Sabtu, 10 Disember 2011

PEMIMPIN YANG PALING UNGGUL DI KOTA BELUD



Pemimpin silih berganti rakyat pun telah dapat menilai pencapaian mereka sepanjang mereka bergelar wakil rakyat , pelbagai jawatan telah disandang samada di dalam negeri mahu diperingkat persekutuan. Rakyat sendiri telah menyaksikan akan pembangunan yang telah dapat dilaksanakan oleh pemimpin ini untuk manafat rakyat. Misalnya di DUN Tempasuk antara Tan Sri Pandikar dan Datuk Musbah sudah tentu rakyat telah mempunyai rekod tersendiri yang akan menjadi ukuran semasa mereka menjadi wakil rakyat Tempasuk. Tan Sri Pandikar umpamanya apa yang dia telah buat bagi rakyat Tempasuk sepanjang beliau menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Jika rakyat membicarakan pencapaian seumpama ini, penyokong- penyokong kepada Tan Sri Pandikar tidak harus ada perasaan tidak senang hati kerana itu merupakan bukti pencapaian bos mereka. Demikian juga apabila orang membicarakan pencapaian Datuk Musbah dalam bidang ekonomi, yang kini menjadi perbualan masyarakat merupakan rekod cemerlang seorang wakil rakyat sepanjang negara mencapai kemerdekaan kerana berjaya membawa projek JELAPANG PADI, AGROPOLITAN, AKUAKULTUR, dan projek-projek pembangunan lain seperti Jalanraya, masjid dan bermacm-macam lagi.

Hakikatnya pengadilan prestasi seseorang wakil rakyat bukannya datang daripada kerajaan atau berapa banyak wang yang dia taburkan kepada rakyatnya di kawasan masing-masing. Namun ianya bergantung kepada kepuasan yang dirasai oleh setiap rakyat yang merasai perkhidmataan seseorang wakil rakyat. Jika diukur keseluruhan pencapaian setiap wakil rakyat yang telah pernah berkhidmat di daerah Kota Belud, Datuk Musbah merupakan seorang wakil rakyat yang paling unggul pernah lahir di Kota Belud. Beliau memiliki perwatakan yang ada persamaan dengan semua lapisan masyarakat Kota Belud, latar belakangnya yang dibesarkan dari keluarga yang miskin telah menjadikan diri beliau sebati dengan persekitaran kehidupan orang-orang yang susah. Kerajinannya mengunjungi majlis keramaian seperti kenduri, kematian dan perkahwinan tanpa di undang telah berjaya mengangkat martabat pemimpin ini ke tempat yang lebih tinggi berbanding dengan pemimpin yang lahir dari keluarga yang berada. Pengalaman kehidupan sebagai seorang petani telah menjadikan diri beliau lebih cekal dalam usahanya mengubah lanskap kehidupan golongan petani Kota Belud ke arah yang lebih baik berbanding dengan sebelum ini. Selogan "MEMBASMI KEMISKINAN ITU SEBAGAI SATU JIHAD" telah dijadikan suntikan semangat kepada dirinya untuk terus berjuang membela golongan miskin.

Namun untuk mencapai impian melihat golongan miskin di daerah Kota Belud lebih terbela bukanlah mudah sebagaimana yang diinginkan, ianya terpaksa melalui onak dan duri. Pelbagai usaha oleh pemimpin pengkhianat mengagalkan usaha murni beliau ini dengan mempengaruhi kerajaan agar tidak meneruskan pelbagai projek ekonomi yang terang-terang banyak membawa manafat kepada golongan miskin. Mereka lebih dikuasai perasaan hasad dengki tentang kejayaan yang dapat dipamerkan oleh Datuk Musbah dalam perjuangannya membela kemiskinan. Misalnya projek AGROPOLITAN yang bertujuan membantu meningkatkan ekonomi masyarakat telah disabotj oleh pihak-pihak tertentu supaya kerajaan tidak meneruskan projek ini. Mereka telah beberapa kali mempengaruhi Pegawai Daerah Kota Belud supaya membatalkan sahaja projek ini dengan alasan ianya tidak produktif untuk ekonomi masyarakat. Nasib baik Pegawai Daerah Kota Belud yang ada sekarang ini tidak sekepala dengan mereka, beliau tidak menghirau gesaan pemimpin penghianat ini mengagalkan perlaksanaan projek ini.

