Sabtu, 19 Disember 2009

MANA YANG UTAMA ANTARA NAMA DAN KEMAJUAN




Setengah orang menganggap kejayaan seseorang memegang jawatan yang lebih tinggi boleh dianggap kejayaan bukan sahaja kepada dirinya tetapi keluarga dan masyarakat yang diwakilinya. Meksipun keluarga dan masyarakat yang diwakilinya masih dibelenggu dengan kemiskinan. Masih lagi ada masyarakatnya yang tidak makan nasi beberapa hari dan masih ada keluarga dan masyarakatnya yang mati kerana tidak dapat menerima rawatan yang baik kerana kekurangan wang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dan cepat di hospital-hospital swasta.




Tan Sri Pandikar umpamanya dianggap antara pemimpin yang telah mencipta nama sehinggakan dapat memegang beberapa jawatan yang penting daripada peringkat menteri, sepekar, senator dan beberapa angensi kerajaan negeri dan persekutuan. Dan sekarang beliau tercatat dalam sejarah Negara merdeka sebagai yang dipertua Dewan Rakyat, satu jawatan yang bukan sahaja memerlukan seseorang itu mempunyai kreatibiliti yang tinggi, apa lagi dalam keadaan dewan rakyat yang mempunyai ramai ahli parlimen pembangkang. Sejak negara Malaysia merdeka, belum pernah parti pembangkang dapat kekuatan seperti hari ini di dewan rakyat. Atas kerana itu Pak Lah Perdana Menteri malaysia pada masa itu memilih Tan Sri Pandikar sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. Pak Lah mungkin memilih Tan Sri ke jawatan itu kerana merasakan hanya Tan Sri Pandikar sahaja yang boleh mengawal dewan walaupun menerima cabaran yang hebat di kalangan pembangkang.


Persoalannya apakah kejayaan seperti ini, masyarakat Iranun merasakan diri mereka sudah terkenal sebagai masyarakat yang dapat melahirkan pemimpin yang terkenal seperti Tan Sri Pandikar dan memadai untuk kebanggan kepada mereka. Pada masa yang sama masyarakat Iranun masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa yang lain dari sudut ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Apakah kejayaan yang dikatakan itu hanya diukur kepada pencapaian kepada individu yang menwakili satu-satu masyarakat itu atau melihat kepada pencapaian keseluruhan masyarakat yang kononnya diwakilinya selama ini. Inilah persoalan yang masih membelenggu masyarakat ini, sebagai anak Iranun yang sejati dan mahu melihat anak bangsa sendiri setanding dengan bangsa lain sama-samalah kita memikirkan bagaimana cara dan formula yang terbaik kepada bangsa kita agar disegani oleh bangsa lain di negara ini.