Selasa, 1 Mac 2011

PERIBAHASA “BERAT MATA MEMANDANG LAGI BERAT BAHU MEMIKUL”.


PERIBAHASA “BERAT MATA MEMANDANG LAGI BERAT BAHU MEMIKUL”.

Merasai sesuatu perkara adalah lebih baik daripada hanya melihatnya melalui mata atau memandangnya dari jauh, jika kita ingin menyelami isi dan perasaan sesuatu perkara itu. Misalnya untuk menjadi pemimpin kepada golongan orang miskin semestinya merekalah yang benar-benar lahir daripada golongan yang pernah mengalami kemiskinan. Pemimpin seumpama ini akan dapat memikul tanggungjawab itu dengan baik kerana ianya telah mempunyai pengalaman merasai penderitan kelompok tersebut.

Mengambil kira kepada perkara ini pemilihan YB Datuk Musbah Haji Jamli memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat Tempasuk telah menepati kehendak dan aspirasi peribahasa yang tersebut di atas. Datuk Musbah yang sememangnya lahir daripada golongan miskin telah berjaya menghayati kehendak golongan orang miskin kerana beliau sendiri telah pernah hidup dalam suasana kemiskinan.

Sejak awal lagi, apabila beliau menjadi wakil rakyat perkara pertama yang menjadi keutamaannya ialah bagaimana beliau membawa rakyatnya keluar dari belenggu kemiskinan. Oleh itu berbagai usaha pembangunan dilakukan olehnya semata-mata beliau mahu penduduk di kawasan Tempasuk bebas dari kepompong kemiskinan.

Projek Agropolitan, Projek Jelapang Padi, Projek Akuakultur, Projek Perumahan Orang Miskin, Jalan raya dan bermacam-macam lagi kini mencurah-curah masuk di kawasan DUN Tempasuk. Kejayaan Datuk Musbah membawa masuk semua pembangunan ini antara lain telah di dorong oleh semangat dan kesungguhannya ingin melihat semua lapisan masyarakat Tempasuk merasai erti pembangunan melalui sebuah negara yang Merdeka.

Sebab itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep “1 Malaysia Rakyat di Dahulukan dan pencapaian diutamakan”. Datuk Musbah telah dapat memikul tanggungjawab ini dengan baik kerana beliau awal-awal lagi telah mengamalkan konsep ini sebelum diperkenalkan oleh YB Perdana Menteri. Sebagai pemimpin kepada semua kaum yang terdiri dari suku kaum Bajau, Iranun, Dusun, Ubian, Cina dan lain-lain di Kota Belud Datuk Musbah bukan sahaja berjaya mengagihkan pembangunan di kawasan Tempasuk secara adil dan sama rata, akan tetapi beliau telah berjaya mendekati semua lapisan masyarakat ini melalui aktiviti turun padang yang dilakukkan olehnya tanpa mengenal masa dan tempat.

Berdasarkan kepada trend pemilihan calun PRU kecil yang diadakan bagi setiap kali pilihanraya kecil diadakan oleh Perdana Menteri, beliau memilih mereka yang benar-benar dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan dapat diterima oleh rakyat setempat. Umpamanya calun PRU kecil di Johor baru-baru ini memilih calun yang tidak mempunyai jawatan dalam parti tetapi mempunyai rekod yang baik berkhidmat kepada rakyat setempat telah dapat memenangkan parti Barisan Nasional di kawasan itu.

Justeru itu dalam PRU 13 nanti Datuk Musbah tidak ada sebab kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional untuk tidak mencalunkannya semula sebagai wakil rakyat Tempasuk. Bukan senang atau mudah mencari pemimpin yang berjiwa rakyat di kawasan Tempasuk seperti beliau, ini kerana beliau bukan sahaja telah berjaya membawa banyak pembangunan malahan telah dapat diterima rakyat Tempasuk sebagai pemimpin mereka.