Selasa, 12 April 2011

SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DAN YAB DATUK SERI MUSA AMAN






YAB DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DAN YAB DATUK SERI MUSA AMAN,

Asallamhualaikum,

Sebagai pemimpin Negara yang saya hormati dan saya sanjungi, di sini saya ingin menyampaikan keluhan dan isi hati rakyat Tempasuk khasnya dan Kota Belud Amnya. Diharapkan dengan messege ini YAB Datuk - Datuk tidak tersalah pilih dalam meletakkan calun dalam PRU13 nanti khususnya di kawasan Kota Belud. Saya amat bersetuju dalam perkiraan Datuk-Datuk bahawa setiap calun Barisan Nasional yang terpilih nanti dalam PRU13 adalah mereka yang benar-benar popular di kalangan rakyat dan boleh bekerja untuk melaksanakan segala tanggunjawab yang diamanahkan kepadanya.

Jika kita ingin memberi tekanan kepada parti lawan keteria yang disebutkan tadi hendaklah dijadikan asas dalam pemilihan calun di kawasan Tempasuk dan Kota Belud. Sebenarnya kami di kawasan Tempasuk telah mempunyai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh pucuk pimpinan pada tahun 2008 yang benar-benar telah memenuhi keteria yang Datuk-Datuk Maksudkan itu.

Pemimpin yang saya maksudkan itu ialah YB Datuk Musbah Haji jamli Wakil rakyat kesayangan kami di kawasan Tempasuk. Pemimpin kami ini telah memiliki ciri-ciri yang Datuk-Datuk mahu ketengahkan sebagai calun BN dan pemimpin yang boleh memberi perkhidmatan kepada rakyat sesuai slogan yang Datuk-Datuk laung-laungkan “1 Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan” .

Sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di kawasan kami beliau telah dapat membuktikan kemampuannya dengan membawa pelbagai pembangunan sosio ekonomi dan kemudahan awam yang selama ini tidak kami nikmati. Allhamdulilah sepanjang yang begitu singkat iaitu dalam masa 3 tahun Datuk Musbah hampir dapat menyelesaikan permasalahan asas penduduk di kawasan kami di Tempasuk.


YAB Datuk-Datuk,

Datuk Musbah seorang pemimpin yang amat mesra rakyat dan rajin turun padang melawat dan meninjau permasalahan rakyat dengan tidak mengenal siang, malam, hujan, panas dan di mana sahaja berada, pastinya beliau mengunjunginya, walaupun beliau terpaksa mereda hutan, menyeberang sungai, melalui jambatan usang, berjalan jauh, melalui lautan semuanya akan dilawati demi untuk memenuhi tuntuan sebagai wakil rakyat yang kami pilih,

Pada satu ketika beliau akan muncul walaupun tidak diundang asalkan messege musibah seperti banjir, kebakaran, kematian dan sebagainyan sampai ketelinganya, Datuk Musbah akan membatalkan kesemua urusannya yang telah disusun rapi demi untuk membolehkan beliau meninjau dengan matanya sendiri terhadap permasalan yang menimpa rakyatnya itu.

Sebenarnya kami di Kota Belud sebelum ini telah mempunyai ramai pemimpin yang telah mencapai kejayaan dalam meletakkan diri mereka dikenali di mata kepimpinan negara. Ada diantara mereka telah memegang jawatan Ketua Menteri Sabah, Yang dipertuan Negeri Sabah, Menteri Persekutuan dan negeri yang boleh dikatakan mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu yang boleh membantu kami di Kota Belud. Namun sepanjang tempoh mereka itu tidak banyak pembangunan kawasan kami di Tempasuk dan Kota Belud yang boleh dibanggakan sebagai asset untuk membolehkan perubahan kepada kami. Kami dulu dijanjikan akan di bawa projek pengairan sawah Padi yang boleh membantu meningkatkan pendapatan penduduk yang bergantung kepada penanaman sawah Padi, tetapi sampai habis tempoh mereka sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah projek itu tidak kenampakan. Nasib baik kami dianugerahkan seorang wakil rakyat yang bernama Datuk Musbah, walaupun beliau hanya bergelar Pembantu Menteri, tetapi telah berjaya membawa pelbagai seperti projek “JELAPANG PADI, AKUAKULTUR, AGROPOLITAN, PELANCUNGAN, dan macam-macam lagi”.

