Kepimpinan Datuk Musbah Haji Jamli amat berbeza dengan pemimpin-pemimpin yang ada di Kota Belud. Beliau menyelami Perasaan dan Naluri terhadap rakyatnya terlalu mendalam sehingga beliau sanggup menyusup masuk ke dalam hutan dan belukar hanya semata-mata ingin melihat sendiri penderitan, kemiskinan atau permasalahan rakyatnya. Berbanding dengan pemimpin lain di Kota Belud yang hanya hadir ke sesuatu tempat itu bilamana ada di majlis rasmi diadakan. Sebab itu tidak keterlaluan kalau dikatakan ciri-ciri kepimpinan Datuk Musbah itu boleh dijadikan Role Model kepada Pemimpin Juara Rakyat yang dicanang oleh parti UMNO selama ini.
Dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Tempasuk, Datuk Musbah sedikitpun tidak membezakan antara penyokongnya dengan orang-orang yang tidak memberi sokongan kepada beliau suatu masa dahulu. Dalam soal pembangunan beliau mengagihkan peruntukan sama rata kepada rakyatnya di kawasan Tempasuk . Lihat sahaja apa yang berlaku kepada daerah mengundi Tamau pada PRU12 yang lalu. Walaupun beliau tewas di tempat itu, namun Datuk Musbah tetap mengagihkan peruntukan Projek Jelapang Padi di kawasan tersebut yang kosnya bukan jumlah yang kecil tapi mencerca RM 30 juta ringgit. Dan projek tersebut sedang rancak dijalankan buat masa ini.
Dengan berbekalkan latar belakang yang pernah hidup dalam kesusahan dan pengalaman hidup dalam kemisikinan, Datuk Musbah langsung tidak merasa janggal bila berhubungan dengan rakyatnya di kawasan Tempasuk. Beliau boleh berinteraksi dengan penduduk kampung dalam suasana harmoni tanpa rasa ada kekangan atau hambatan perasaan bangga diri atau rendah diri berdampingan dengan rakyatnya yang dalam kesusahan.
Inilah berkat seorang pemimpin yang benar-benar menjiwai rakyat, tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dilaksanakan dengan bertanggungjawab dan didikasi kepada rakyatnya. Allah SWT bukan sahaja memberi keberkataan hidupnya, malahan akan mendapat bantuan dari Allah SWT untuk terus berjuang membantu umat manusia. Mesksipun beliau melalui ranjau, onak dan duri angkara musuh-musuh politiknya, Datuk Musbah tetap gagah, sihat dan bertambah kuat di sisi rakyatnya. Rakyat semakin hari semakin bertambah yakin terhadap kebolehan beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Tempasuk. Di mana sahaja beliau berada, semua rakyatnya menerimanya dengan senang hati.
Justeru itu dalam memilih pemimpin kita mestilah balik kepada seorang pemimpin mestilah mampu menyemai dalam dirinya tentang Perasaan dan Naluri. Supaya pemimpin itu benar-benar memahami aspirasi rakyatnya, dengan demikian beliau akan dapat memahami kehendak dan kemahuan rakyat demi kesejahteraan rakyat di kawasannya.