Sabtu, 25 Februari 2012

BR1M : DATUK MUSBAH MAIN PERANAN


Pemberian BRIM atau bantuan rakyat 1 Malaysia kepada rakyat Negara ini, bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan penduduk Negara ini yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000.00 ke bawah. Bagaimanapun mengendaliannya telah banyak menimbulkan masalah kepada rakyat kerana melibatkan beberapa perkara kecil, contohnya lokasi pengagihan yang jauh, disamping beberapa protokol yang perlu dipatuhi. Sehinggakan ianya telah dijadikan pihak pembangkang sebagai isu menyerang kerajaan Barisan Nasional balik. Kononnya bantuan ini diberikan bukan sahaja meyusahkan rakyat tetapi juga sebagai rasuah kerajaan kepada rakyat menjelang plilihanraya ke 13 yang hampir tiba.

Mengambil tanggungjawab itu wakil rakyat Tempasuk YB Datuk Musbah Haji Jamli telah mengambil insiatif bagi mengadakan Majlis Penyampaian BR1M kepada penduduk kawasan Tempasuk di pejabat ADUN Tempasuk di Kg. Taun Gusi pada beberapa minggu yang lalu. Justeru sambutan yang diberikan oleh pihak-pihak yang terlibat khususnya pihak pejabat daerah Kota Belud, Jabatan Hasil Negeri Sabah, kakitangan Pejabat DUN Tempasuk, pihak RELA dan penerima-penerima bantuan BR1M amat menggalakan.

Ketika majlis ini berlangsung, tetamu yang hadir melahirkan rasa senang hati dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YB Datuk Musbah wakil rakyat Tempasuk kerana mengambil tanggungjawab menganjurkan majlis ini. Seorang penerima yang sempat saya temui waktu itu memuji langkah yang di ambil Datuk Musbah itu dengan ungkapan kata-kata seperti ini

“ kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada wakil rakyat kami (Datuk Musbah) kerana banyak membantu kami selama ini, bukan sahaja hari ini akan tetapi sepanjang beliau menjadi wakil rakyat kami sejak tahun 2008 lagi”

Tindakan yang diusahakan oleh YB Datuk Musbah Haji jamli ini merupakan usaha pertama kali di Kota Belud, memandangkan sejak pelancaran pengagihan BR1M ini dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional hanya beliau seorang sahaja yang terfikir mengadakan majlis seumpama ini. Untuk rekod wakil rakyat Barisan Nasional di Kota Belud ialah YB Datuk Abd.Rahman Dahlan sebagai ahli Parlimen Kota Belud, YB Datuk Japlin Hakim ADUN Usukan dan satu-satunya wakil rakyat dari parti komponen Nasional dari PBS YB Herbert Timbun Lagadan mewakili kawasan DUN Kadamaian.

Majlis pengagihan BR1M anjuran wakil rakyat Tempasuk ini bukan sahaja telah memberi manafaat kepada penduduk di DUN Tempasuk akan tetapi telah juga memberi peluang kepada seluruh penduduk daerah Kota Belud. Mereka mengambil kesempatan mereka menyemak status permohonan mereka di samping mengambil terus wang mereka jika didapati permohonan mereka di luluskan. Kaunter-kaunter penyemakan status permohonan dan penerimaan bantuan BR1M yang layak telah dibuka begitu banyak bagi memudahkan mereka tidak menunggu lama di situ.

Bagi petugas-petugas agensi-agensi kerajaan yang diamanahkan untuk melaksanakan proses pengagihan bantuan kerajaan BR1M ini telah melahirkan rasa puas hati dan terima kasih kepada YB Datuk Musbah menganjurkan majlis ini. Sekurang-kurangnya bebanan tugas mereka telah berkurangan, apabila pusat pembayaran mereka di dewan masyarakat Kota Belud sentiasa sesak setiap hari.

Seharusnya wakil-wakil rakyat yang lain juga mencontohi usaha murni yang dilakukan oleh YB Datuk Musbah ini, kerana sebagai pemimpin kepada rakyat. Rakyat amat menginginkan seorang wakil rakyat yang benar-benar bertanggunjawab bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada rakyat secara keseluruhan, akan tetapi perkara kecil seperti majlis penyampaian bantuan BR1M anjuran wakil Tempasuk ini amat dihargai oleh mereka. Tahniah Datuk Musbah!!!!!!!.