Datuk Musbah telah berjaya mengurus ekonomi, sosial dan politik Kota Belud berbanding dengan Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh Tun Said yang kononnya boleh diketengahkan diperingkat nasional. Mereka hanya melihat kebolehan mereka itu dari sudut yang hanya membawa keuntungan diri mereka sendiri akan tetapi tidak kepada masyarakat Kota Belud. Misalnya perlantikan Tan Sri Pandikar sebagai Speakar Dewan Rakyat dilihat satu kebangaan kepada masyarakat Iranun, satu bangsa yang minoriti tetapi telah berjaya melahirkan pemimpin yang terbilang diperingkat negara. Tetapi jika diselami secara mendalam apakah kejayaan Tan Sri Pandikar menjawat jawatan Speakar akan membawa perubahaan kepada ekonomi masyarakat Iranun ke arah yang lebih baik. Tetapi apa yang berlaku disebaliknya, beliau hanya syok sendiri dengan keagongan jawatannya sedangkan masyarakatnya masih ramai lagi dalam kemiskinan. Masih ada lagi tinggalan sisa kegagalannya sewaktu bergelar wakil rakyat Tempasuk dengan jawatan pelbagai Menteri.

Dari sudut sosial, Datuk Musbah lebih menonjol di mata masyarakat Kota Belud berbanding dengan Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh. Beliau lebih kerap kelihatan di dalam majlis-majlis kenduri kahwin, kematian dan apa juga upacara majlis- majlis keramaian walaupun tidak mendapat undangan, berbanding kedua-dua tokoh itu. Justeru itu dapatlah disimpulkan bahawa Datuk Musbah lebih layak mentadbirurus daerah Kota Belud daripada kedua-dua tokoh itu.

Sementara dari sudut politik pula Datuk Musbah lebih mengamalkan politik keterbukaan dengan membuka seluas-luasnya kepada setiap pemimpin muda Kota Belud bergiat dalam politik tanpa ada sekatan. Sebab itu apabila berlakunya pemilihan UMNO Kota Belud, samada pertandingan Ajk Bahagian atau pemilihan wakil 7 ke perhimpunan UMNO pusat, lebih ramai calun-calun dari kawasan Tempasuk yang menang berbanding dengan kawasan Usukan atau Kadamaian. Kawasan Usukan yang telah lama di dominasi politiknya oleh Datuk Salleh Tun Said menampakkan seolah- olah ketandusan pemimpin sehingga tiada yang boleh diketengahkan diperingkat daerah. Kalau adapun seperti Dr Saijan Samit, Mohd Shukor Abd. Momin dan ramai lagi tidak sampai ke mana, semuanya kecundang di tengah jalan akibat sepak terajang politik DSSK, demikian juga rakan sepasukannya Tan Sri Pandikar yang terang-terang menyatakan dalam masyarakat Iranun tiada satu pun yang layak jadi pemimpin selain dari beliau. Kalau adapun yang cuba menonjolkan diri tanpa restunya seperti Saudara Tajul Radim akan dicantas olehnya secara terang.

Demikian juga dari sudut ekonomi, Datuk Musbah telah berjaya membawa pembangunan ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan bulanan penduduk walaupun beliau hanya berjawatan Pembantu Menteri berbanding Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh yang pernah menjawat jawatan menteri penuh. Namun tiada satu pun projek yang mereka tinggalkan sebagai sandaran penduduk kampung meningkatkan ekonomi mereka. PROJEK AGROPOLITAN, PROJEK JELAPANG PADI, PROJEK AKUAKULTUR dan bermacam macam lagi merupakan antara kejayaan Datuk Musbah yang menjadi kebanggaan penduduk Kota Belud dapat meningkatkan ekonomi mereka.

Oleh itu kesimpulan dari isu ini ialah, Datuk Musbah merupakan seorang pemimpin yang paling unggul dan layak menjadi TAIKO kepimpinan di daerah Kota Belud. Beliau telah berjaya meletakkan dirinya seiring dengan kehendak semua lapisan masyarakat Kota Belud berbanding dengan Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar dan Datuk Abd. Rahman Dahlan yang ramai menganggap mereka ini merupakan model pemimpin golongan Istana yang sukar bergaul dengan masyarakat kerana diri mereka dibelenggu sifat-sifat keegoaan serta sukar menurunkan graf mereka setaraf penduduk kampung.