Khamis, 12 November 2009

Ketua Pemuda UMNO Kota Belud Kuda Tunggangan Tan Sri Pandikar


Kemenangan En Barur Sawi sebagai Ketua Pemuda UMNO Kota Belud pada tahun 2008 yang lalu melengkapkan misi Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengekang kemunculan anak-anak muda pelapis masyarakat Iranun. Kekalahan Saudara Tajul Radim sebagai ketua pemuda UMNO Kota Belud pada pemilihan pergerakan pemuda Kota Belud tahun lalu melenyapkan impiannya untuk beraksi dalam politik kota belud.

Kewibawaan dan jawatan yang disandang oleh saudara Tajul Radim sudah memadai anak muda ini mengatasi kewibawaan Saudara Barur Sawi ketua pemuda Kota Belud. Tetapi bagi Tan Sri Pandikar, saudara Tajul tidak wajar menjadi ketua pemuda UMNO buat masa ini kerana ianya boleh menjejaskan dirinya dalam gelanggang politik Kota belud. Bagi beliau tiada anak Iranun yang boleh menjadi pemimpin selagi Tan Sri Pandikar hidup di dunia ini.

Selepas beliau bersara dalam politik, tempatnya kalau boleh biarlah jatuh kepada anak lelakinya Saudara Zamzani, tetapi dikhabarkan anaknya ini tidak berminat berpolitik menyebabkan impiannya ini masih lagi kabur-kabur untuk terlaksana. Bagi Tan Sri Pandikar biar berputih mata asalkan kepimpinan masyarakat Iranun tidak jatuh ke keluarga selain daripada keluarga PA MIN. Bagi anak iranun yang bercita-cita mahu jadi pemimpin seperti Ustaz Idris yang bercita-cita calun N6 Tempasuk di nasihatkan melupakan hasrat ini sementara waktu selagi PA MIN hidup.