YAB Datuk-Datuk,

Dengarlah rintihan dan keluhan seluruh penduduk kawasan Tempasuk dan Kota Belud agar nanti Datuk-Datuk tidak menyesal apabila memilih calun Barisan Nasional di dalam pilihanraya PRU13 nanti. Kami mahu agar YB Datuk Musbah terus dijadikan wakil rakyat kami bagi meneruskan usaha beliau membawa pembangunan yang lebih lagi di masa akan datang. Beliau telah berjaya menonjolkan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat selama tempoh bergelar wakil rakyat di kawasan kami.

Kami tidak pernah merasai sentuhan seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat seperti Datuk Musbah, beliau sanggup menghabiskan masa dan waktunya bersama kami walau dalam bentuk keadaan apapun. Setiap majlis kematian, perkahwinan, musibah banjir, kebakaran, melawat rakyatnya yang menderita sakit dan apa juga permasalahan yang menimpa rakyatnya di kawasan Tempasuk.

YAB Datuk-Datuk,

Jika benar Datuk-Datuk ingin melihat dan melahirkan pemimpin yang benar berjiwa rakyat dan mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan meletakan kepentingan rakyat dari segala-galanya, kewajarannya YB Datuk Musbah terus diberi peluang menjadi wakil rakyat dan diberi peluang memegang jawatan yang lebih penting dari sekarang dengan memberi beliau jawatan MENTERI. Oleh kerana beliau adalah satu-satunya wakil rakyat yang telah berjaya membuktikan kemampuan melakukan tugas dengan baik dalam membawa pembangunan meningkatkan ekonomi rakyat dalam bidang pertanian kami mencadangkan agar beliau dinaikkan pangkat sebagai MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI SABAH di masa akan datang.

Kewajaran Datuk Musbah diberi peranan yang lebih adalah kerana beliau juga telah berjaya membuktikan kesetiaan kepada parti dan pemimpin. Sebagai penduduk yang menganggoti parti UMNO saya masih menyimpan sejarah perjuangan Datuk Musbah dengan yang tidak pernah luntur walaupun dianyai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hanya semata-mata ingin melihat kejatuhannya dalam politik .

YB Datuk-Datuk,

Walaupun pada tahun 1994 dan 2004 beliau tidak dicalunkan oleh parti UMNO, namun beliau telah bekerja keras dengan membantu calun Barisan Nasional pada masa itu memenanginya dengan mejoriti yang besar. Pada tahun 2004 beliau tidak dicalunkan kerana angkara fitnah yang tidak berasas dengan tuduhan rasuah dan bermacam-macam lagi, Datuk Musbah tetap setia dan bersama-sama calun Barisan Nasional Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia berkempen memenangkan beliau dengan mejoriti yang besar,

Kemudian apabila beliau kalah dalam pemilihan tahun 2008 sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud atas sebab politik wang pihak lawan yang sukar dibentas, Datuk Musbah sedikitpun tidak merasa kecil hati atau dendam kepada sesiapa, malahan semua ahli-ahli UMNO dilayan begitu baik dan diberi bantuan seberapa yang mungkin. Bagi beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih sudah tentu tugasnya ialah membawa perubahan yang dijanjikan oleh kerajaan.

YAB Datuk-Datuk,

Usahlah dikau mempercayai fitnah dan hasutan pihak-pihak tertentu yang cuba mengkaburi Datuk-Datuk tentang kehebatan wakil rakyat kami ini melaksanakan tugasnya. Mereka itu tidak ubah sebagai tukang karut yang memainkan wayang kulit mereka semata-mata untuk melakukan fitnah dengan matlamat untuk mencapai agenda peribadi mereka tercapai agar di Kota Belud hanya mereka sahaja yang boleh dan hebat.

Meksipun mereka pun pernah memegang pelbagai jawatan Menteri dan Ketua Menteri tetapi dengan kuasa yang ada mereka tidak melakukan yang terbaik bagi kami di Kota Belud. Sebaliknya mereka menggunakan kuasa itu untuk kepentingan memperkayakan diri sendiri, kaum kerabat, suku sakat mereka sahaja. Kami yang dahagakan pembangunan dan memerlukan pembelaan dibiarkan menderita malahan dijadikan peminta sedekah.

Justeru itu kami mengharapkan dengan surat terbuka ini sekurang-kurang dapat memberi gambaran jelas kepada Datuk-Datuk tentang wakil rakyat kesayangan kami ini. Dan memohon agar keluhan, rintahan dan permintaan agar khidmat wakil rakyat kami disambung demi untuk kesinambungan perkhidmataannya kepada kami tidak terbantut.

Sekian, Terima Kasih.

Dari Warga Tempasuk.