Khamis, 16 Jun 2011

“DIALAH BENAR-BENAR PEMIMPIN TULIN KOTA BELUD” kata seorang warga pendidik



Inilah kata-kata seorang warga pendidik,setelah beliau melalui pengalaman mencari sumber kewangan bagi membiayai kontigen Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) ke Terangganu bagi mengikuti pertandingan Bola Tampar sekolah-sekolah peringkat kebangsaan. Sebagai seorang yang ditugaskan oleh Jabatan Pelajaran Sabah membawa kontigen Sabah ke Terangganu, beliau mengharapkan pemimpin-pemimpin daerah kelahirannya khususnya wakil-wakil rakyat dan pemimpin UMNO dapat menyumbang sedikit kewangan untuk menampung pembiayaan pelajar-pelajar yang telah terpilih menyertai pertandingan tersebut. Secara kebetulan dua orang pelajar dari daerah Kota Belud telah terpilih ke dalam pertandingan itu.

Di peringkat awal sebelum semua rombongan itu bertolak ke Terangganu, beliau telah mendapat lampu hijau dari wakil-wakil rakyat iaitu YB Datuk Japlin Haji Hakim ADUN Usukan, YB Datuk Musbah Haji Jamli ADUN Tempasuk, YB Datuk Abd. Rahman Haji Dahlan dan YB Datuk Seri Pangalima Salleh Tun Said Sepekar Dewan Undangan Negeri Sabah untuk memberi sedikit sumbangan. Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya, Datuk Japlin Hakim yang kebetulan wakil rakyat usukan di mana warga pendidik ini turut serta mengundi dalam memberi kemenangan kepada beliau telah memungkiri janjinya untuk memberi derma kepada beliau. Sudahlah begitu bila di hubungi talipon bimbitnya, beliau langsung tidak menjawabnya. Di manakah sudah tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat. Pelajar yang terpilih ke pertandingan itu lahir dari kawasan usukan yang ibubapanya semestinya turut mengundi YB Datuk Japlin semasa pilihanraya 2008 lalu. Demikian juga harapan yang diberi oleh YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang kebetulan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud kepada beliau tidak ubah semacam satu pembohongan yang amat licin sekali.

Semasa menelefon YB Datuk Salleh Tun, beliau di minta untuk menghantar nombor akuannya secara SMS sahaja. Walaupun telah dihantar namun sehingga beliau dan rombongannya kembali ke Sabah sumbangan dan bantuan yang dijanjikan oleh pemimpin ini langsung tidak kesampaian. Walaupun beberapa kali beliau menghantar SMS bagi bertanyakan hal itu beberapa kali, demikian juga beliau menelefon pemimpin ini beberapa kali, tetapi taliponnya tidak dijawab langgsung. Dengan nada yang sedih beliau melahirkan rasa kekecewaan yang amat sangat kepada kedua-dua pemimpin ini, iaitu YB Datuk Japlin Hakim dan YB Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said.

Disebalik kekecewaan yang dialami oleh beliau ini, beliau menyambung ceritanya tentang kebangganya kepada YB Datuk Musbah Haji Jamli wakil rakyat Tempasuk yang tidak putus-putus memberi sumbangan kepada rombongan sehingga kontingen ini telah menjadi juara seluruh Malaysia. Menceritakan pengalamannya semasa berkunjung ke rumah YB Datuk Musbah di Kota kinabalu, beliau amat berterima kasih kepada wakil rakyat ini kerana dilayan dengan baik serta diberi nasihat dan kata-kata semangat untuk pelajar-pelajarnya yang turut serta dalam pertemuaan itu.

Sementara YB Datuk Abd Rahman Haji Dahlan juga turut menyumbang kepada rombongan ini, namun hanya di saat akhir itupun hanya melalui Pegawai Perhubungannya Saudara idris Nanti. Meneruskan ceritanya warga pendidik ini melahir rasa bangga sebagai penduduk Kota Belud yang punyai pemimpin seperti Datuk Musbah yang mempunyai jiwa prihatin kepada permasalahan rakyatnya, meksipun beliau tahu yang dibantunya itu bukanlah pengundinya di kawasan Tempasuk. Sebab itu dalam ceritanya ini, beliau dengan berani mengatakan dalam daerah Kota Belud PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR PEMIMPIN HANYA SATU ORANG IAITU YB DATUK MUSBAH HAJI JAMLI yang lainnya itu pemimpin hanya diwaktu memerlukan rakyat selepas itu mereka akan membohongi rakyat.