masyarakat juga terhadap Datuk Musbah juga amat membanggakan sehingga ada mangandaikan bahawa beliau seorang pemimpin yang tiada tolong bandingnya di Kota Belud.

Sesuatu yang lain dari lain kepada Datuk Musbah berbanding dengan pemimpin-pemimpin yang ialah, beliau meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya. Sebab itu sesiapa yang pernah menemui beliau secara personal, mereka akan sentiasa merasa senang hati kerana sepanjang perbincangan dengan beliau lebih berfokuskan kepada bagaimana cara membangunkan masyarakat berbanding dengan pemimpin yang lain lebih kepada membincangkan politik sepanjang masa. Mereka tidak langsung pun menyentuh bagaimana meningkatkan sosio ekonomi rakyat.