Selasa, 25 Oktober 2011

Datuk Musbah Juga yang terbaik untuk Cikgu Saibeh.




Semua tahu bahawa Cikgu Saibeh, seorang pesara guru ini aktif berpolitik sejak kemasukan UMNO ke Sabah lagi. Diperingkat awal lagi penglibatan beliau dalam politik, Datuk Salleh Tun Said (DSSK) merupakan idola kepimpinanya di Kota Belud. Berbagai ranjau dihadapinya sewaktu beliau berada dibelakang DSSK tidak melemahkan semangat beliau memberi sokongan kepadanya. Setiap kali ada program yang diadakan di sekolah yang ditadbirnya DSSK merupakan pilihan untuk menyempurnakan majlis perasmiannya.

Apbila berlaku pertembungan kepimpinan antara Datuk Musbah dengan bosnya DSSK, beliau sekalipun tidak berganjak dari memberi sokongan kepada Mantan Ketua Menteri Sabah ini iaitu DSSK. Meksipun beliau tahu Datuk Musbah adalah wakil rakyat Tempasuk yang masih punya kuasa dalam memberi bantuan ketika ini. Namun segala kepercayaan dan pengagongnya kepada pemimpin ini selama ini berkecai begitu sahaja apabila menyedari bahawa selama ini beliau merupakan alat kepada DSSK dalam meneruskan kelangsungan politiknya di Kota Belud. Sebagai penyokong kepada seseorang pemimpin beliau mengharapkan mendapat pembelaan apabila di timpa kesusahan atau memerlukan bantuan. Kepulangan ayahanda beliau ke rakmatullah baru-baru ini telah membongkar segala-segalanya kepada beliau tentang sikap Dan tingkahlaku sebenar bosnya DSSK.

Sebagai seorang penyokong kepada DSSK, beliau amat mengharapkan sokongan bukan sahaja dari segi kewangan malahan sokongan moral merupakan antara perkara yang amat diharapkan dalam menghadapi kehilangan orang yang disayangi olehnya. Setahu saya sewaktu hari pengkebumian arwah bapanya hari itu, DSSK langsung tidak kelihatan mengunjunginya. Bermula dari peristiwa itu, Cikgu Saibeh telah melemparkan kata-kata kurang baik kepada bosnya DSSK, dan hari ini tanpa segan-segan lagi memuji kepimpinan Datuk Musbah.

Menurut sumber yang diketahui hanya muka Datuk Musbah sahaja yang kelihatan waktu majlis pengekebumian arwah bapanya tempoh hari dan beliau telah menunggu sehingga majlis pengekebumian itu selesai. Bukan itu sahaja pada majlis kenduri hari ketujuh arwah bapanya, Datuk Musbah sekali lagi menghadirkan diri sebagai sokonganya kepada Cikgu Saibeh dan keluarga.

Saya difahamkan Cikgu Saibeh telah pun memberi pengiktrafan keatas kepimpinan Datuk Musbah sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, jujur, ikhlas dalam menjaga dan membangunkan kawasan Tempasuk khususnya daerah Kota Belud amnya. Semoga apa yang berlaku ke atas Cikgu Saibeh ini menjaga pengajaran dan teladan kepada mereka yang cuba berjinak-jinak dengan DSSK agar tidak menjadi alat seperti yang telah berlaku kepada Cikgu Saibeh.