Sabtu, 19 Februari 2011

DATUK MUSBAH BERJAYA MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI WAKIL RAKYAT TEMPASUK


Meksipun ramai yang mengeluh tentang aktiviti semasa YB Datuk Musbah tidak lagi di paparkan melalui media elektronik seperti laman FB dan blog khususnya laman YB ini sendiri. Tetapi hakikatnya wakil rakyat ini tidak pernah berhenti turun padang menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.


Kekerapan beliau turun padang menjalankan tugas sebagai wakil rakyat menyebabkan beliau kesuntukan masa duduk di depan komputer untuk melapurkan aktiviti semasanya. Saya difahamkan oleh orang-orang yang terdekat dengan beliau, segala aktiviti wakil rakyat ini berjalan seperti biasa. Menurut sumber ini juga mengatakan, kekadang YB Datuk Musbah terpaksa pulang lewat malam dan bangun awal pagi bagi memenuhi jemputan orang ramai, lebih-lebih lagi di waktu hujung minggu. Bagi mereka yang rajin mengunjungi majlis-majlis kenduri pelosok daerah Kota Belud khususnya di hujung-hujung minggu pastinya terserempak dengan wakil rakyat ini.

Walaupun beliau tidak lagi aktif di lawan FB, namun hakikatnya segala perancangan beliau memajukan kawasan Tempasuk berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Projek JELAPANG PADI yang telah menaikkan nama wakil rakyat ini di mata masyarakat petani difahamkan rancak dilaksanakan oleh kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan. Baru-baru ini saya berkesempatan melalui jalanraya Kg. Tawadakan di daearah mengundi Tamau. Kontraktor yang telah dilantik oleh kerajaan melaksanakan projek JELAPANG PADI kawasan ini dan persekitarannya telah membina tapak operasinya. Projek yang dianggarkan menelan belanja RM 30 juta hakikatnya dalam proses perlaksanan. Demikian juga projek lain yang dirancang oleh wakil rakyat ini difahamkan dalam perlaksanan.

Sebagai rakyat kawasan Tempasuk, saya merasa bangga dan berpuashati terhadap prestasi yang ditunjukkan oleh wakil rakyat ini. Peranan beliau sebagai wakil rakyat kawasan Tempasuk telah dilaksanakan dengan baik. Di fahamkan dalam tempoh beliau menjadi wakil rakyat ketika ini. Kawasan Tempasuk telah menerima ratusan juta ringgit projek yang kebanyaknya bertujuan meningkatkan sumber ekonomi rakyat dan menyelesaikan masalah kemudahan asas rakyat.

Walaupun ada pihak-pihak tertentu cuba mengagalkan segala usaha murni wakil rakyat ini, namun tidak sekalipun mematahkan semangatnya membawa lebih banyak pembangunan di kawasan Tempasuk. Saya difahamkan pada 21/02/2011(selasa) ini beliau telah memanggil semua pemimpin-pemimpin peringkat kampung yang terdiri dari Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Ketua-Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Pemaju-Pemaju Masyarakat, Ketua-Ketua Cawangan UMNO dan komponan Parti Barisan Nasional serta AJK UMNO Bahagian. Perjumpaan ini telah kepada menyampaikan taklimat tentang projek-projek pembangunan di kawasan Tempasuk. Di fahamkan dalam perjumpaan ini akan turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Pegawai Daerah kota Belud.

Antara perkara yang membawa kejayaan kepada wakil rakyat ini ialah, sikap mesra beliau melayan semua lapisan masyarakat apabila beliau dikunjungi samada di pejabat atau majlis-majlis keramaian. Aktiviti turun padang yang tidak henti-henti dari semasa ke semasa menyebabkan rakyat merasakan wakil rakyat ini terlalu rapat dan mengambil berat permasalahan rakyat. Oleh sebab itu dimana sahaja beliau berada, pastinya beliau akan mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk kampung.