Rabu, 19 Oktober 2011

Doa Datuk Musbah buat Mansu Ujud yang terlantar sakit.



Pengorbanan kepada seseorang belum tentu dibalas dengan kebaikan. Di dalam dunia yang banyaknya nilai-nilai kemanusian telah pupus ekoran daripada perkembangan teknologi dan pembangunan mengakibatkan manusia mengalami kerosakan dari aspek kekeluargaan. Sikap tolong menolong yang sekian lamanya menjadi budaya kepada penduduk negara ini telah hilang begitu sahaja. Inilah nathijahnya apabila masyarakat tidak diajar tentang budaya warisan sejak zaman berzaman. Anak muda mula derhaka kepada ibubapanya, demikian juga murid sudah tidak menghormati guru dan isteri tidak lagi menghormati suaminya.

Saya cuba membawa isu ini kepada pembaca agar dapat menginsafi akan tanggungjawab kita sebagai seorang insan ciptaan Tuhan di muka bumi ini. Untuk terus mengamalkan nilai-nilai yang baik sepanjang usia kita. Satu peristiwa yang menhayat hati yang sempat saya rakamkan tentang seorang pengikut setia kepada YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang kini terlantar di hospital Kota Belud kerana diserang penyakit . Begitu sekali kesetiaannya kepada bekas bosnya ini, tetapi akhirnya apabila dia terlantar di hospital sekarang ini. Bosnya langsung tidak melawat atau mengunjunginya di hospital. Menurut isteri kepada pesakit ini (saudara Mansu Ujud) sehingga kini YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said belum pernah melawatnya hanya sekali sahaja dia menelapon kepadanya. Sedangkan umum tahu sewaktu pesakit ini berkhidmat kepadanya, ramai yang megatakan bahawa beliau sanggup mengadai nyawa demi kelangsungan politik bosnya. Kesian !!!!!!!!!!!!.

Sebenarnya saya sendiri pun tidak mengetahui yang saudara Mansu ini, sedang bertarung dengan penyakit yang ditanggungnya, sehinggalah wakil kawasan Tempasuk YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli melawatnya di hospital Kota Belud atas dasar setia kawan sebagai ahli UMNO Kota Belud. Meksipun sewaktu tenaganya dipergunakan oleh Datuk Salleh Tun, dialah orang yang dipertanggungjawabkan membantu merosakkan politik Datuk Musbah dengan taktik kotor dengan menabur fitnah. Namun itu tidak menjadi kekangan kepada YB Datuk Musbah melawatnya di hospital. Inilah kelebihan Datuk Musbah daripada Datuk Salleh yang di dalam hidupnya tiada istilah musuh semuanya dilayan dengan baik. Berkat dari sikap inilah Datuk Musbah lain dari yang lain. Kesungguhannya membantu orang yang ditimpa kesusahan dilakukan dengan keikhlasan tanpa mengharapkan imbuhan berupa wang atau balasan apa sahaja.